Friday, December 07, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Buku Agama untuk Dummy Agama

Dalam sebuah dokumentari saluran National Geography, dilaporkan bahawa Islam adalah agama yang paling cepat berkembang pada masa ini. Di Amerika sahaja, setiap tahun lebih 20 ribu orang masuk Islam.

Di Malaysia, kita percaya trend yang serupa sedang berlaku. Meskipun banyak orang Islam murtad dan memeluk agama lain, kita percaya jumlah penganut agama lain yang masuk Islam adalah lebih banyak.

Para penulis dan penerbit yang beragama Islam mempunyai tugas dan tanggungjawab menulis dan menerbitkan buku-buku agama yang ditargetkan kepada 3 kumpulan:

(1) Individu-individu bukan Islam yang berminat pada Islam, yang sudah mula memikir-mikirkan mahu masuk Islam, semata-mata kerana mereka berminat dengan Islam.

Golongan (1) ini majoritinya mempunyai sahabat-sahabat rapat yang beragama Islam. Lazimnya mereka bertanya kepada sahabat mereka di mana mereka dapat membeli buku-buku agama Islam yang basik-basik, yang bahasanya mudah dibaca.  

(2) Individu-individu yang sudah masuk Islam kerana terpaksa disebabkan mereka hendak berkahwin dengan pasangan Islam.

Suami ataupun isteri golongan (2) ini lazimnya mahu menerangkan ajaran-ajaran Islam kepada pasangan mereka, tetapi tidak ada buku-buku basik tentang Islam yang dapat mereka belikan buat bacaan suami ataupun isteri mereka.

(3) Individu yang lahir dalam keluarga yang Islam pada namanya sahaja, dan gaya hidup mereka macam bukan Islam, tetapi kini sedang memikir-mikirkan mahu belajar tentang Islam. 

Golongan (3) ini mempunyai ciri yang serius, iaitu mereka banyak salah faham tentang Islam, tetapi mereka yakin fahaman mereka itu betul. 

Kita mengajak para penulis dan penerbit supaya menghasilkan buku-buku yang basik-basik tentang Islam bagi bacaan tiga golongan itu, baik buku-buku bacaan kanak-kanak, remaja, mahupun dewasa, di mana mereka itu adalah terdiri daripada golongan berpelajaran, moden dan urban. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Khutbah Jumaat
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Iklan! Penulis PTS Mari Masuk Radio 24 Previous entry: Kerjasama PTS dan Radio IKIM
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/07  at  10:01 AM

Puan,

Puas saya mencari buku yang berjudul “Kit Kombat Islam Untuk Remaja” yang disarankan oleh saudara Arif. Di MPH Shah Alam tiada, di e-kedai.net pun tiada juga. Buku ini baru diterbitkankah?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/07  at  10:20 AM

Assalamuailaikum,

saya sudah sampai Puan Sifu
Sedang bertafakur di majlis ilmu ini]

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/07  at  01:51 PM

Puan Sifu yang dihormati,

Entri ini sungguh menarik. Nampaknya market buku agama untuk dummy agama bertambah besar.

Pada pandangan saya, imej dan nama Islam lebih terkenal pada ritualnya, bukan penghayatan. Penganut Islam sendiri tidak didorong berfikir mengenai kebaikan Islam, dek terlalu menekankan hukum pahala-dosa. Atas sebab inilah ramai anak-anak sejak kecil diperintah keras supaya sembahyang dan mengaji, namun banyak tidak menghayati dan akhirnya bila dewasa ada yang mengerjakan dan ada yang tidak.

Di seluruh dunia, golongan inilah yang paling ramai, mewakili imej Islam dan bercakap untuk Islam, sama ada benar atau salah. Hasilnya Islam dipandang sebagai agama yang menakutkan, penuh hukuman dan tidak boleh.

Mempelajari Islam sama seperti isu bahasa Melayu di Singapura dan Malaysia. Kata kawan saya, orang Melayu Singapura menguasai bahasa Melayu dengan lebih baik dari segi percakapan dan penulisan kerana mereka mempelajarinya secara formal sebagai bahasa kedua selepas bahasa Inggeris. Kata orang Melayu di Malaysia pula, untuk apa belajar bahasa sendiri yang kita sudah tahu, lebih baik belajar bahasa Inggeris. Hasilnya bahasa Melayu kita (maafkan saya kalau salah) caca-marba dan berkelas rendah, di Malaysia.

Sebab itulah bukan Islam yang mempelajari Islam dengan betul menjadi Islam selalunya yang lebih bagus daripada orang Islam asal. (Kini saya faham maksud ayat iman itu tidak dapat diwarisi, rupanya ia perlu dipelajari.)

Berbalik kepada tiga golongan yang Puan sebutkan:
1) Bukan Islam yang berminat;
2) Saudara baru akibat perkahwinan; dan
3) Islam (pada nama)yang berminat.

Maklumat-maklumat basik yang mereka cari itu, adakah maklumat yang sama, atau berbeza mengikut kumpulan masing-masing?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/07  at  01:55 PM

Mohon maaf, typo error untuk ayat:
Sebab itulah bukan Islam yang mempelajari Islam dengan betul menjadi Islam selalunya yang lebih bagus daripada orang Islam asal.

Sepatutnya:
Sebab itulah bukan Islam yang mempelajari Islam dengan betul selalunya menjadi orang Islam yang lebih bagus daripada orang Islam asal.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: