Monday, August 04, 2008

Kesan Negatif Ayat Menyeru-nyeru

Apabila menulis buku-buku motivasi, ada beberapa jenis ayat yang mencipta kesan negatif. Sebagai contoh ayat-ayat exhortative, atau ayat seruan, tidak disukai oleh pembaca buku. Contoh-contoh ayat seruan:

(a) Kita hendaklah meningkatkan ilmu kita.

(b) Bangsa Melayu mestilah berfikiran terbuka.

(c) Sebagai hamba Allah, kita wajiblah menjauhi larangan agama.

(d) Kanak-kanak haruslah dididik dengan kasih sayang. 

(e) Pegawai kerajaan perlulah bekerja dengan jujur dan ikhlas. 

(r) Kita kenalah bertanggungjawab. 

Perkataan hendaklah, mestilah, wajiblah, haruslah, perlulah dan kenalah adalah perkataan exhortative. 

Ayat-ayat exhortative adalah ayat-ayat yang mesejnya adalah hendak menyeru-nyeru, mengajak-ajak, menyuruh-nyuruh, menggesa-gesa, menekan-nekan, merendah-rendahkan, membodoh-bodohkan, mengajar-ajar, dan meng-guru-i pembaca. 

Di sebalik ayat-ayat exhortative itu adalah prasangka buruk, praandaian negatif, dan tuduhan. Sebagai contoh pra-adaian di sebalik ayat "Kita hendaklah meningkatkan ilmu kita." adalah, bahawa orang yang membaca buku kita itu adalah seorang yang tidak mahu meningkatkan ilmunya.

Seseorang yang bercakap ataupun menulis dengan menggunakan ayat-ayat exhortative sebenarnya dia meletakkan dirinya pada posisi ala-ala malaikat, manakala dia meletakkan pembaca ataupun pendengarnya pada posisi orang jahil. 

 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bahasa
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bahasa Melayu Rendah: 'ingat' Previous entry: Hakcipta dan Hakcipta Subsidiari
Syahrul Nizam  on  08/04  at  08:32 AM

Jadi apa perkataan yang sesuai sifu?

Kita hendaklah meningkatkan ilmu kita.
Kita digalakkan meningkatkan ilmu kita?

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  08/05  at  07:13 AM

Betul juga tu, apakah cara yang sesuai untuk menyampaikannya?  Bolehkah ditulis begini:

Orang berjaya adalah mereka yang sering meningkatkan ilmu.

Atau Pun Begini  on  08/06  at  10:31 PM

Begini pun boleh juga:

Kalau hendak meningkatkan ilmu, belajar dan kalau tidak mahu, sudah.

Nabil Tiruan  on  08/06  at  10:34 PM

Juga boleh begini?

Belajar boleh jadi pandaikah atau tidak, lu fikirlah sendiri.

Curiga  on  08/06  at  10:37 PM

Bagaimana dengan seni kata lagu ini?

Rabbani
Cari Pasangan

Mari, Mari Marilah
Dengarlah Ini Kisah Silam Oh Kawan
Sangatlah Berguna Moga Hidup Aman Bahagia

Di Malam Pertama Jumpa Mertua
Tersentak Si Jejaka Diberitakan
Isterinya Tidak Sempurna Rupa
Anggota Zahirnya Lumpuh Semua
Tidak Upaya Mengurus Diri

Terkejut Si Jejaka Penuh Persoalan Di Hatinya
Mungkinlah Sudah Jodoh Itulah Isterinya
Hibanya Rasa Hati Namun Tetap Redha Pada Takdir

Asalkan Punya Iman Itulah Paling Penting
Saat-saat Berjumpa
Terpesona Memandang
Benarkah Isterinya
Menawan Sungguh Cantik

Cari, Cari Carilah
Pasangan Hidup Betul-betul Oh Kawan
Bahagia Berseri
Rumah Tangga Akan Harmoni

Terhurai Dijawablah Oleh Mertua
Zahirnya Tak Sempurna Kiasan Saja
Memberi Makna Sucinya Diri
Wanita Solehah Terpelihara
Terharu Jejaka Tunduk Bersyukur

Jangan Mudah Percaya Harta Pangkat Dan Rupa
Indahnya Di Mata Berawaslah
Rasul Sudah Bersabda
Insan Punya Agama Akhlaknya Mulia
Fahamilah

 on  08/06  at  10:58 PM

Iya, sifu… apa alternatifnya yang memberi kesan positif pada pendengar atau pembaca?

Sebagai contoh, mungkinkah begini;-

a) Kita hendaklah meningkatkan ilmu kita.
- Allah mengangkat darjat orang yang berilmu dan beramal dengan ilmunya.

(b) Bangsa Melayu mestilah berfikiran terbuka.
- Bangsa Melayu yang berfikiran terbuka akan setanding dengan mana-mana bangsa maju di dunia.

(c) Sebagai hamba Allah, kita wajiblah menjauhi larangan agama.
- Bila kita meninggalkan larangan agama, kita akan perolehi ketenangan jiwa di dunia dan syurga di akhirat.

(d) Kanak-kanak haruslah dididik dengan kasih sayang.
-Kanak-kanak yang dididik dengan kasih sayang lebih stabil emosinya.

(e) Pegawai kerajaan perlulah bekerja dengan jujur dan ikhlas.
-Pegawai kerajaan yang bekerja dengan jujur dan ikhlas akan perolehi barakah dalam hidupnya.

(r) Kita kenalah bertanggungjawab.
- Jika kita bertanggungjawab, sifat tanggungjawab itu akan menguntungkan diri kita sendiri dan orang lain.

Saya kira kita perlu sebut laba dan kesan yang baik dari setiap tindakan yang kita mahu galakkan pembaca dan pendengar menunaikannya.  Saya mengambil contoh uslub Al- Quran dan hadis yang sering merangkaikan perbuatan baik dengan balasan baik dan perbuatan jahat dengan balasan buruk.  Ia satu cara agama meransang penganutnya berlumba-lumba berbuat baik dan meninggalkan larangan Allah.  Itu setakat yang saya faham sahaja.  Entah betul, entah tidak.  Harap sifu dapat beri tunjuk ajar lagi.

Jazakillah.

 on  08/07  at  12:49 PM

apalah korang nih

tukarkan jelah ‘hendaklah’ jadi ‘perlu’

Kita hendaklah meningkatkan ilmu kita.
Kita perlu meningkatkan ilmu kita.

kacang giler

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: