Friday, November 14, 2008

Khutbah Jumaat PTS: Kekecewaan Pelanggan Korporat terhadap Produk Training Islami

Sesuatu yang Islami pastilah bersifat universal, yakni ia bagus dan dapat diterima oleh semua orang, bukan hanya dapat diterima oleh orang-orang Islam. Sebagai contoh, sistem perbankan Islam, sistem pajak gadai Islam, dan sistem insurans Islam terbukti dapat diterima baik dan popular di kalangan pelanggan bukan Islam. Malah makanan berstatus 'halal' juga dapat diterima baik oleh pengguna bukan Islam.

Pasaran bagi produk-produk Islami dalam industri training dan konsultansi adalah pasaran Laut Biru yang sangat besar saiznya. Yang diperlukan sekarang adalah produk-produk training yang benar-benar mengemukakan dan mengaplikasikan teori-teori dan teknik-teknik Islami.

Namun pada masa ini sesuatu produk training itu didakwa oleh penjualnya sebagai 'Islami' hanya disebabkan dalam jadual training itu dimasukkan item sembahyang beramai-ramai, ceramah agama selepas sembahyang subuh, dan sembahyang dinihari, manakala input-input yang 'core' dalam modul itu tidak menggunakan teori-teori dan teknik-teknik yang dibangunkan daripada sumber-sumber Islam. 

Malah banyak input 'core' dalam modul-modul training yang didakwa sebagai Islami itu bukan hanya tidak berdasarkan sumber-sumber Islam, malah mengandungi ciri-ciri yang tidak selaras dengan ajaran Islam. 

Banyak pelanggan korporat mempunyai kakitangan bukan Islam. Adalah tidak praktikal bagi pelanggan apabila modul-modul yang didakwa Islami itu hanya sesuai bagi kakitangan Islam sahaja. 

Sebagai contoh, pelanggan korporat perlu memberikan semangat dan budaya kerja berpasukan kepada semua kakitangannya, tetapi modul yang ditawarkan memerlukan item-item seperti berzikir, menghafal asma-ul-husna, qiam-ul-lail dan tazkirah yang khusus untuk orang Islam sahaja. 

Sudah sampai masanya para trainer Islam membezakan tugas-tugas trainer korporat aliran 'sekolah Islami' dengan tugas-tugas ustaz-ustaz dan guru agama. 

Modul-modul training Islami seharusnya dapat diikuti oleh peserta-peserta bukan Islam.

Bukan itu sahaja, produk-produk training Islami sepatutnya dapat difrancaiskan kepada, dan disampaikan oleh, trainer-trainer bukan Islam  -  bukan hanya dapat disampaikan oleh fasilitor yang berkopiah ataupun yang berjanggut sahaja.

Begitulah yang berlaku dalam sistem parbankan Islami, di mana bank-bank konvensional yang dimilik oleh Yahudi sekalipun dapat menawarkan perkhidmatan perbankan Islami.

Malah makanan 'halal' pun dapat dikeluarkan oleh kilang dan restoran yang pemilik dan pekerjanya semuanya bukan Islam.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bahasa adalah Unsur Dekorum Previous entry: Tip Memilih Buku untuk Terbitan Bumper
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/14  at  10:36 AM

Petik: Bukan itu sahaja, produk-produk training Islami sepatutnya dapat difrancaiskan kepada, dan disampaikan oleh, trainer-trainer bukan Islam…....

——————

Puan Ainon, pada pendapat saya; betul, boleh, sebahagiannya. Sebahagiannya sahaja. Sebahagian manusia ketika belum Islampun telah punya sifat yang baik, Nabi Muhammad (saw)menyebut Abu Sufian, Hakim bin Hazam antaranya. Justeru bila Mekah dibuka semula, Nabi menyebut, mereka ini kalau tak mahu masuk Islam, tak patut betul.

Ada bahagian perkara yang tak akan difahami oleh bukan Islam. Misalnya ikhlas. Misalnya niat, misalnya pemikiran, emosi…Tindakan boleh sama; orang Islam makan, yang bukan Islam pun makan. Yang Islam makan dengan berasa bersyukurnya, “Alhamdulillah, Tuhan aku bagi rezeki”. Yang bukan Islam berfikir “aku dapat makan sebab aku pandai cari duit, sebab aku berkerja keras, sebab aku ada kebolehan….”.

Barangkali ada juzuk kecil yang boleh.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/14  at  11:26 AM

petik: Namun pada masa ini sesuatu produk training itu didakwa oleh penjualnya sebagai ‘Islami’ hanya disebabkan dalam jadual training itu dimasukkan item sembahyang beramai-ramai, ceramah agama selepas sembahyang subuh, dan sembahyang dinihari, manakala input-input yang ‘core’ dalam modul itu tidak menggunakan teori-teori dan teknik-teknik yang dibangunkan daripada sumber-sumber Islam.

Puan SifuPTS, saya setuju. Cuma mahu merealisasikannya perlukan orang yang memahami menyeluruh terhadap agama Islam itu, juga mendalam. Kefahaman.

Suatu ketika seorang bertanya kepada Abdullah bin Umar (anak Umar Alkhattab)suatu soalan tentang suatu amalan. Adakah ianya sunat atau wajib. Maka dijawap anak Umar, para sahabat Nabi melakukannya. Dibalas; “jadi, sunat atau wajib?” Para sahabat melakukannya. Sunat atau wajib? Para sahabat melakukannya. (Pada hemat saya, ia sunat). Tetapi anak Umar beliau melihat lebih jauh dari hanya sunat dan wajib. Beliau melihat ada kecenderungan meremehkan yang sunat. Bila sunat, bukanlah untuk diremehkan. Tujuan mengetahui sunat supaya dapat diprioritikan yang wajib.
——
Seorang dari Iraq bertanya Ibnu Umar (anak Umar) tentang darah nyamuk. Ibnu Umar menempelak kerana dia mahu berbicara tentang darah nyamuk, tidak mahu bincang tentang darah cucu Nabi yang ditumpahkan diIraq.
——-
Seorang meminta kepada Nabi Muhammad memberikannya seekor unta untuk ditunggangi. “Aku akan memberi kamu seekor anak unta”. Buat apa anak unta? Kata Nabi, “Bukankah semua unta itu, adalah anak unta?”
Siapakah dia yang mahukan unta itu? Kenapa Nabi bergurau dengannya? Barangkali Nabi bergurau dengan seorang itu, kerana orang itu seorang yang terlalu serius. Mesejnya “janganlah (tunjuk) serius sangat (bila bergaul)”. Nabi Muhammad (dalam diri) manusia paling serius. Tetapi di luar beliaulah manusia paling ramah, paling banyak senyum. MasyaAllah, hebatnya. Kerana itu beliau membawa rahmat sekalian alam.

Sebahagian manusia pula (mudah-mudahan kita selamat) diluarnya bila bercakap nampak dialah paling serius, padahal di dalam, dialah paling tidak ambil peduli.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: