Ketampanan dan Kejelitaan Sosial Pengarang
Seseorang itu memiliki dua jenis ketampanan / kejelitaan: (a) ketampanan fizikal seperti wajah yang tampan, dada yang bidang ataupun misai yang lebat dll aspek fizikal. (b) ketampanan sosial, yakni keelokan peribadi seseorang itu sebagaimana yang dinilai oleh orang lain.
Faktor-faktor yang mencipta ketampanan / kejelitaan sosial adalah:
a. Akhlak: Orang yang akhlaknya terpuji dilihat lebih tampan daripada dirinya yang sebenar. Sebagai contoh, penyanyi yang pandai mengaji Quran dilihat lebih tampan daripada dirinya yang sebenar.
b. Pendidikan: Antara seorang yang berkelulusan ijazah dan yang berkelulusan SPM, walaupun serupa wajahnya, si pemegang ijazah dipandang lebih tampan ataupun jelita.
c. Keturunan: Seorang 'tengku' dan seorang 'bukan tengku' yang serupa rupa wajahnya, si tengku dipandang lebih jelita.
d. Kedudukan sosial: Antara seorang CEO dan seorang kerani yang serupa rupa wajahnya, si CEO dipandang lebih tampan.
e. Pasangan hidup: Antara bisnesman yang kahwin doktor pakar dengan bisnesman yang kahwin artis, walaupun rupa paras kedua-duanya serupa, tetapi bisnesman yang kahwin doktor pakar dipandang lebih tampan.
f. Bidang kerjaya: Antara doktor dan akauntan yang serupa rupa wajahnya, si doktor dipandang lebih tampan.
g. Aktiviti sosial: Antara dua orang isteri menteri, yang satu suka menaungi aktiviti golongan kurang upaya, manakala yang satu lagi suka menaungi promosi fesyen, yang menaungi aktiviti golongan kurang upaya dipandang lebih cantik dan baik.
h. Perkahwinan: Bagi sesetengah jawatan, seperti kaunselor, kedudukan sebagai bujang, berkahwin, berpoligami ataupun bercerai dapat mempengaruhi ketampanan / kejelitaan sosial pemegang jawatan itu.
i. Persahabatan: Seseorang yang mempunyai ramai sahabat yang terdiri daripada individu-individu penting dalam masyarakat dilihat lebih tampan daripada mereka yang tidak.
j. Pertubuhan: Jenis pertubuhan yang dianggotai juga dapat meningkatkan ataupun menjatuhkan ketampanan sosial seseorang. Seorang ulamak muda yang tiba-tiba menjadi anggota sebuah parti politik sekular tidak akan dilihat tampan lagi, sebagaimana sebelumnya.
Dalam industri hiburan, peranan ketampanan fizikal sangat mempengaruhi jualan tiket filem, tiket konsert, kaset dan CD seseorang artis. Bagi artis perempuan, kejelitaan fizikal memainkan peranan yang lebih besar, ia dapat mengalahkan peranan bakat. Manakala peranan itu kurang bagi artis lelaki. Artis lelaki yang sudah tua dan tidak setampan model iklan sekalipun, apabila bakatnya besar, dapat kekal popular.
Namun begitu pengaruh ketampanan sosial juga memainkan peranannya ke atas artis perempuan. Perkahwinan seorang bekas penyanyi paling kaya dengan seorang duda yang latar belakangnya penuh kontroversi telah mencacatkan kejelitaan sosial penyanyi itu, yang sebelum itu amat tinggi, sehinggakan beliau kalah teruk dalam pemilihan penyanyi popular yang dianjurkan sebulan selepas perkahwinannya.
Bagaimana pula dengan jualan buku - apakah faktor ketampanan fizikal dan ketampanan sosial memainkan peranannya? YA dan TIDAK.
Dato' Dr. Fadhillah Kamsah memiliki ketampanan fizikal yang biasa-biasa sahaja, tetapi ketampanan sosial beliau adalah lebih tinggi daripada ketampanan fizikalnya.
Jika saudara menulis buku-buku motivasi dan pembangunan diri, dan saudara juga mempunyai rancangan hendak menjadi penceramah, maka ketampanan sosial saudara mempunyai pengaruh kuat ke atas jualan buku-buku saudara dan ke atas jumlah kehadiran pada ceramah-ceramah saudara.
Oleh itu, sebagai penceramah, elakkan daripada melakukan perbuatan yang mencacatkan ketampanan sosial saudara, seperti bergaduh dengan jiran sampai masuk surat khabar!
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamu’alaikum Sifu,
Di antara seorang lelaki yang beristeri seorang dan seorang lelaki lain yang beristeri empat, yang mana lebih tampan dari pandangan sosial?
