Khutbah Jumaat PTS: Mengiktiraf Usaha Pensyarah Muda Menyampaikan Agama kepada Remaja
Sampai sekarang, remaja tidak membeli buku-buku agama. Ertinya, isi kandungan buku-buku agama yang berlambak dalam pasaran tidak pernah sampai kepada remaja.
Bagi mengatasi situasi negatif ini, sebahagian buku-buku agama terbitan PTS dipakejkan sebagai buku popular, demi supaya golongan remaja mahu membeli dan membacanya. Terbukti buku-buku agama itu mendapat sambutan baik daripada pembaca remaja.
Tetapi ustaz-ustaz di universiti, termasuk profesor-profesor bidang agama, memperlekehkan karya-karya seperti itu. Mereka mengatakan karya-karya itu tidak layak diambil kira bagi tujuan kenaikan pangkat, sedangkan seni menulis buku agama untuk remaja adalah seni yang perlu dipelajari, dan bukan semua ustaz mempunyai kemahiran itu.
Ini kisah benar yang pernah disampaikan kepada kita:
Seorang pelajar sekolah menengah kebangsaan berbangsa Cina meminjam buku tentang Islam dari perpustakaan sekolahnya tetapi tidak berani membacanya di rumah. Beliau memberitahu saya, walaupun ibunya tidak pandai membaca Melayu, tetapi jika ibunya nampak dia membaca buku itu, daripada desain kulit buku itu pun ibunya akan tahu dia sedang membaca buku agama Islam, dan itu akan menyebabkan ibunya amat marah.
Kisah benar itu membuktikan bahawa pakejing buku-buku agama yang tradisional tidak sesuai bagi semua tujuan dakwah. Design kulit yang disukai oleh "Kaum Tua" tidak sesuai bagi keperluan remaja bukan Islam yang berminat membaca buku-buku Islam.
Sesiapa sahaja sepatutnya berasa bebas dan selesa membaca buku di mana-mana sahaja, dan bila-bila masa sahaja. Tetapi ini tidak berlaku bagi buku-buku agama Islam.
Pembaca buku-buku agama Islam tradisional berasa tidak selesa hendak membacanya di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.
Buktinya, kita tidak nampak buku-buku tentang Islam dibaca di tempat-tempat awam oleh sesiapa sahaja - baik oleh orang bukan Islam mahupun oleh orang Islam yang biasa-biasa.
Malah orang Islam yang baik agamanya pun, seperti ustaz-ustaz, tidak kelihatan membaca buku-buku agama Islam di tempat-tempat yang terbuka seperti dalam LRT, dalam bas, di lapangan terbang, di taman-taman, di tepi pantai dan lain-lain.
Fenomena ini menunjukkan bahawa, tidak sebagaimana dengan buku-buku lain, pembacaan buku-buku agama Islam tidak menikmati suasana demokratik!
Mengapakah orang menyorok-nyorok apabila hendak membaca buku-buku agama Islam, seperti membacanya hanya apabila berada di dalam rumah sendiri, ataupun dalam bilik sendiri-sendiri?
Fenomena ini menunjukkan bahawa buku-buku agama Islam yang ada dalam pasaran sekarang ini tidak memiliki ciri-ciri yang membantu ia dibeli dan dibaca dengan bebas dan selesa oleh sesiapa sahaja, di mana-mana sahaja, dan pada bila-bila masa sahaja.
Kita mengajak rakan-rakan penerbit buku agama supaya melakukan inovasi pada pakejing buku-buku agama supaya buku-buku itu dapat diedarkan, dijual, dibeli dan dibaca dengan lebih demokratik.
Kita merayu kepada golongan agamawan yang berada di universiti supaya membantu kita dengan menulis buku-buku agama yang digemari oleh remaja.
Janganlah pakar-pakar agama Islam itu sendiri pula yang "menghukum" rakan-rakan sejawat mereka yang bersusah payah menyampaikan agama kepada remaja, dengan sikap memperlekehkan karya-karya mereka, dan menolak sumbangan mereka dalam menyebarkan mesej Islam.
Nota: Inilah contoh design cover buku-buku agama terbitan PTS yang ditargetkan kepada remaja hip-hop.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum Ya Ahli Dunia,
Sedang bertafakur di Masjid Maya PTS)
Semoga Allah mengurniakan rezeki yang teramat banyak kepada PTS agar PTS dapat membina sebuah Masjid realiti, Amin.
Salam,
Buku Kamceng dengan Solat merupakan buku pertama PTS saya beli ketika melawat kawan di HUKM. Niat di hati nak hadiahkan kpd adik yang meningkat remaja.
Tetapi ditangguhkan dulu kerana design & layoutnya dan menarik dan bahasa yg mudah, membuatkan ia menjadi bahan bacaan saya ketika menunggu & menaiki bas.
Bertambah menarik apabila adik saya habis membaca diletakkan di ruang tamu dan menjadi santapan rakan-rakan mereka pula.
Dan kini mereka meminta saya membeli buku-buku yang sewaktu dengannya.
Syabas PTS
Tahniah memang satu usaha ke arah memesyarakatkan ilmu agama .. saya sokong…
Sedikit teguran… lukisan perempuan dalam buku fikah memang best… tidak sesuai kerana memakai pakaian yang tidak mengikut syarak walau pun bertudung… takut nanti menjadi ikutan.
kemudian, semua muka depan menggambarkan lelaki dan perempuan… secara luar sedar kita menggalakkan pergaulan mereka… walau pun itu bukan tujuannya….
wasalalm
Post a comment