Friday, September 07, 2007

Khutbah Jumaat: Penulis-PTS-METADOME dan Fenomena 3-G

Pada masa ini jualan terbesar dalam sektor konten-mobile di seluruh dunia adalah 3-G:

Girls (Perempuan)
Game (Permainan)
Gamble (Perjudian)

Ketiga-tiga "G" itu adalah bahan-bahan membodohkan bangsa. Pembeli utamanya adalah remaja.

Fenomena "3-G" ini menjadikan strategi dakwah menggunakan konten mobile semakin kritikal peranannya bagi menyelamatkan akhlak dan iman remaja.

Remaja tidak suka menonton program agama dalam TV. Remaja tidak suka mendengar khutbah masjid. Remaja tidak suka ke perpustakaan. Remaja tidak suka membaca kitab tradisional.

Remaja suka main-main dengan HPnya.

Ini bermakna peranan penerbit dan kaum penulis memasuki sektor ekonomi teknologi HP semakin penting.

Kita tidak boleh marah-marah sambil mengutuk produk 3-G dan remaja yang membelinya sedangkan kita sendiri tidak menghasilkan bahan-bahan yang baik, yang dapat memandaikan bangsa, yang dapat dijual dan dibeli sebagai konten mobile menggunakan hp.

Pada masa ini 19 juta penduduk Malaysia memilik hp.

Sudah sampai masanya penerbit dan penulis sama-sama belajar cara-cara baru berdakwah dan memahami aplikasi pelbagai teknologi baru bagi menyampaikan mesej kita.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Mobile
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pelabur Baru dalam Industri Buku Melayu Previous entry: PTS Tempat OKU Berkarya
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/07  at  08:34 AM

Assalamualaikum,

Demi maksud khutbah di bawah, saya mesti mendaftarkan diri bagi menghadiri kursus tersebut.

“Fenomena ā€œ3-Gā€ ini menjadikan strategi dakwah menggunakan konten mobile semakin kritikal peranannya bagi menyelamatkan akhlak dan iman remaja”
——-

SyaizulAmal  on  09/07  at  11:08 AM

Assalamualaikum,

Fenomena 3G sememangnya telah menular di Malaysia. Ramai remaja sanggup membeli konten video pada harga yang tidak masuk akal RM10 ataupun RM100 sekiranya melibatkan salah satu dari 3G tersebut iaitu GIRL. Bahkan mereka sanggup bersusah payah mencari di kedai-kedai handphone.

Mengikut kajian, remaja Melayu paling ramai merakamkan aksi lucah mereka dan di kongsi sesama rakan.

Fable Fox  on  09/08  at  01:47 PM

Quote “Mengikut kajian, remaja Melayu paling ramai merakamkan aksi lucah mereka dan di kongsi sesama rakan.”

Sedihnya… :-(

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: