Thursday, August 30, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Amanah dalam Perlembagaan Malaysia

Dalam perlembagaan Malaysia, adalah termaktub bahawa salah satu hak keistimewaan Orang Melayu ialah "hak menerima latihan". Hak yang ini tidak pernah diceritakan kepada orang Melayu!

Apabila kerajaan memaksa guru-guru dan pensyarah universiti mengajar subjek sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris kepada pelajar-pelajar yang datang daripada kampung-kampung dan kawasan pedalaman, ia melanggar Perlembagaan Malaysia.

Demikian pula apabila kerajaan memaksa pelajar-pelajar Melayu daripada kelompok pendapatan rendah meminjam wang bagi membayar yuran kolej dan universiti, ia melanggar Perlembagaan Malaysia.

Rakyat Malaysia, orang Melayu khususnya, mestilah memilih pemimpin-pemimpin kita daripada kalangan individu-individu yang amanah terhadap peruntukan hak-hak istimewa Orang Melayu dalam perlembagaan negara ini.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Khutbah Jumaat
(10) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ancaman POPULAR kepada Pengimpot Buku dari Indonesia Previous entry: Belajar Menulis Cerita
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/30  at  11:26 PM

Puan, terbitkan buku mengenai hak umat melayu dalam perlembagaan dalam bahasa yang mudah difahami rakyat terbanyak. Berbahasa Melayu dalam pendidikan adalah hak, hal ini baru saya sedari dua tiga tahun kebelakangan ni.
——-

Abdul Latip  on  08/31  at  01:00 AM

Pemimpin yang kita harapkan mendaulatkan Bahasa Melayu nampaknya lebih suka bercakap bahasa Inggeris. Pemimpin bukan Melayu pula yang suka bercakap Bahasa Melayu. Pelik bin ajaib betul.

mypapit  on  08/31  at  02:41 AM

saya bersetuju dengan perndapat Puan Ainon. Tapi masalahnya pemimpin manakah yang perlu dipilih—yang dapat menjamin akan bersifat amanah dan patuh pada perlembagaan malaysia?

rastom  on  08/31  at  04:06 AM

Puan Sifu,

Dengan terbukunya penjelasan mengenai pecah amanah kebangsaan ini, ia tentu melicinkan lagi proses ke arah pembersihan dan reformasi nasional. Bijak pandai Melayu yang senang lenang hidup penuh glamor sudah terlalu gemuk dan letih untuk berfikir, apalagi menulis. Kerja mencari Melayu di luar Malaysia masih belum tamat lagi?

denai  on  08/31  at  02:53 PM

Kalaulah khutbah ini dapat didengari di masjid-masjid, pastinya tiada yang tertidur kerana baru mereka sedari hak-hak mereka.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/31  at  03:57 PM

Assalamualaikum saudara Latip,

Dalam hal penggunaan dan pertuturan bahasa Melayu ini mengingatkan saya kepada peristiwa bersejarah negara tatkala majlis PKM menanda tangan perjanjian menyerah secara rasmi dahalu.

Dalam majlis itu Chin Peng yang telah berpuluh tahun menetap di negeri Cina kelihatan bertutur bahasa Melayu lebih lancar dan fasih ketika berucap dan ketika memberi reaksi kepada wartawan berbanding dengan beberapa manusia yang menjadi pemimpin kita.

Lebih daripada itu, sakitnya hati apabila melihatkan seorang jiran di kawasan perumahan saya yang sentiasa berkomunikasi dengan anjing peliharaannya pun nenggunakan bahasa Inggeris.

Jadi, bolehkah kita bergantung harap dengan pemimpin untuk mempertahankan maruah bahasa yang kronik kini ? Hatta dengan pemimpin persatuan penulis pun saya dah merasa sangsi.

Wassalam.

Abdul Latip  on  08/31  at  11:55 PM

Alaikumussalam saudara Adnan.

Masih lagi mengenai isu bahasa. Sama ada disedari atau tidak disedari banyak perkara yang menghiris hati orang Melayu. Contohnya, apabila satu pertubuhan bukan Melayu membantah penggunaan BI dalam pelajaran Matematik dan Sains di sekolah mereka maka dilayan permintaan mereka tetapi apabila pertubuhan Melayu termasuk Konggres Melayu yang membantah tidak dipedulikan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  09/02  at  06:13 AM

Assalamualaikum Pn. Sifu,
Saya sedang mengumpul data tentang hak rakyat yang dinafikan oleh pemerintah. Sedikit maklumat, sebagai rakyat biasa kita bukan sahaja dinafikan hak dalam bidang pelajaran tetapi banyak lagi termasuk ketidaktelusan SPR semasa kita memilih pemimpin melalui pilihanraya…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/25  at  05:56 PM

adahkah semua terfikir tentang globalasasi?
kini semua adalah dalam english. kalau kita tidak faham bahasa orang lain macam man kita nak saing dengan orang luar…bahasa cuma satu alat untuk berkomunikasi… jangan lah sekali kala bangkit hal yang tidak bermakna…kalau nak jaga bahasa ajar lah generasi muda menyukai dan menghargai bahasa. bukan pakai mulut asyik nak jadikan negara huru-hara….tolong lah kaum-kaum malaysia yang berpendidikan…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/25  at  06:16 PM

anakglobal cakap betul, kalau kita tak faham english, bagaimana boleh berkomunikasi?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.