Khutbah Jumaat PTS: Falsafah ‘Tangan Kapitalis’ Membantu ‘Misi Sosialis’
Pada suatu masa dahulu, ketua editor sebuah akhbar arus perdana yang besar pernah ditanya, mengapakah syarikatnya itu menerbitkan majalah-majalah yang membekalkan sampah-sarap ke dalam minda pembaca Melayu.
Dalam jawapannya, beliau menerangkan, majalah-majalah itu amat laku, dan wang daripada jualan itu digunakan bagi membiayai penerbitan akhbar jawi dan majalah agama yang tidak laku. Tanpa adanya 'tangan kapitalis' itu, syarikat tidak dapat menjalankan 'misi sosialis'nya.
Prinsip 'jahat-baik boleh seiring' begini amat popular, dan sampai hari ini masih banyak penerbit Melayu-Islam yakin bahawa inilah sahaja jalan yang ada jikalau penerbit mahu menerbitkan bahan-bahan ilmu dalam Bahasa Melayu.
Bukan seorang dua orang penerbitan, malah rata-rata, yang yakin penerbit mesti mencari wang dengan menjual sampah-sarap dan benda-benda terlarang supaya wang daripada jualan itu dapat digunakan bagi menerbitkan bahan-bahan baik.
Prinsip 'tujuan menghalalkan cara' adalah tidak dibenarkan dalam agama Islam.
Apabila kita yakin tidak ada cara lain, maka kita sudah berputus harap akan bantuan Tuhan, dan hukum berputus harap amat serius.
Tuhan jualah yang lebih mengetahui.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Pn Sifu,
( Edisi awal kutbah jumaat ini berbeza dgn edisi awal pagi tadi )
Jika benarlah jualan majalah kategori sampah itu (mungkin mastika ) digunakan keuntungannya untuk untuk membuat majalah lebih berfaedah ia memang memualkan.
Beritahu mereka, jika mahu untung lebih besar, keluarkan sahaja majalah lucah kalau boleh lebih hangat daripada majalah playboy dan daripada keuntungan itu bolehlah menerbitkan majalah bercorak agama pula.
Selepas itu, biar penerbit itu lihat kesan-kesan parah keatas remaja yang sememangnya telahpun parah kini.
Beritahu juga tindakan itu boleh juga disamakan seperti pencuri yang menggunakan hasil curiannya atau jenayahnya untuk kebajikan/menderma.
Penerbit atau individu sebegitu adalah manusia yang korap dan muflis idea yang meremehkan implikasi negatif keatas tindakan / produk mereka.
dgn (SALAH) = dengan (BETUL)
telahpun (SALAH) = telah pun (BETUL)
keatas (SALAH) = ke atas (BETUL)
——-
Kenapa majalah MASTIKA dikategorikan sebagai sampah?
Asalamualaikum Puan Sifu,
Saya berasa pelik membaca alasan mereka. Seperti mendidik anak-anak mencuri dahulu, selepas itu baru hendak dididik dengan perangai yang baik.
Ini cerita Robin Hood.
Post a comment