Friday, July 18, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Berdakwah Menggunakan Khabar-khabar Baik

Kita sedang menjalankan kajian ke atas ayat-ayat Quran yang diturunkan semasa Nabi Muhammad masih tinggal di kota Mekah, tempat beliau dilahirkan dan dibesarkan, iaitu sebelum beliau berpindah ke bandar Madinah.

Tujuan kajian ini adalah bagi mengetahui tema cerita-cerita yang disampaikan kepada orang-orang Mekah pada fasa awal Nabi Muhammad berdakwah.  

Dapatan awal menunjukkan tema utama dakwah fasa Mekah adalah cerita-cerita yang memberikan khabar-khabar gembira, supaya cerita-cerita yang menggembirakan itu disampaikan kepada orang-orang Mekah yang masih belum percaya pada agama baru yang dibawa oleh Muhammad.

Tetapi, kajian ini baru dimulakan dan kita memerlukan banyak bantuan bagi menjalankan kajian yang lebih detail. 

Dengan mengetahui tema-tema dalam ayat-ayat Fasa Mekah, kita dapat merancang penulisan dan penerbitan buku-buku agama yang mengemukakan tema-tema seperti itu buat bacaan kelompok 'dummy-Islam'. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Siri 31 Kisah Previous entry: Isu Penerbitan Terjemahan Buku-buku Arab Kontemporari
 on  07/18  at  10:22 AM

Maksud Sifu ayat-ayat Makkiyah? Sekiranya benar, kebanyakan cerita mengenai Hari Qiamat dan neraka juga terdiri dari ayat-ayat yang di turunkan di Mekah. Tetapi pastinya khabar-khabar gembira mendahului ayat-ayat yang saya maksudkan, memandangkan setiap pekerjaan kita didahului dengan Nama Allah berserta dua sifat/nama Allah dari 99 nama Allah iaitu yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

 on  09/03  at  02:06 PM

Khabar gembira dari ayat-ayat yang Puan Sifu sebutkan adalah untuk orang-orang yang sudah percaya dan mahu mengakui.

Ketika pertama kali Nabi Muhammad membuat perhimpunan dalam fasa dakwah terang-terangan (di mana keluarga terdekat dijemput) Nabi membawa berita menakutkan iaitu tentang kegemparan hari akhirat. Pembukaannya dimulakan Nabi dengan kegemparan akibat serangan askar bila Nabi menanyakan “Adakah kamu semua percaya kalau aku katakan di balik bukit ini ada tentera yang siap sedia akan menyerang?”. 

Dalam dialog Nabi untuk mengajar memang benar Nabi banyak membawa berita gembira. Saya mendapati terdapat perbezaan bila Nabi berhadapan golongan wanita dan lelaki.

 on  09/03  at  10:14 PM

Tuan Arrantaui yang saya muliakan ilmu agamanya,

Saya akan amat bergembira jika sekiranya tuan dapat memberikan kepada saya pencerahan apabila tuan menulis: “Saya mendapati terdapat perbezaan bila Nabi berhadapan golongan wanita dan lelaki.”

Perkara ini amat relevan bagi kami sebagai penerbit, yakni kami mungkin dapat mengaplikasikan perbezaan itu bagi buku-buku yang ditargetkan khusus kepada lelaki ataupun kepada perempuan.

Pada masa ini buku-buku agama PTS memang menggunakan pakejing yang sedikit berbeza bagi buku-buku yang ditargetkan kepada pembaca perempuan. Cover buku-buku agama PTS untuk perempuan menggunakan simbol-simbol feminin.

Namun jika benar Nabi Muhammad menggunakan discourse yang berbeza apabila bercakap dengan perempuan, perkara ini pastilah sangat relevan kepada para penulis dan penerbit buku-buku agama.

 on  09/05  at  11:29 AM

Puan Ainon, oleh kerana lelaki dan wanita berbeza, tentu ada perbezaan cara mendekati mereka.

Apa yang cuba saya bawakan adalah pemerhatian, belum lagi kesimpulan. Juga perbincangan ini dalam bentuk perbandingan, bermakna Nabi Musa as pun dikatakan kuat walaupun manusia itu sebenarnya lemah kederatnya, kerana baginda dapat mengangkat batu seberat 10 kederat lelaki.

Ketika Nabi Muhammad saw memberi galakan kepada amalan,
pendekatan perkhabaran menakutkan lebih banyak kepada kaum wanita berbanding kepada kaum lelaki.

Segi psikologinya;

Kaum wanita lazimnya, apa yang bermain dalam dirinya adalah kerisauan terhadap perkara yang ditakutinya dan dibencinya.

Kaum lelaki lazimnya, yang berputar dalam otaknya adalah tentang perkara yang mahu dicapainya, yang disukainya.

Justeru, Nabi membawakan perkara yang paling patut ditakuti kaum wanita, neraka.

Justeru, kepada lelaki, Nabi membawakan perkara yang paling patut dikejarnya, syurga.

 on  09/05  at  03:32 PM

Tuan Arrantaui,

Petik: “Justeru, Nabi membawakan perkara yang paling patut ditakuti kaum wanita, neraka.”

Hahaha....

Barangkali neraka adalah perkara yang paling ditakuti oleh kaum wanita yang imannya tebal. Sampai-sampai mereka bersedia mencarikan ‘payung emas’ untuk suami mereka.

Di kalangan wanita yang imannya kurang tebal, barangkali yang paling ditakuti oleh wanita adalah jikalau suaminya meminati wanita lain.

Hehehe....

 on  09/05  at  03:43 PM

Puan Ainon,

Kalau begitu, yang paling disukai lelaki (sebagai perhiasan dunia) adalah wanita. Yang paling ditakuti wanita, juga adalah wanita.

(perhiasan dunia: Ali Imran:14)

 on  09/11  at  11:12 AM

Ada perkara menarik tentang lelaki dan wanita bila kita melihat ayat-ayat Allah kepada pasangan manusia yag pertama, Adam dan Hawa.

Bila Allah berpesan kepada pasangan manusia yang pertama ini, pemerhatian saya, Allah berkata “wahai Adam”. Allah tidak berkata “wahai Adam dan Hawa” atau “wahai kamu berdua” atau “wahai Hawa”.

misalnya
Maka Kami berkata: “Wahai Adam, sesungguhnya ini (Iblis) adalah musuhmu dan isterimu.... (20:117).

Bila Adam dan Hawa telah melakukan kesalahan kerana memakan buah yang dilarang dimakan, ayat dari surah Taa Haa ini ada menceritakan;

“Maka keduanya memakan dari buah pohon itu, lalu tampaklah bagi keduanya aurat-auratnya dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga, dan durhakalah Adam dan sesatlah dia.”

Makan buah larangan: Adam dan Hawa
Pakaian terlucut : Adam dan Hawa
Menutup badan dengan daun: Adam dan Hawa
lalu........ .
Durhaka : Adam
Sesat : Adam

Nampaknya dari segi lafaz langsung, hanya Adam yang dipersalahkan Allah sekalipun keduanya melakukan kesalahan dan keduanya menerima hukuman.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: