Kesan Tulisan Arab dalam Buku Agama ke atas Minda Pembaca Beginner
Buku-buku agama konvensional dalam Bahasa Melayu adalah buku berkenaan agama Islam, yang ditulis oleh pengarang Melayu-Islam, dan untuk dibaca oleh orang Melayu-Islam yang mempunyai pengetahuan asas berkenaan agama Islam.
Justeru buku-buku itu adalah amat eksklusif sifatnya. Kalau saudara bukan orang Islam yang pandai Islam, saudara tidak dapat memahami apa yang terkandung dalam buku-buku itu.
Apakah ciri-ciri pembaca yang terdiri daripada orang Islam yang pandai Islam?
Pertama, pembaca itu tahu istilah-istilah asas dalam Islam yang dipinjam daripada bahasa Arab, seperti muslimin, muslimat, Baitullah, umrah, aqidah, syariah, afdhal, rakaat, solehah dan lain-lain. Justeru buku-buku yang menggunakan istilah-istilah itu dapat mereka baca dan fahami. Tetapi bagi pembaca beginner, mereka tidak tahu makna istilah-istilah itu.
Kedua, pembaca itu tahu makna frasa-frasa tradisional dalam buku agama seperti 'aku naik saksi...', 'sahaja aku mendirikan...', 'naik haji...', 'aku berlindung dengan Allah...', 'dengan nama Allah...' dan banyak lagi. Justeru buku-buku yang menggunakan frasa-frasa itu dapat mereka fahami. Tetapi bagi pembaca beginner, frasa 'naik saksi' adalah teka-teki.
Buku-buku agama PTS diterbitkan bagi bacaan orang-orang yang tidak mempunyai pengetahuan asas dalam agama Islam. Justeru buku-buku agama PTS menjalankan fungsi 'outreach', yakni menyampaikan mesej Islam kepada kelompok yang selama ini tidak tercapai oleh buku-buku agama konvensional.
Salah satu ciri pembaca yang tidak mempunyai pengetahuan asas berkenaan agama Islam adalah mereka tidak pandai membaca alif, ba, ta. Mereka bukan hanya tidak kenal huruf Arab, malah mereka tidak mempunyai persepsi dan perasaan positif terhadap tulisan Arab.
Tulisan Arab pada buku-buku agama boleh menyebabkan pembaca beginner tidak berminat mahu memegang buku itu, jangankan membacanya.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Sifu,
Saya sangat bersetuju dengan perkara yang puan utarakan. Tahniah pada puan kerana bersedia menerbitkan buku2 dalam agama untuk pembaca yang langsung tidak mengetahui istilah2 Arab (atau dalam kata lain, perkataan Melayu di Malaysia yang di ambil dari perkataan Arab)
(Saya pernah terdengar dari rancangan radio RTM program belajar bahasa Arab (tahun lalu), pengajar di program tersebut menyebut terdapat lebih dari 1700 patah perkataan Melayu adalah berasal dari perkataan Arab- tolong betulkan jika saya tersilap.)
Cuma saya sangat berminat dengan persoalan dari sudut lain dari isu ini iaitu:
“Mengapa masih ramai rakyat Malaysia (khususnya bukan Melayu) yang telah lahir di Malaysia, membesar di Malaysia dan rakyat Malaysia tetapi masih tidak faham perkataan2 Bahasa Melayu, walaupun perkataan itu asalnya daripada bahasa Arab?”
“Mengapa dasar kita membiarkan mereka itu terus menerus tidak faham Bahasa Melayu”
“Mengapa pula mereka boleh faham perkataan2 Melayu yang asalnya diambil daripada Bahasa Inggeris”
Perkara yang saya sangaja untuk catatkan di sini (sebagai catatan pembaca, yang majoriti pembaca di blog ini telah sedar) ialah kegagalan sistem kita untuk mempastikan Bahasa Melayu menjadi bahasa yang boleh menyatukan semua rakyat di negara kita baik Melayu, Cina ataupun India dan suku kaum yang lain.
Kita (orang Melayu) berasa sangat gembira apabila melihat contoh orang Cina di Kelantan (sekadar contoh) yang boleh bercakap Melayu dengan baik, malah boleh bercakap bahasa Kelantan (bahasa daerah), memahami banyak budaya dan adat Melayu, ataupun boleh memakai kain pelikat ataupun batik.
Apabila mereka menjiwai budaya kita sebagai budaya Malaysia dan bahasa kita sebagai bahasa Malaysia barulah kita rasa dan mereka rasa, dia dan kita, dan kita dan dia adalah rakyat dalam satu negara.
Jika dasar kita membiarkan mereka terus untuk tidak mahu berbahasa Melayu dan dasar kita dengan ‘tidak cerdiknya’ kembali semula seperti di zaman British, selama itulah mereka tidak akan memahami bahasa kita dan tidak menganggap mereka perlu menguasainya.
Dan bila datang belajar di luar negara, mula menjaja yang mereka dianiaya dan didiskriminasikan di negara sendiri.
Itulah mereka dan itulah ‘lembiknya’ dasar kita yang memakan dan merosakkan bangsa kita sendiri.
——-
Gara gara dasar inilah yang menyebabkan ramai orang yang sedar dan berjuang terpelanting merata rata…...
Saya berpendapat perkataan Arab yang sudah lama dimelayukan dan diguna secara meluas boleh digunakan seperti halal, haram, martabat dll.
Post a comment