Khidmat Masyarakat
SifuPTS menerima surat emel ini:
Puan yang dihormati,
Saya hendak meminta pertolongan daripada puan untuk memberi sedikit nasihat, idea dan petunjuk untuk menghasilkan sebuah novel yang baik. Hal ini demikian, saya SHEN YEE AUN bercadang untuk mencabar diri mengambil bahagian dalam pertandingan menulis novel peringkat kebangsaan. Bahasa Melayu harus terus dimartabatkan, diperjuangkan dan dipertahankan!
Hidup Bahasa Melayu selama-lamanya!
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Berikan nasihat saudara kepada beliau di sini.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Selayaknya Cancelor Universiti PTS yang memberi nasihat yang bermutu.
Mohon diizinkan memberi sedikit kata:
Untuk menulis novel yang baik, semestinya dimulakan dengan membaca puluhan bahkan ratusan novel yang baik, epik, best-seller.
Apa yang orang lain boleh melakukan, kita boleh belajar melakukan.
——-
Shen,
Selalu lepak di IKD.
Rasanya pernah ketemu.
Betulkan kalau silap.
Apa lagi.
Belajar dengan Pak Khalid.
Apalah yang hendak dinasihatkan? Saya sendiri masih terkial-kial di bawah asuhan sifu :D
Namun saya setuju dengan Tuan Kang.
Banyakkan membaca dalam Bahasa Melayu. Saya sendiri walaupun orang Melayu tetapi banyak yang tidak betul apabila menulis.
“Sebuah buku yang baik dihasilkan setelah membaca ribuan buku-buku lain yang bermutu.” Begitulah dan segala isi yang ada di sini boleh dikunyah dan dihadamkan menjadi azimat penyuluh hidup. Biar terang semasa proses penulisan.
Kelahiran sebuah buku adalah satu proses yang perit. Namun usah menggigil menghadapi situasi begini dan terus berusaha menulis walau sebaris ayat setiap hari.
Izinkan saya memetik kata-kata Tuan Rastom:
“Kata kata itu cermin diri. Orang akan tahu apa yang kita tidak tahu..”
Saya fikir, menulis juga sama. Kalau kurang ilmu orang akan tahu apa yang kita tidak tahu…
Selain membaca, sumber ilmu juga adalah bermentor dengan penulis yang sudah banyak menulis.
Di UNIKA ini ada ramai penulis. Malah, sudah ada juga yang menulis banyak buku. Mungkin boleh berkongsi tekniknya. Betul tak Tuan Kang?... wallahu’alam.
Kang ,
Bukan saya tidak mahu membaca ribuan novel tetapi 99% novel Melayu yang saya cuba cari semua ada kaitan dengan si gadis ataupun cinta ?
Post a comment