Friday, June 22, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Jihad Memerangi ‘Cultural Deficit’

Kemiskinan budaya atau cultural deficit, adalah salah satu jenis kemiskinan yang lebih berbahaya daripada kemiskinan harta benda.

Ramai orang menjadi miskin harta benda sebagai akibat daripada kemiskinan budaya di mana mereka berada.

Kata-kata Tuhan yang pertama disampaikan kepada Nabi Muhammad adalah, "Bacalah!" Maka membangunkan budaya membaca adalah misi penting.

Buku adalah artifak budaya yang paling penting, disebabkan buku menyalurkan maklumat kepada individu. Tingkah laku membaca adalah tingkah laku kultural, di mana dalam sesetengah budaya, tingkah laku membaca diberikan nilai tinggi, manakala sebaliknya dalam sesetengah budaya lain.

Budaya masyarakat Melayu luar bandar adalah budaya yang miskin buku. Infrastruktur buku tidak ada di daerah-daerah yang jauh dari bandar.

Di luar bandar kedai buku tidak ada. Perpustakaan awam tidak ada. Perpustakaan sekolah tidak menyimpan buku-buku yang berkualiti. Akibatnya, tingkah laku membaca tidak berkembang.

Kerajaan dan penerbit buku-buku Melayu mesti sama-sama merancang bagaimana kemiskinan budaya membaca buku dapat diatasi di kawasan luar bandar.

Kempen membaca akan tercapai apabila buku yang hendak dibaca itu dapat disampaikan kepada individu yang hendak membacanya.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Khutbah Jumaat
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pasaran Buku Agama adalah Sektor Paling Rancak di Jakarta Previous entry: Pelaburan Baru dalam Sektor Buku
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/22  at  07:03 AM

Puan,

Puan menyebutnya, `budaya membaca buku`

Ada perbezaankah dengan kalau hanya menyebut. `budaya membaca`

Sebab, saya memang mempunyai tafsiran berbeza untuk dua ungkapan itu.

Tuan Adnan,

Saya dengan jelas menggunakan frasa ‘budaya membaca buku’ kerana memang isu membaca buku ini yang memprihatinkan saya.

Budaya membaca surat khabar dan majalah hiburan sudah sampai ke kampung-kampung. Di mana ada kedai runcit, di situ ada dijual surat khabar dan majalah hiburan. Dan sekarang budaya membaca novel-novel batil sudah mewabak ke kampung-kampung sebab di bandar-bandar kecil sudah ada kedai-kedai yang menjual novel-novel batil itu.

Infrastruktur pengedaran akhbar, majalah hiburan dan novel batil sudah bagus. Yang belum bagus-bagus adalah infrastruktur pengedaran buku-buku ilmu. Jualan buku melalui internet belum masuk kampung.
——-

sab2  on  06/22  at  07:18 AM

Puan Sifu,

Assalamu’alaikum wm wb.

“Bacalah”, wahyu pertama kepada Nabi S.A.W.
“Sampaikanlah walaupun satu ayat,” sabda Baginda kepada umatnya.
“Menulislah walau pun satu ayat” adalah langkah pertama semua mentee-mentee.

Kemiskinan budaya khususnya budaya membaca, pastinya hanya akan dapat diatasi apabila semua yang terlibat dengan industri buku berperanan sewajarnya. Bukan sekadar tangkap muat oleh sesetengah pihak yang hanya mementingkan jualan semata-mata, yang lansung tidak peka dalam proses pembudayaan bangsa.

Kita dapat melihat lambakan bahan-bahan bacaan bertaraf “junk foods” yang merosakkan minda anak bangsa, tanpa kawalan.

lansung (SALAH) = langsung (BETUL)

Pencinta  on  06/22  at  09:21 AM

Perpustakaan sekolah tidak menyimpan buku-buku yang berkualiti?...

Biar betul, berjuta-juta RM telah dibelanjakan untuk pembelian buku, khas untuk perpustakaan. Kita ada panel pemilih yang arif tentang keperluan buku perpustakaan, macam mana terpilih buku tak berkualiti? Macam ada yang tak kena di mana-mana!

tak (SALAH) = tidak (BETUL)

Sdr. Pencinta,
Yang bertugas memilih judul buku-buku yang baik untuk sekolah, tidak bertugas memilih judul buku-buku yang bakal dibekalkan ke perpustakaan sekolah-sekolah. Mereka cuma bertugas menyenaraikan judul-judul buku yang baik. Itu sahaja.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/22  at  10:13 AM

Sdra Pencinta..

Bukan semua buku di perpustakaan sekolah dipilih guru. Namun jika dipilih guru pun kadangkala guru boleh terpengaruh dengan komisyen dari juru jual yang kadangkala `menutup sedikit mata` kepada kualiti buku.

Ia bukan suatu tuduhan tapi dipercayai berlaku terutama membabitkan buku kerja dan saya ada menulis mengenainya melalui Berita Harian tahun lalu.

Tetapi yang lebih memeranjatkan saya apabila buku-buku projek yang dihantar oleh Kementerian Pendidikan secara pukallah yang banyak melambakkan buku tidak bermutu terbitan penerbit picisan itu.

Pada tahun 1990-an saya banyak `terserempak` dengan buku tidak berkualiti dengan kesalahan tatabahasa boleh dilihat di muka surat pertama lagi.

Buku yang bernilai berbelas ribu untuk satu sekolah itu merupakan sumbangan kepada sekolah melalui projek Bank Dunia.

kadangkala (SALAH) = kadang kala (BETUL)

Fadzli  on  06/22  at  10:14 AM

Assalamualaikum,

Semasa di universiti, pensyarah saya memberitahu pihak barat hendak menegakkan benang yang basah dengan membuat dakwaan bahawa merekalah yang b’jawab mempelopori bidang percetakan yang menjadi asas kepada penyebaran ilmu secara meluas melalui buku.

Padahal buku yang pertama yang dicetak ialah di Mekah (saya dah lupa tajuk dan tarikhnya) dan pihak barat tidak mempunyai sebarang bukti di atas dakwaan mereka tersebut.

Kita yang pertama, kenapa bukan yang terutama?

b’jawab (APA INI?)
dah (SALAH) = sudah (BETUL)
barat (SALAH) = Barat (BETUL)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/22  at  10:45 AM

Iqraq terjemahannya ‘bacalah’. Apa yang perlu dibaca oleh seorang ummi yang tidak tahu membaca, apa yang perlu dibaca di dalam sebuah gua yang gelap gelita….. fikirkan senario di atas dan bandingkan dengan orang buta yang hendak membaca….

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/22  at  01:00 PM

Kita yang pertama, kenapa bukan yang terutama?

Saya berpendapat begini,

Ada dua orang INVENTOR. Yang seorang cipta basikal, seorang lagi cipta yang lebih baik iaitu motosikal.
Muncul orang lain dari bukan kelompok mereka mencipta kereta.

Moral, betulkah? Pencipta basikal adalah BAPA PENCIPTA kerana melalui idea beliau, orang sekarang boleh mencipta kapal terbang dan roket atau TV warna.

Jepun dan China boleh berbangga konsep meniru orang lain membawa manfaat besar kepada mereka.

*** : Ini hanyalah pendapat peribadi dan cerita INVENTOR di atas hanyalah sebagai cerita biasa sahaja.

Teringat kata-kata prof. Ungku Aziz, selepas wawasan 2020, perlu ada wawasan 2057. Banyak makna tersirat di sebalik kata-kata tersebut.

Untunglah mereka yang bijak mencari peluang di atas peluang yang ada. Jangan cepat puas hati. Negara kita ini kecil sahaja, Nistelroy pun mengatakan, Kuala Lumpur sebagai di Asia Tenggara.

Semua ejaan betul.<strong>

Jiwa Rasa  on  06/23  at  10:44 AM

Puan Ainon,

Kita bukan sahaja mengalami `cultural deficit’. Kita juga menghidapi `value crisis’. Krisi nilai yang teruk sehingga tidak tahu memilih keutamaan dalam hidup.

Masyakarat luar bandar memang ramai yang miskin, tetapi ramai yang masih mampu melanggan saluran TV berbayar. Mereka sanggup berhabis hampir RM100 sebulan tetapi tidak mahu mengeluarkan wang untuk membeli buku. Mereka meletakkan nilai yang lebih tinggi pada TV berbayar, berbanding buku.

Saya harap `budaya membaca buku’ ini juga boleh dipertingkatkan lagi kepada `budaya membeli dan membaca buku’.

Lebih elok lagi, jika kita boleh melangkah setingkat lagi dan mengamalkan `budaya menghadiahkan buku’.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: