Tuesday, April 17, 2007

Kesilapan Lazim Penulis Pintar

Adakah saudara mempunyai apa yang yang dianggap 'pencapaian luar biasa' di kalangan orang Melayu? Sebagai contoh, ijazah saudara adalah dalam bidang-bidang yang lazimnya orang Melayu 'geruni', seperti matematik, fizik, sains nuklear, kajian angkasa lepas, kejuruteraan nano dan seumpamanya?

Individu-individu Melayu yang mempunyai 'pencapaian luar biasa' lazimnya mempunyai ciri-ciri masalah 'psikologi orang pintar'.

Bukan semua orang pintar mempunyai masalah 'pisokologi orang pintar'. Ada segelintir sahaja. Hati-hati supaya saudara tidak terjebak ke dalam masalah ini. Masalah ini biasanya berlaku di kalangan penulis pintar yang masih muda.

Salah satu ciri masalah orang pintar yang mempunyai 'psikologi orang pintar' adalah mereka itu amat 'passionate' dengan apa-apa yang mereka yakini 'betul'. Passion itu boleh sampai mendorong mereka menulis buku bagi membuktikannya. Mereka mempunyai Misi Besar untuk menyelamatkan kesilapan-kesilapan besar yang ada di sekeliling mereka melalui buku yang ditulis. Lazimnya tidak ada mana-mana penerbit yang mahu menerbitkan buku 'orang pintar' jenis ini. Faktor utamanya adalah isi kandungan buku-buku itu lazimnya bergeser dengan pemikiran agama dan pemikiran sejarah mainstream.

Menulis buku di luar kepakaran bidang yang diikuti di universiti bukanlah perkara salah. Malek Bennabi adalah seorang jurutera, kemudian beliau lebih terkenal sebagai ahli soiologi Islam melalui karya-karya beliau, yang masih dibaca dan terus berpengaruh sehingga hari ini.

Orang yang mempunyai masalah 'psikologi orang pintar' lazimnya mempunyai motivasi yang amat tinggi mahu membuktikan orang-orang lain salah. Motivasi inilah yang mendorong mereka menulis buku.

Membuktikan orang lain salah itu bukanlah perkara yang salah. Apa yang salah adalah menulis buku dengan menggunakan pendekatan dan ayat-ayat yang mempersalahkan jalan fikir orang lain, memperbodohkan kepintaran orang lain, dan memperlekehkan ilmu dan sumbangan orang lain.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Motivasi Penulis
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Penulis Biar Sedikit, Judul Biar Banyak Previous entry: Buku Motivasi untuk Pasaran Remaja
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/17  at  03:04 PM

Assalamualaikum Puan Ainon.
Apa khabar?

smile Teruskan menulis.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/17  at  06:28 PM

Saya berpendapat penulisan bersifat terlalu mendesak, mudah menyalahkan pihak lain,banyak memburuk-burukan pihak lain tidak sesuai dijadikan bahan bacaan mainstream.

  Adalah lebih baik penulis mengaplikasi gagasan ideanya dulu daripada bertindak memerintah orang lain untuk melaksanakannya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  04/18  at  05:03 PM

Assalamualaikum warahmatullah,

Berita baik untuk semua kawan-kawan…Ada satu “Bengkel Menulis Buku Daripada Tesis” Terbuka kepada orang awam..di USM. Tarikh tutup 30 Mei 2007. Sesiapa berminat sila layari…www.usm.my/ulatihan

Wasalam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: