Saturday, December 27, 2008

PPSMI Menentang Quran

Dalam kitab Quran, ayat ke-4 dalam bab yang bertajuk "Ibrahim" bermaksud: Kami tidak menghantar seorang wakil pun melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya dia dapat menyampaikan penerangan dengan jelas kepada mereka.

Berdasarkan prinsip di atas itulah semua 4 buah kitab suci Islam - Quran, Injil, Taurat dan Zabur - setiap satunya diturunkan menggunakan 4 bahasa ibunda yang berlainan. Justeru, hanya kitab Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab adalah bahasa ibunda Nabi Muhammad.

Ayat ke-4 itu memberitahu bahawa bahasa ibunda hendaklah digunakan bagi menyampaikan pendidikan. Jadi, kita lihat bagaimana Nabi Muhammad sendiri menerima pendidikan beliau dalam bahasa ibundanya, bahasa Arab. Berdasarkan prinsip itu juga malaikat Jibril bercakap dalam bahasa Arab kepada Nabi Muhammad apabila mengajarkan mesej-mesej Islam kepada beliau.

Prinsip yang sama digunakan oleh Nabi Muhammad dalam tingkah lakunya, di mana apabila beliau mengajarkan mesej-mesej Islam kepada orang-orang Arab, beliau menggunakan bahasa Arab. Apabila beliau hendak menghantar surat kepada kaum-kaum lain, surat-surat beliau dituliskan dalam bahasa-bahasa kaum itu. Sebagai contoh apabila beliau hendak menghantar surat kepada orang Yahudi, surat beliau ditulis dalam bahasa Yahudi oleh jurutulis yang pandai bahasa itu.

Apabila agama Islam mula tersebar kepada kaum-kaum bukan-Arab, Nabi Muhammad menghantarkan guru-guru agama kepada kaum-kaum itu dengan memilih guru-guru bangsa Arab tetapi yang pandai bercakap dalam bahasa kaum-kaum tersebut.

Dasar pendidikan yang menggunakan bahasa bekas penjajah, contohnya bahasa Inggeris, sebagai bahasa penghantar adalah suatu dasar yang tidak ada asasnya dalam kitab Quran mahupun dalam sunah Nabi Muhammad. Justeru ia adalah dasar yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Nota: Bagi pembaca blog ini yang beragama Islam, bacalah salam dan selawat selepas terbaca nama 'Nabi Muhammad'.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(15) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Risiko Membaca Buku Profesor yang Sama Previous entry: Tidak Logik tetapi Benar-benar Berlaku di UPM
bayan  on  10/24  at  07:54 AM

Penerangan yang baik dalam memberitahu bahawa untuk memartabatkan Bahasa Melayu, harus mengajar dan belajar dalam bahasa tersebut. Jika mahu pakar bahasa Inggeris, ajarlah bahasa Inggeris dengan betul dan baik. Bukan membahasaInggeriskan Sains dan Matematik.

p.s : Untuk merujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w, kata diri yang paling tepat ialah Baginda atau beliau? Sekadar bertanya. Terima Kasih.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/25  at  01:34 AM

Kebanyakan buku-buku penulis melayu yang pernah dibaca merupakan formula dan sifir yang menyempurnakan kekurangan pembudayaan kekuatan berbudaya memelihara sifat beragama. Kesan pembacaan penulisan yang bebas membentuk kesalingan perkaitan yang relevan dan rasional arah tuju kepada kaedah penyelesaian bukan mendalamkan jurang perbezaan. Buku juga memiliki peribadi dan ciri akhlak yang upaya membuka seluas-luasnya kesempatan untuk pembaca menghayati fitrah yang dimiliki oleh mereka adalah pemberian asas Allah sebagai tanda kesucian jiwa yang merupakan rohani yang kini semakin terabai untuk digilap.
Sekilas mungkin kita upaya mendepani irama-irama di gereja yang tanpa bertunjangkan akar tauhid,fenomena pengeksploitasiannya oleh pembaharu-pembaharu zaman telah menjanakan budaya-budaya yang menghilangkan kesucian fitrah insan, kesan moral dan adab susila kesopanan kemanusiaan tidak disempurnakan menurut yang hak.
Bahasa tidak wajar menjadi hak hanya segelintir atau sekumpulan untuk mendaulatkannya kerana warga juga menghayati sejarah oleh kerana pengisian tuntutan dari kemerdekaan, bahasa melayu hanya disimbolkan di dalam Perlembagaan sebagai bahasa rasmi yang upaya dipertikaikan dari sudut manakah rasmi pendaulatannya apabila masih fasal-fasal tertentu peraturan diabaikan, misal Perkara 152 bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah di dalam tulisan yang diperuntukkan di dalam undang-undang oleh Parlimen dengan syarat:
a- tidak ada sesiapa pun boleh dilarang atau dihalang untuk menggunakan,mengajar atau belajar apa-apa bahasa (selain waktu rasmi.
b- tidak ada apa-apa di dalam fasal ini yang boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak Kerajaan Negeri untuk meneruskan dan memelihara penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.

Buku ini wajar dipermudahkan bahasanya untuk menyemai kesedaran warga terhadap kepentingan bahasa.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/02  at  11:00 PM

Assalamualaikum,

Saya ingin berkongsi pengalaman.

Saya sewaktu bersekolah rendah dahulu adalah antara yang bodoh dalam berbahasa inggeris.

Titik perubahan saya menjadi pandai berbahasa inggeris ialah apabila ada seorang guru bahasa inggeris saya yang mengajar bahasa inggeris dalam bahasa Melayu! Sejak itu keputusan peperiksaan bahasa inggeris saya menjadi lebih cemerlang.

Sampai sekarang saya merasa teramat berhutang budi dengan guru saya itu.

Saya sebagai golongan profesional yang berjaya merasa sedih melihat keadaan pengajian di sekolah kita di Malaysia yang entah apa-apa.

wassalam

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/03  at  03:10 AM

Salam sejahtera,

Persoalan dan isu utama di sini ialah isu ‘kebodohan bahasa Inggeris’, maka ia harus ditangani dengan mengkaji semula silibus dan cara pengajaran subjek bahasa ini. Walaupun rujukan dan juga buku-buku berkenaan sains dan matematik banyak di dalam bahasa Inggeris, ini tidak bermakna inovasi sains dan matematik bangsa Inggeris adalah cemerlang.

Matematik adalah suatu yang universal walau dalam bahasa apa pun ia diajarkan, jika murid-murid itu mempunyai kemampuan mental yang baik untuk memahami matematik maka mereka tetap akan cemerlang di dalam subjek ini. Dan jika seseorang murid itu tidak ada kecenderungan mental dan minat dalam matematik dan sains, sekalipun dia seorang pelajar sasterawan Inggeris yang cemerlang hasilnya dia tetap tidak akan dapat mnguasai subjek sains dan matematik dengan baik.

Apa yang kita TIDAK MAHU ialah murid-murid yang ada kemampuan mental dan minat di dalam matematik dan sains tetapi terhalang untuk menguasainya dengan baik oleh sebab mereka tidak dapat memahami bahasa penyampaian subjek itu. Kita akan rugi di sini. Namun begitu sejarah membuktikan ada pelajar yang mendapat A1 dalam mata pelajaran matematik tambahan, fizik, kimia dan matematik moden tetapi kecundang di dalam maa pelajaran bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Jadi bagaimanakah kita menjelaskan hal ini.

Apa yang dikhautiri di sini ialah kerajaan kita agak ‘PEMALAS’ untuk berfikir, mereka mahu ambil jalan senang iaitu dengan mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, maka tidak perlu cerdi pandai kita bersusah payah berfikir bagaimana untuk tidak menterjemahkan teks-teks asing ini(bukan sebab tidak mampu. Kerja menterjemah memanglambat dan perlahan serta perlu penelitian, serta sedikit pemkiran daya cipta untuk mengadaptasi budaya asing ini.

Kerajaan kita (para ahli politik dan pegawai tertingginya) bukan kerajaan yang cendikiawan, mereka ini terdiri daripada orang-orang yang ‘PEMALAS’, yang hanya berfikir ingin cepat itu dan ini terutamanya cepat kaya. Jikapun, kita ingin meluncur laju mencapai wawasan 2020, tetapi apa gunanya jika kita menghasilkan rakyat yang malas befikir, tidak inovatif, ingin cepat kaya, menipu di sana sini. Apakah kita berpuas hati menghasilkan bijak pandai bermentaliti seperti ‘Bollywood’, setakat mengoyang punggung dengan ghairah di sana sini kita boleh mendapat anugerah kehormatan negara?

Apakah sudah jadi dengan Malaysia ini? Semoga Allah selamatkan kita semua. Fikir-fikirkanlah, tidak semua perkara boleh dicapai dengan jalan singkat dan mudah sahaja.

Sekian.

ciklee  on  12/03  at  08:36 AM

pada zaman saya dahulu, pelajar-pelajar di Pantai Timur mempunyai kemampuan yang bagus di dalam matematik dan sains tetapi lemah di dalam bahasa Inggeris. Tetapi sebaliknya di Pantai Barat, pelajar-pelajarnya baik di dalam bahasa Inggeris tetapi lemah di dalam matapelajaran sains dan matematik.

Kebanyakan pelajar dari pantai timur adalah berasal dari kawasan luar bandar tetapi mempunyai potensi yang hebat. Namun, ‘terima kasih atas kebijaksanaan PM yang ke-4, menyebabkan pelajar Pantai Timur terus ketinggalan dalam semua mata pelajaran. Dari baik terus merudum. Namun yang peliknya (tak pelik pasal Malaysia Boleh), keputusan peperiksaan apa-apa jua peperiksaan besar semakin meningkat tahun ke tahun dan susah nak tengok ada kejatuhan. Hairan bin ajaib.

Kalau Ikutkan  on  12/03  at  09:43 AM

Mungkinkah ini satu taktik kerajaan untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kelantan?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/03  at  09:47 AM

Puan Sifu yang dihormati,

Ada surat-surat pembaca di akhbar berpendapat kerajaan sudah membelanjakan sejumlah besar wang negara untuk projek ini. Jika kita berpatah balik ke bahasa Melayu, maka rugi besarlah nanti.

Bagaimana kita boleh jelaskan kepada mereka yang berfikir begini?

Web Sutera  on  12/04  at  07:15 AM

Subhanallah. Antara entri yang paling memikat, ampuh dan berautoriti. Tahniah, Sifu! Teruskan berjuang!

Akira  on  12/05  at  10:19 AM

bodeklah tu

Ibn Ali  on  12/09  at  03:02 PM

Assalamualaikum wa rahmatullah…

antara ayat yang menarik…

Kerajaan kita agak ‘PEMALAS’ untuk berfikir, mereka mahu ambil jalan senang iaitu dengan mengajar subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris, maka tidak perlu cerdi pandai kita bersusah payah berfikir bagaimana untuk tidak menterjemahkan teks-teks asing ini lagi.

Bukan kerajaan yang cendikiawan, mereka ini terdiri daripada orang-orang yang ‘PEMALAS’, yang hanya berfikir ingin cepat itu dan ini terutamanya cepat kaya.

Jikapun, kita ingin meluncur laju mencapai wawasan 2020, tetapi apa gunanya jika kita menghasilkan rakyat yang malas befikir, tidak inovatif, ingin cepat kaya, menipu di sana sini. Apakah kita berpuas hati menghasilkan bijak pandai bermentaliti seperti ‘Bollywood’, setakat menggoyang punggung dengan ghairah.

Ya. Setuju sangat dengan semua pengomen. Cuma saya bertanya, sehingga ke hari ini kita mengkritik, political willnya masih belum ke mana-mana, nak harapkan kepada partai2 pembangkang?

Boleh. Tapi agak lewatlah, sedangkan, hampir setiap minggu, anak-anak Melayu telah disembelih kefahaman dan minat mereka tentang alam matematik dan sains.

Saya cuma fikir, patut tak, kita boikot sistem pendidikan yang terhegeh-hegeh ni?

Kita cuma hantar anak-anak Melayu untuk ambil SPM sahaja. Ya, banyak prosesnya, tahu, tetapi cubalah. Pasti kerajaan bukan cendikiawan ini akan ditelanjangkan oleh oposisi kerana setiap sekolahnya yang bersandarkan PPSMI telah ditolak.

Kita jangan mengkritik sahaja, tapi kita guna sistem yang sama.

Ataupun, kita abaikan PPSMI dan buat tuisyen sendiri. Gunakanlah buku-buku teks yang lama itu, yang masih dalam BM.

Dan PTS, mudahkanlah kerja ini, buat berbanyak-banyak buku tentang silibus-silibus sains dan matematik yang diperlukan. Banyak-banyak permudahkan.

Nanti, kerajaan ini sendiri akan dimalukan, apabila, dia buat airport, kita tidak mahu gunakan pakai. Kita naik kapal.

arrantaui  on  12/10  at  02:55 AM

Emm. Pemerintah yang malas, itu petanda rakyat yang malas juga kerana pemerintah datang daripada rakyat. Pemerintah mestilah tidak malas dalam menjadikan rakyatnya jangan malas. Rakyat jangan malas dalam menyahut seruan pemerintah untuk membuang sifat malas.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/20  at  04:53 PM

assalamualaikum..
emm,saya adalah salah seorang dari “bahan kajian” mengenai PPSMI..
saya tidak berapa arif tentang isu PPSMI,tapi saya ada beberapa kemusykilan,harap boleh diterangkan pada saya..
adakah ianya salah andainya kita ingin menuntut ilmu dengan lebih mendalam??
ustazah saya ada mengatakan bahawa saya digalakkan belajar bahasa arab,sedangkan saya seorang melayu..adkah saya bersalh kerana blajar bhasa arab yang bertentangan dengan bhasa melayu??
dahulu,umat islam berjaya MENAKLUK dua pertiga dunia,dan itu bermaksud kita pernah menjajah meskipun ianya adalah kebaikan..adakah salah bagi bangsa lain mendalami bahasa lain selain bahasa mereka??
saya ni jahil dlm agama,tapi,sya tahu bhawa ALLAH tdk mlarang manusia mncari ilmu,bahkan mggalakkan kta mneroka d muka bumi ini..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/20  at  05:35 PM

assalamualaikum..
sya brsyukur krna saya brjaya mgharungi ppsmi wlaupun kptsan x brpa mmuaskn..
ad kbaikn,ad jugak kkurgannya..
yg pntig,kte kna lihat dri perspektif sluruh rkyt malaysia,bukn hya pndgn satu individu..
stiap usha keras yg dlakukan,pasti ade gnjaran lumayan dbrikan..
kpda shbt2 sperjuangan,lakukan yg trbaik,wlau ape pun cbrannyer..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/20  at  11:41 PM

Adik Aiman,

Semua orang yang waras tidak akan melarang adik Aiman untuk belajar bahasa BI,  Arab, Perancis, Ibrani, Yiddish.

Orang gila mana yang kata belajar bahasa asing (Arab) bertentangan dengan bahasa Melayu?

Suka diingatkan belajar bahasa ialah belajar kemahiran berbahasa. Belajar pertuturan, belajar tatabahasa belajar kosa kata, belajar struktur ayat dan belajar membuat karangan dan lain-lain kemahiran berbahasa.

Cara belajar bahasa dengan cara belajar sains dan matematik adalah berbeza.Maka sebab itu PPSMI dibantah kerana zalim, dungu dan salah dalam kaedah pembelajaran bahasa dan konsep Sains/Maths.

Gawat betul budak-budak PPSMI ini, sudahlah isu pun tidak faham menulis dengan baik pun tidak mampu.

Adik mangsa dilema,

Cuba menulis dengan baik. Kebiasaan buruk ini akan terbawa sehingga ke alam pekerjaan nanti.

Betul perlu dilihat dari perspektif seluruh rakyat Malaysia. PPSMI hanya pemikiran Tun M seorang tanpa merujuk kepada pakar-pakar pendidikan.

PPSMI,matlamat baik. Caranya salah.

Analogi mudah.

Ali sakit perut.
Ali pergi hospital mahu ambil ubat
Ali makan ubat sakit kepala BUKAN ubat sakit perut.
Ali bertambah parah lalu mati.

Matlamat pergi hospital, moga cepat baik.
yang salahnya , Ali makan ubat sakit kepala.

PPSMI samalah DUNGU macam Ali.

side by side comparisons  on  05/05  at  12:05 PM

sebagai bahasa penghantar adalah suatu dasar yang tidak ada asasnya dalam kitab Quran mahupun dalam sunah Nabi Muhammad. Justeru ia adalah dasar yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.