Wednesday, February 14, 2007

Kesan daripada Perubahan Wajah Buku Remaja PTS

Apabila desain wajah buku-buku sastera remaja PTS ditukar daripada motif konvensional kepada motif 'urban', maka didapati jualan buku-buku itu dalam kedai-kedai buku elitis di kawasan urban telah melonjak.

Ia adalah bukti bahawa buku-buku sastera remaja terbitan PTS dibeli oleh anak-anak kelas menengah Melayu di bandar-bandar utama negara ini.

Ini juga membuktikan apabila pakejing sesuatu buku itu betul dengan selera dan citarasa audiens yang ditargetkan, maka buku Melayu itu dapat diterima oleh masyarakat Melayu urban yang mempunyai wang dan daya beli tinggi.

Sebelum ini anak-anak kelas menengah Melayu yang pandai membaca dalam bahasa Inggeris tidak mahu membaca buku-buku Melayu. Mereka mempunyai prejudis bahawa cerita-cerita dalam buku-buku Melayu tidak menarik.

Terbukti persepsi negatif mereka terhadap buku Melayu dapat diubah dengan menukar motif pada desain kulit buku.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(12) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Koleksi Terindah Puisi Cinta Islami Previous entry: Salah Satu dan Satu Satu
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/15  at  08:31 AM

Puan,

http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=2468

Akhbar sudah mengalami tamparan hebat internet. Mungkinkah fenomena ini berlaku pada buku? Sama2 kita tunggu dan lihat.
——-

Puan Ainon Mohd.  on  02/15  at  08:44 AM

Sdr MKA,

Apabila radio dicipta, telah diramalkan buku akan terpukul teruk.

Apabila TV dicipta, telah diramalkan buku akan terpukul teruk.

Apabila kaset dicipta, telah diramalkan buku akan terpukul teruk.

Apabila CD dan VCD dicipta, telah diramalkan buku akan terpukul teruk.

Apabila internet dicipta… pasaran buku semakin berkembang!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/15  at  09:03 AM

Antara radio, TV, kaset, CD/VCD, dan Internet, bukulah yang paling mobile untuk dibawa ke sana ke mari, dibaca merata-rata tempat, dipegang, dipeluk, dihidu bau kertasnya (Puan Ainon, sesetengah ulat buku ketagih bau buku baru, mungkin Puan mahu letak bau ‘khas’ untuk kertas buku PTS). Medium yang lain memerlukan alat dan tenaga elektrik. Buku tetap ada kelasnya tersendiri.

Puan Ainon Mohd.  on  02/15  at  09:21 AM

Sdr Rihan,

Buku juga memenuhi keperluan psikologis pemiliknya kerana buku dapat memainkan peranan simbol kepada status budaya-intelek si pemilik.

Berbanding dengan buku, apa jua bentuk gajet, sebagai simbol status, selepas beberapa waktu sahaja gajet itu sudah jadi out-of-date disebabkan sudah ada gajet yang lebih ranggi. Buku tidak.

Malah sesetengah naskhah buku, semakin tua, semakin berharga, dan semakin pemiliknya dicemburui.

Helmy  on  02/15  at  09:42 AM

Salam Ibu Ainon.

Sudah menjadi perangai saya setiap kali buku kami baru dicetak… saya akan menyentuhnya seperti sentuhan pada seorang bayi, membelainya seperti belaian pada seorang kekasih (isteri saya ok) dan membaunya seperti saya bau aroma secawan kopi panas… “Inilah titik peluh ikhlas kami…”

Saya masih tercari edisi pertama Salina...

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/15  at  09:45 AM

Puan Ainon,

Buku juga warisan kepada keluarga. Semasa saya di sekolah rendah, hanya ada majalah Wanita dan Jelita koleksi kakak-kakak di rumah. Majalah-majalah itulah yang saya belek sehari-hari kerana kurang bahan bacaan lain. Sampai sekarang saya masih ingat desain majalahnya yang lama.

Kerajaan sudah melancarkan kempen ‘satu rumah, satu komputer’. Yang terbaru ‘satu keluarga, satu kaunselor’.

Sudah tiba waktunya untuk kempen ‘satu rumah, satu library’ pula. Barulah ibu bapa akan sibuk mencari buku berkualiti untuk anak-anak dan duduk membaca bersama mereka.

Amiene Reb  on  02/15  at  09:48 AM

Setuju. Kulit buku PTS walaupun kelihatan keanak-anakan, namun ini telah mencetuskan rasa “saya boleh membaca buku ini” bagi sesetengah pembaca.

Saya dapati, kulit buku PTS boleh menyebabkan minda remaja berfikir, “buku ini bukan bahan bacaan yang berat”, sebab ada persamaan daripada segi rekaan buku ini dengan majalah-majalah yang biasa.

Apabila melihat buku-buku baru yang tebal-tebal di pasaran, saya rasa seperti mahu makan buku-buku itu. Rupanya seperti makanan. Ha! Ha!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/15  at  10:18 AM

Sdr Amiene,

Kalau boleh setiap hari saya mahu beli dan baca buku, sama seperti kita beli makanan dan makan. Bayangkan pada waktu rehat, orang ramai rela mengorbankan budget & masa makan untuk membeli & membaca buku. Suatu hari bila industri buku Malaysia sudah makmur (kos + harga boleh rendah) dan berkualiti isinya, senario ini tidak mustahil.

Sifu yang dihormati,
Harap Puan tidak marah saya tulis banyak2 untuk topik ini yang menarik ini.

latip  on  02/15  at  10:50 AM

Puan Ainon,

Memang benar Puan, desain kulit buku boleh menarik orang ramai membelinya. Anak-anak muda sekarang mencari bahan bacaan yang ada kelainan sebab novel2 cinta sudah melambak di pasaran.

Kerana itu buku-buku terbitan PTS dibeli oleh anak-anak kelas menengah Melayu di bandar-bandar utama negara ini.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/15  at  11:59 AM

Desain kulit buku adalah cerita buku itu sendiri. Dari mata turun ke hati.

Zamri Mohamad  on  02/15  at  01:08 PM

Saudara MKA

Sehingga kini kaset masih dijual dan dibeli meskipun CD lagu berlambak di pasaran.
Tentang internet, saya melihat ia tidak membunuh media cetak. Sebabnya, kejadian gempa bumi yang menyebabkan talian internet terputus. Jadi bagaimanakah orang ramai hendak mengetahui berita semasa melainkan dengan akhbar yang meninggalkan kesan karbon di di jari?

Kenapa laman blog saudara tidak boleh diakses. Oh, tak jemput saya ya

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/16  at  03:08 PM

Tahniah!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: