Sunday, February 25, 2007

Kesan ‘touch-me-not’ dan Strategi Memperkenalkan Sastera dan Sasterawan Kepada Pelajar

Dalam bidang ilmu persuasion ada teknik persuasi yang disebut 'touch-me-not effect' atau 'kesan semalu'.

Pokok semalu menguncup apabila tersentuh. Tetapi jika kita pandai, kita dapat memetik bunganya manakala daunnya tidak pula menguncup. Ini dilakukan dengan menggunakan teknik sentuhan yang amat perlahan. Jika tidak, pokok itu akan 'tarik diri' kerana tidak suka disentuh.

Mendidik pelajar sekolah supaya menyukai sastera Melayu dan menghormati para sasterawan Melayu perlu mengambil kira faktor 'kesan semalu' ini. Kalau salah caranya, budak-budak itu akan membenci sastera Melayu dan tidak menghormati sasterawan kita.

Apabila memilih teks sastera yang akan digunakan sebagai bacaan wajib, jangan dipilih teks yang susah, yang boleh menyebabkan budak-budak membenci mata pelajaran sastera.

Apabila budak-budak sekolah benci belajar sastera disebabkan teks yang dipilih itu tidak sesuai dengan tahap perkembangan kognitif dan citarasa mereka, sampai bila-bila mereka akan membenci sastera.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Remaja
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: 'sama' dan 'serupa' Previous entry: Cabaran Menjadi Penerbit Buku Sastera Kanak-kanak dan Remaja
Fable Fox  on  02/26  at  09:26 AM

Bercakap teknik semalu ini, ingat pula teori ‘flea trainer’. Ia boleh menyebabkan seseorang itu menjadi semakin rendah akan tahap keupayannya berbanding keupayaanya yang sebenar.

Saya bimbang juga jika teknik mengajar dan melatih yang dilakukan ibu bapa dan guru kita menyebabkan Melayu semakin lemah.

Saya ingat akan satu artikel di dalam surat khabar metro mengenai seorang yang minat elektronik. Gurunya pernah mengatakan dia bodoh kerana belajar benda yang tidak ditanya di dalam peperiksaan.
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.