Thursday, May 28, 2009

Kesan Keindahan Fonologi dalam Surah Yusuf

Dalam blognya, Tn. Asyraff menulis:

Salah satu ciri keindahan dalam mana-mana karya sama ada karya puisi atau cerpen, gurindam atau pantun, syair dan lagu, adalah ciri melodi metafora (pengakhiran suku kata) bunyinya yang mempesonakan.

Oleh kerana ayat-ayat Al-Qur’an adalah ‘ayat-ayat cinta’ Tuhan, sudah tentu kalam Tuhan ini mengatasi segala bunyi melodi di dalam semua jenis karya di dunia ini!

Di dalam Al-Quran, ciri melodi yang diambil daripada fonologi bahasa Arab sendiri, menjadikan semua ayat Al-Quran mempunyai kesan linguistiknya tersendiri. Sesetengah ayat memberi kesan yang berbeza kepada pendengar. Bahasa Arab yang unik, apabila disinergikan dengan ayat Al-Quran, menghasilkan metafora, melodi yang begitu indah di jiwa manusia bahkan haiwan. Ciri-ciri linguistik Arab yang kita lihat aplikasinya dalam ilmu tajwid, menjadi salah satu sumber perubatan kepada rohani manusia. Sama seperti yang dilakukan pada zaman Abbasiyah, di mana hospital-hospital menggunakan muzik yang lembut untuk mengubati pesakit.

Jika dihitung-hitung jumlah metafora di dalam Surah Yusuf, hanya terdapat empat huruf sahaja yang digunakan, iaitu huruf nun, mim, ra dan lam. Kesemua huruf ini adalah huruf idgham (huruf yang mudah dicantumkan bunyinya dengan huruf lain), antara huruf yang paling tinggi kesan melodinya. Metafora dengan huruf lam terdapat pada ayat 66. Manakala untuk huruf ra, hanya ayat 39 & 65. Sedangkan untuk huruf mim, terdapat pada 15 ayat. Bakinya, iaitu 93 ayat, dikhususkan untuk huruf nun, huruf yang mempunyai kesan melodi paling indah dalam bahasa Arab!

Meskipun bahasa Melayu tidak sama dengan bahasa Arab terutama dari segi linguistiknya, namun kita mengharapkan agar pakar-pakar linguistik dapat mengutarakan satu kesan linguistik paling indah di dalam bahasa Melayu. Suku kata yang bagaimanakah yang paling sedap didengar dan dibaca agar kesannya melantun-lantun dalam jiwa? Bunyi metafora yang bagaimanakah dapat mempengaruhi pembaca menghabiskan karya kita dengan rasa puas?

Pada hemat saya, sekiranya kita dapat memaksimumkan penggunaan metafora di dalam karya kita, karya kita akan menjadi indah untuk dibaca.  Terfikir saya, melihatkan warisan sastera nenek moyang yang kerap menggunakan ciri metafora di penghujung ayat, karya mereka tetap evergreen sepanjang zaman. Mungkinkah manusia ini fitrahnya sukakan muzik linguistik?

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Akan Terbit Previous entry: Segera Terbit! Terjual 120,000 Naskhah dalam tempoh 1 Bulan di Indonesia
Asyraff Hafdzan Abdullah  on  05/29  at  10:14 AM

Assalamualaikum.
Semoga Puan terus diberikan kekuatan untuk berjuang dalam jalan dakwah sastera ini.

Terima kasih kerana menampal entri saya di sini.
Tentang Mazhab Surah Yusuf, masih ada beberapa entri tertangguh (untuk bab yang saya telah baca).

Saya sendiri berasa sungguh takjub apabila Puan yang tidak mendalami Bahasa Arab, boleh mengkaji dengan mendalam tafsir Surah Yusuf itu. Apabila saya baca kitab itu, satu persatu muncul kembali apa yang Professor saya ajar dahulu, yang saya kurang faham ketika itu. smile

Mungkin Puan boleh utarakan, apa-apa subtopik yang ingin disentuh yang boleh saya tulis lagi berkenaan Teknik Surah Yusuf itu.

Terima kasih.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.