——-
Puan Ainon,
Saya tidak kenal secara pribadi (cuma penampilannya di dalam media sahaja) ulamak muda tersebut, tetapi memang benar, sudah kurang beberapa persen rasa hormat kepadanya. Begitu juga dengan “orang itu” yang bergaduh dengan jiran. Tidak kenal langsung, cuma sekali sekala ada nampak di dalam TV. Kejelitaannya terus ghaib bila bercakap soal poligami, riak wajah berubah, dan nada semakin tinggi. Entahlah, sebagai motivator, tak bolehlah sendiri yang emosional, nampak jelas pada audien.
Ya sheikh Alang, tentunya yang ada ampat isteri lagi bahagia. Manakala yang ampat isteri lagi problematis, ketampanannya walau misal setebal Datuk K jadi nipislah 100 persen.
Tuan Alang,
Kadang-kadang ada benda…. makin lebih, makin baik, macam duit, makin banyak, makin si pemiliknya dipandang handsome!
Kadang-kadang ada benda…. makin lebih, makin kurang… macam isteri.
Tuan Rastom,
Salah satu faktor yang menyebabkan perempuan jadi emosional apabila bercakap tentang poligami (dan apa-apa sajalah) adalah disebabkan mereka ‘personalise’ perkara itu.
Perempuan sukar memisahkan topik daripada dirinya sendiri. Apabila dia bercakap tentang topik ‘poligami’ mereka kaitkan dengan dirinya sendiri, dengan suaminya sendirinya…. itu yang menyebabkan mereka emosional.
Ada satu kajian, bagi kes yang serupa, hakim perempuan didapati menjatuhkan hukuman yang lebih berat ke atas pesalah yang tidak handsome, dan menjatuhkan hukuman lebih ringan apabila si pesalahnya handsome!
Barangkali itu yang berlaku mengapa kes Dato’ K (K = kontroversi) tidak teruk dicaci-hamun oleh kaum wanita meskipun dia melakukan “dosa sosial besar” pada mata perempuanĀ - cerai isteri untuk kahwin lain. Sampai permaisuri dan isteri-isteri orang kenamaan pun hadir ke majlisnya. Cobalah kalau yang melakukan perbuatan itu lelaki hodoh!
Saya setuju perempuan tidak jadi hakim!
Ya Pak Rastom, benar sekali begitu. Namun ada empat isteri yang bisa terurus problem lebih bahagia daripada beristeri seorang tetapi problematis dan tidak terurus…
Oh ya, blog khas poligami saya itu telah ada entri yang baharu:
http://alangbidara.blog-city.com/
Terima kasih.
:oops: Tuan Alang,
Dalam methodologi research bidang sains sosial, ada suatu kaedah research yang dianggap tidak sah. Kaedah itu adalah kaedah self-report.
Contoh kes self-report: Kita bertanya kepada lelaki yang kahwin 4: Adakah tuan bahagia? Jawabnya: Ya, saya cukup bahagia.
Data self-report tidak diterima sebagai data saintifik disebabkan ia tidak berdasarkan proses observasi saintifik.
Penilaian yang dilakukan ke atas diri sendiri sentiasa dicemari oleh banyak faktor. Pertama-tama faktor face-saving - jaga maruah - di depan orang yang bertanya.
Justeru apabila 100 data lelaki kahwin 4 menunjukkan 100% bahagia, ingat, data itu diperoleh dengan menggunakan methodologi yang tidak diiktiraf saintifik!
Ha, ha, ha…Nampaknya, Sifu, Diskusi Kuliah di bawah topik “ketampanan / kejelitaan sosial” sudah bercabang menjadi perbincangan tentang ‘poligami’ yang dibincangkan di dalam Diskusi bagi Entri dulu itu.
Tetapi oleh kerana ianya ada kena mengena dengan “sosial” juga, maka tidak mengapa lah, begitukah Sifu?
(“Aiman tak kisah…”)
yang bergaduh dengan jiran tu saya rasa macam tahu sahaja siapakah gerangan empunya nama yang dimaksudkan. dia sudah bergelar datuk bukan? saya suka ustazah tu, bila dia bagi motivasui di tv seronok dengar suaranya yang lembut. sekarang pun saya suka juga dengar dia berceramah.
pagi tadi, masa sahur dia beri ceramah motivasi dalam tv tajuknya BISIKAN SYAITAN.
sangat berguna garispanduan ini sifu. saya rasa salah satu faktor lakunya buku ialah ketampanan penulis, kalo tak masakan buku panah jadi belekan gadis-gadis di MPH. saya nak belek pun kena tunggu giliran…
Sdr Pezul,
Bagus tu, suka dengar ceramah motivasi (yang free).
Sdr ICe,
Wah! Sampai begitu sekali? Hebat! Hebat!
Tetapi siapa yang lebih tampan? Penulis ataupun pelukisnya?
lupa sgt,
terima kasih atas unjuk ajar hari itu
..
hurm berkenaan ketampanan sosial,
apa aku bisa jadi begitu
dengan serba kekurangan
hihihi
saya faizul anak kepada kamaruddin ingin belajar dari bawah, merangkak-rangkak dahulu lama lama mampu berjalan dengan kaki sendiri
Post a comment