Khutbah Jumaat PTS: Bisnes Kedai Buku Cara Nabi
Agama Islam mengajarkan prinsip bekerjasama dan menjanjikan reward besar bagi mereka yang bekerjasama.Tuhan yang maha menepati janjinya berkata dengan maksud, "Apabila kamu meringankan beban saudara-saudara kamu, maka Allah akan meringankan beban kamu".
Apabila berniaga, jangan bersaing. Itu bukan ajaran Nabi Muhammad.
Apabila saudara menjadi penerbit, tolongi penerbit-penerbit lain, apatah lagi yang baru hendak memulakan bisnesnya dan masih terkial-kial.
Apabila saudara membuka kedai buku, beri kerjasama kepada kedai-kedai lain yang menjadi jiran-jiran saudara. Tolongi mereka supaya kedai mereka maju dan banyak pengunjung.
Apabila kedai-kedai sejiran banyak pengunjung, akan ada pengunjung mereka yang terpandang kedai saudara, lalu mereka datang dan masuk dan membeli buku dalam kedai saudara.
Jangan fikir bagaimana hendak survive sendiri, sehingga kita menumpukan perhatian pada kedai kita masing-masing, dan tidak ambil pusing dan saling bantu-membantu rakan-rakan pekedai lain.
Kedai kita takkan banyak pengunjung apabila bisnes kedai-kedai yang sederet dengan kedai kita lembap-lembap belaka.
Ibarat pisang sesikat. Kalau cuma sebiji yang masak, orang takkan mahu membeli yang sebiji itu. Orang membeli pisang yang sebiji itu apabila semua pisang-pisang lain yang sesikat itu masaknya cantik-cantik belaka.
Nabi Muhammad mengajarkan prinsip supaya kita membangun bersama-sama.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Puan Sifu,
Semoga Puan and mentee-mentee senantiasa dikurniakan dengan kebaikan yang datang secara mendadak pada pagi yang mulia ini.
Saya berpendapat bahawa maklumat yang disampaikan lebih mudah difahami apabila dipenghujung maklumat yang disampaikan disertakan dengan contoh dalam bentuk perumpamaan. Saya menjadi faham 100% berkenaan cara nabi berniaga apabila Puan mengunakan pisang sebagai menghuraikan apa yang masih tersirat di minda pembaca.
Setiap maklumat yang disampaikan yang disertakan dengan perumpamaan menjadi lebih efektif bagi menyampaikan maklumat begitu juga yang dilakukan oleh Karam Singh Walia.
Saya akan mengunakan lebih banyak perumpamaan dalam bengkel saya nanti dan mempraktikan peribahasa-peribahasa versi moden seperti yang Puan nasihatkan.
——-
Semoga Allah permudahkan urusan Puan Sifu bagi memastikan Buku Rahsia Bisness Muhammad Bin Abdullah dapat disiapkan secepat mungkin.
Saya tempah sekurang-kurangnya 4 naskah.
Saudara Sham,
Sampai sekarang, meskipun telah lebih dua dasawarsa saya masih teringat kepada seorang rakan yang merupakan guru Bahasa Inggeris yang terlalu kerap menyebut `school lah ` untuk menyebut perkataan `sekolah `.
Apabila menulis pula rakan saya itu amat kerap tersalah mengeja `and` untuk `dan` seperti yang saudara lakukan dalam komen di atas.
Namun saya percaya perkara yang tidak disengajakan itu mungkin kerana huruf untuk mengeja perkataan `and` dan `dan` secara kebetulan adalah sama.
`Saudara Sham, saya sekadar `mengusik` kerana ketidak-sengajaan saudara itu telah mengimbau kenangan lampau saya.
Wassalam
“Kenangan lampau” membuatkan saya mempunyai keyakinan dan berusaha untuk mencapai kecemerlangan.
Puan Sifu mohon maaf, anak murid tumpang lalu,
Terima kasih saudara Adnan, saya mempunyai tabiat yang hampir sama dengan kawan saudara berkenaan pengunaan ‘and’ bagi menyatakan ‘dan’.
Apabila dibaca kembali tulisan saya, banyak perkataan ‘and’ saya gunakan bagi mengantikan dan.
Semoga Allah membantu saya dan kawan saudara itu bagi menghilangkan tabiat yang tidak bagus itu.
Post a comment