Friday, July 29, 2011

Kesan Inflasi Harga Barang: Jualan Novel Dewasa Terpukul

Buku dibeli menggunakan wang lebihan (disposable income), yakni lebihan selepas perbelanjaan wajib seperti makan, sewa rumah, tambang pergi balik kerja dll.

Semenjak harga barang-barang naik akibat kenaikan harga minyak dan elektrik, jualan novel dewasa terpukul teruk. Data jualan PTS menunjukkan jualan novel dewasa turun 30%, suatu angka yang sangat parah.

Novel bukan barang keperluan hidup, yakni tidak wajib dibeli. Membaca novel adalah aktiviti leisure, masa lapang. Apabila harga barang naik, jualan novel sangat terjejas.

Foto menunjukkan sebahagian daripada novel dewasa yang dipulangkan oleh kedai-kedai buku kerana tidak laku walaupun sudah dipamerkan selama 90 hari.

Maklumat terkini yang kita terima dari kedai-kedai buku adalah, disebabkan banyaknya judul baru diterima dari penerbit, kedai buku menurunkan tempoh pameran daripada 90 hari kepada 30 hari sahaja bagi sesetengah kategori buku yang sukar dijual.

Selepas 30 hari, stok buku yang tidak laku akan terus dipulangkan kepada penerbit. Termasuk dalam kategori itu adalah novel dewasa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 6) - Pembaca Matang Membeli Ilustrasi Bermutu Seni Previous entry: Mengurus Risiko Novel Remaja Tidak Laku (Siri 5) - Citarasa Remaja Semakin Matang
shamsuriyadi.com  on  07/30  at  06:04 AM

Mungkin PTS kena giatkan penerbitan novel versi ebook (digital) pula. Sambil tu perkenalkan ebook reader jenama PTS ke..Ambil langkah yang dilakukan oleh Amazon memperkenal Kindle.

ahmadyani  on  07/30  at  08:35 AM

Dengan peruntukan sekarang ini yang cukup-cukup untuk membeli 1-2 buah buku sebulan, saya tumpukan pada buku agama, pembangunan diri atau buku panduan haw-to. Untuk membeli novel kena fikir dua tiga kali.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/30  at  01:49 PM

Salam,

Puan Ainon, bolehkah saya bertanya jika seseorang menterjemah sesuatu buku dari bahasa asing ke BM, adakah dia diberi royalti dan bayaran juga? Atau penerbit hanya menggunakan in-house staff utk tujuan tersebut?

Seperkara lagi, bagaimanakah royalti itu dikira?

Terima kasih saya dahulukan kerana sudi membaca komen saya dan juga kerana berkongsi pengalaman puan dlm bidang penerbitan buku.

Pn. Ainon Mohd.  on  07/31  at  02:15 AM

Tuan MrB, alaikumussalam.

Tiap-tiap rumah penerbitan mempunyai dasar perniagaan masing-masing.

PTS memberi pilihan kepada penterjemahnya, sama ada mahu menyimpan harta intelek mereka ataupun menjualkannya kepada PTS.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.