Friday, June 15, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Bahasa Komitmen

Dalam salah satu hadith Nabi Muhammad, beliau tidak membenarkan kita menggunakan perkataan yang bermakna 'kalau' atas alasan perkataan itu adalah perkataan yang 'lemah'.

Rupa-rupanya, lebih seribu tahun kemudian, pakar-pakar konumikasi persuasif Barat juga menyenaraikan perkataan 'if' sebagai perkataan yang tidak boleh digunakan apabila kita bermaksud hendak mendapatkan keyakinan orang.

Alasan yang dikemukakan oleh pakar-pakar Barat itu adalah perkataan 'if' (kalau) adalah perkataan yang menunjukkan orang yang menggunakannnya itu tidak mempunyai komitmen mahu melakukan apa yang dikatakannya. Patutlah... perkataan 'if' dan 'kalau' menjadi perbendaharaan kata orang-orang politik.

Baca buku 'Straight Thinking, Crooked Thinking' yang amat terkenal itu, di mana kita diberitahu apabila kita hendak melepaskan diri daripada janji yang kita buat, gunakan 'if' dan 'kalau' sebanyak-banyaknya semasa membuat janji itu. Jadi, apabila orang menagih janji tersebut, kita dapat katakan, "Saya kata, 'kalau'...."

Rupa-rupanya, perkataan 'if' dan 'kalau' adalah salah satu ciri bahasa mereka yang hipokrit, yang munafik, yang berjanji palsu.

Patutlah Nabi Muhammad menggunakan perkataan 'apabila' atau 'when'. Perkataan ini adalah perkataan yang mengandungi komitmen.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Khutbah Jumaat
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Terbaru Tuan Guru Abd. Hadi Awang Previous entry: Ini Dia Fantasi Bermutu Sastera!
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/15  at  06:51 AM

Assalamualaikum Puan Sifu,

Bagaimana pula dengan kata yang bermula dengan perkatan ‘tidak dibenarkan’adakah ia diboleh menggunakannya?

Mengikut bicara ilmu Puan, selagi tidak ada tanda tangan ke atas perjanjian tanpa hitam putihnya bukti, ia tidak menggambarkan apa-apa persetujuan.

Mohon dibantu fahami.

Terima Kasih.

tanda tangan (SALAH) = tandatangan (BETUL)

Sebagai penulis, selagi Puan tidak pernah menandatangani apa-apa dokumen, maka penerbit tidak berhak menerbitkan karya Puan.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/15  at  08:42 AM

Saya pernah diberi nasihat oleh seorang jutawan, katanya “Jika ingin berjaya jangan gunakan ataupun terima perkataan KALAU dalam bisnes”. Kerana ianya akan memberikan risiko kepada pelanggan dan ataupun kepada kita.

Contohnya: Jika Ahmad adalah seorang kontraktor binaan dan ingin membeli simen dari seorang peniaga bernama Rosli.  “Saya akan hantar 1000 beg simen pada hari khamis ini, kalau stok dari China sampai esok,” Kata Rosli memberi jaminan.

Ahmad terpaksa mengambil risiko atau menangung kerugian jika simen itu tidak sampai ke lokasi pembinaan pada hari khamis ini. Ahmad tidak boleh mengambil tindakan ke atas Rosli jika simen tidak sampai pada masanya. Ahmad sepatutnya hanya berurusan dengan peniaga yang berani memberi kata putus sama ada ya atau tidak, bukannya kalau.

sab2  on  06/15  at  09:30 AM

Puan Sifu,

Assalamu’alaikum.

Apabila menjurus kearah suatu komitmen, yang pastinya ada keyakinan;

Apabila dalam keyakinan ada kebenaran, yang pastinya mengajar kita mencipta fakta yang tepat;

Apabila kebenaran tidak perlu mencari tempat bersembunyi, yang pastinya mati dalam kebenaran itu adalah kehidupan; dan

Apabila ayat-ayat di atas ditulis, yang pastinya pembelajaran telah bermula.

kearah (SALAH) = ke arah (BETUL)

Siti Hajar  on  06/15  at  11:32 AM

Salam,

Saudara Sham,

Contohnya: Jika Ahmad adalah seorang kontraktor binaan dan ingin membeli simen dari seorang peniaga bernama Rosli. “Saya akan hantar 1000 beg simen pada hari khamis ini, kalau stok dari China sampai esok,” Kata Rosli memberi jaminan.

Ini ulasan saya berdasarkan pengalaman sebagai Eksekutif Rantaian Bekalan.

Penggunaan ‘kalau’ dalam ayat itu bukan satu janji atau jaminan. Ia sesuatu yang hanya akan terjadi jika keadaan yang satu lagi (bekalan sampai dari China) sampai pada keesokkan hari. Ahmad perlu tahu itu. Rosli juga perlu memastikan Ahmad tahu apa maksud beliau apabila dia menggunakan perkataan ‘kalau’.

Sebagai kontraktor, Ahmad perlu tahu tentang cara bekalan itu sampai. Mungkin dia membuat pesanan dengan mengamalkan prinsip ‘just-in-time’ kerana tidak mahu menanggung kos penyimpanan. Jadi apabila membuat perancangan dia perlu ada pelan B untuk dijadikan sandaran jika bekalan tidak sampai.

Untuk memastikan beliau memberi khidmat terbaik pada pelanggannya, Rosli juga sepatutnya memberikan pilihan lain kepada Ahmad sekiranya bekalan itu tidak sampai. Misalnya, beliau boleh memesan bekalan daripada pembekal lain dan menghantarkannya kepada Ahmad.

Jika Ahmad dan Rosli hanya menunggu bekalan dari China sampai dan berserah sahaja kepada apa yang akan berlaku esok, bagi saya mereka berdua perlu menimbangkan semula kerjaya yang mereka pilih.

‘Kalau’ yang dimaksudkan dalam siaran ini jelas bagi saya bukan ‘kalau’ yang saudara jadikan contoh.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: