Monday, January 29, 2007

Kesan Harry Potter ke atas Rupa Bentuk Fizikal Buku Sastera Remaja

Buku-buku siri Harry Potter mengubah industri buku remaja dengan cara yang di luar dugaan.

Sebelum Harry Potter, buku remaja diterbitkan dalam bentuk nipis-nipis. Tetapi semenjak tercetusnya kegilaan pada buku Harry Potter, remaja tidak mahu lagi membaca buku yang nipis-nipis.

Remaja yang sudah membaca siri Harry Potter kini mahukan buku yang tebal dan mahal-mahal. Malah mereka mahukan buku mereka dalam bentuk kulit keras.

Dengan perkembangan ini, PTS sudah mengambil langkah menebalkan buku-buku sastera remajanya daripada sekitar 150 halaman menjadi lebih 200 halaman. Ketebalan ini akan terus dinaikkan secara berfasa-fasa sehingga mecapai lebih 400 halaman.

Trend buku sastera remaja yang tebal dan mahal diramalkan akan berkekalan.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Penerbitan Buku
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Jiwa Seorang Penulis Previous entry: Sendi 'pada' dan Kata Waktu
Riduan Khairi  on  01/29  at  08:32 PM

Puan,

Saya baru tahu bahawa novel Eragon yang difilemkan itu sebenarnya ditulis oleh seorang remaja. Christopher Paolini lahir 1983 (setahun lebih muda dari saya).

Pengajaran ni.
——-

Norman  on  01/30  at  10:03 AM

Remaja menyukai Harry Potter kerana jalan cerita serta gambaran-gambaran dunianya yang menarik. Ia menghiburkan mereka dan menjadi sebahagian sejarah hidup mereka hingga dewasa. Itu yang membuat kita sanggup membeli buku tebal (sentimental collectibles). Walau pada umur 12 pun saya tidak akan membeli buku sekadar buku tebal sahaja. Saya mahukan cerita yang betul-betul hebat!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: