Khutbah Jumaat PTS: Jihad Memerangi ‘Infomation Deficit’
Budak-budak di sekolah-sekolah kampung menderita gejala 'kemiskinan maklumat'. Kemiskinan jenis ini adalah lebih berbahaya daripada kemiskinan harta-benda.
Kemiskinan maklumat menyebabkan si mangsa terus kekal miskin.
Penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajarkan subjek sains dan matematik kepada budak-budak kampung semakin memburukkan lagi penderitaan kemiskinan maklumat yang menimpa mereka.
Maksud ayat 4 dalam surah Ibrahim: Allah tidak menghantar Rasul kepada mana-mana kaum melainkan dalam lidah kaum itu.
Keempat-empat buah kitab suci Islam semuanya dalam empat bahasa ibunda nabi-nabi itu yang menerimanya.
Maka kepada orang-orang Arab, Allah menghantar Rasul yang bercakap bahasa Arab, Allah menurunkan wahyunya menggunakan bahasa Arab, Jibrail mengajar Nabi Muhammad menggunakan bahasa Arab, manakala Nabi Muhammad mengajarkan Quran kepada orang-orang Arab menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa penghantar.
Perbuatan guru-guru Melayu mengajar budak-budak Melayu sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris adalah perbuatan mencela Allah, Quran dan Nabi Muhammad.
Tuhan jualah maha mengetahui.
.
.
Kemiskinan maklumat menyebabkan si mangsa terus kekal miskin.
Penggunaan bahasa Inggeris bagi mengajarkan subjek sains dan matematik kepada budak-budak kampung semakin memburukkan lagi penderitaan kemiskinan maklumat yang menimpa mereka.
Maksud ayat 4 dalam surah Ibrahim: Allah tidak menghantar Rasul kepada mana-mana kaum melainkan dalam lidah kaum itu.
Keempat-empat buah kitab suci Islam semuanya dalam empat bahasa ibunda nabi-nabi itu yang menerimanya.
Maka kepada orang-orang Arab, Allah menghantar Rasul yang bercakap bahasa Arab, Allah menurunkan wahyunya menggunakan bahasa Arab, Jibrail mengajar Nabi Muhammad menggunakan bahasa Arab, manakala Nabi Muhammad mengajarkan Quran kepada orang-orang Arab menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa penghantar.
Perbuatan guru-guru Melayu mengajar budak-budak Melayu sains dan matematik menggunakan bahasa Inggeris adalah perbuatan mencela Allah, Quran dan Nabi Muhammad.
Tuhan jualah maha mengetahui.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Jihad zaman ini adalah melalui ilmu seperti kata pepatah Inggeris ‘Knowledge is Power’.
Tetapi saya suka untuk menambah dengan kata-kata di bawah
“Orang yang pandai dipandang bodoh apabila dia tiada duit manakala orang yang bodoh dipandang pandai apabila dia ada duit.
Oleh itu kita perlu menjadi orang yang penuh dengan ilmu dan juga penuh dengan ‘fulus’ baru umat Islam dapat menguasai dunia.
Jihad Ilmu, Jihad Duit.
——-
Betul! Betul! Saya sokong! Saya sokong! Jihad fulusss…. Jihad fulusss…. Tanpa ilmu bagaimana mahu mencari fulus?
Apa pentingnya mahu dipandang? Yang paling bagus, tidak nafsu pun mahu dipandang dan sedia terima arahan orang yang lebih bawah, macam pemegang-pemegang PhD yang masuk kedet polis itu.
Ini zaman mahu cerdik EQ dan SQ, tidak guna banyak duit banyak ilmu tidak bila kena kritik sikit melenting-lenting macam orang gila, orang hendak inaya dia, orang hendak tikam dia. Orang gila pun tidak macam itu. Habis orang yang tidak terlibat pun alih-alih sahaja kena marah.
Kemiskinan ilmu adalah kemiskinan hakiki. Allah dengan jelas memberi perbandingan status, di antara yang kaya ilmunya dan mereka yang muflis olehnya.
Justeru, suatu kaedah pengurusan ilmu yang kotemporari dalam proses merapati jurang kemiskinan ilmu itu adalah tanggungjawab semua yang berilmu.
Ilmu itu asasnya maklumat. Penyorokan, pengemutan dan pemutarbelitan maklumat - di atas apa-apa kepentingan sekali pun - adalah suatu jenayah kepada bangsa!
Kaedah yang disaran Nabi s.a.w. “...sampaikanlah, walaupun satu ayat” adalah asas pengenablan mekanisme sistem penyampaian, dalam ledakan ICT persekitaran hidup kita kini.
MEMANDAIKAN BANGSA - Menulislah, walaupun satu ayat.
Nota Sifu: BMT mazhab manakah ini?
pengenablan = enable
pengemutan = ?
Err… Tapi kan… bukankah al-quran itu diturunkan dalam Bahasa Arab, bukan untuk bangsa Arab sahaja… Tetapi untuk semua bangsa…
Saudara/ri Ideal,
Maksud Puan Ainon tadi adalah tentang bagaimana untuk menyampaikan ilmu kepada bangsa. Nabi-nabi yang diutuskan berbicara dengan bahasa kaumnya. Jadi, Nabi Muhammad berbicara dengan bahasa kaumnya. Tetapi bezanya Nabi Muhammad dengan nabi-nabi yang lain adalah ajaran yang dibawanya adalah untuk seluruh umat manusia sehingga Hari Kiamat.
Jadi, jika kita ingin memandaikan bangsa kita sendiri, kita tidak boleh menggunakan bahasa yang mereka tidak fahami. Sebab itulah al-Quran perlu diterjemahkan kepada bahasa yang difahami sesuatu kaum dan tiada seorang ulama’ pun di dunia ini pun yang menghukum ia Bid’ah (mengada-adakan perkara baru).
Saya ingin tegur sikit, di dalam al-Quran, tiada JIHAD DUIT atau JIHAD FULUS, bila sebut JIHAD ia merujuk kepada PERANG memerangi kekufuran.
Puan Sifu,
... maaf, BMT itu belum dimazhabkan lagi!
pengenablan = to enable , enabler
pengemutan = hoarding (information, as well as materials). Ada kaitannya dengan paradigma silam “Information is Power”.
Assalamualaikum.
Pada pendapat saya, sukatan dan kaedah pengajaran subjek Bahasa Inggeris itu sendiri perlu dikaji keberkesannya. Bayangkan, ‘budak-budak’ belajar Bahasa Inggeris sejak dari sekolah rendah lagi. Namun masih ada yang tidak mahir bahasa Inggeris walaupun telah tamat universiti. Di manakah silapnya?
Tindakan untuk mengajar subjek Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (dengan alasan untuk menjadikan pelajar mahir Bahasa Inggeris) adalah tidak bijak. Hal ini kerana subjek-subjek itu sendiri agak sukar untuk dikuasai terutamanya oleh budak-budak kampung walaupun diajar dalam Bahasa Melayu (atau Bahasa Malaysia?).
Apa pendapat sifu?
Apa pun saya masih bersetuju dengan apa yang pernah diutarakan oleh allahyarham Syed Hussin Alatas tentang ‘jiwa yang terjajah’.
Bangsa kita masih kuat mempunyai jiwa yang terjajah. Kita harus memerdekakan yang ini dahulu.
Betul, saya juga baru-baru ini terkena ‘tsunami’ kejutan budaya. Sewaktu tsunami andaman berlaku, ia telah memecahkan kepompong kejahilan, dan saya baru sedar bahawa selama ini sekadar menjadi hamba abdi :-(
kali ini mahu berjuang untuk diri sendiri dan bangsa. bak lagu Rajawali Terbang Tinggi oleh M.Nasir
“aku tak mahu dijajah lagi,
aku tak mahu dihina lagi…”
Kemasukan pengaruh barat ke Jepun dan Korea tidak menghalang mereka untuk terus menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri. Begitu juga Jerman dan Perancis, bahasa ibunda mereka tidak menjadi halangan kepada kemajuan teknologi negera itu sendiri.
Kenapa Malaysia tidak begitu? Saya amati ketidakstabilan pemikiran pemimpin adalah punca kepada mengagungkan bahasa Inggeris. Hala tuju sesebuah negara ditentukan oleh pemimpin. Mereka yang berkuasa menentukan perkara ini. Akibatnya, jika pemimpin sebegini masih terus menerajui negara ini, bahasa ibunda akan pupus satu hari nanti.
Lihat sahaja bagaimana mereka baru-baru ini tanpa malu mencemar maruah bangsa sendiri dengan menukarkan ‘Bahasa Melayu’ kepada ‘Bahasa Malaysia’.
Kalau pemimpin bangsa Melayu sendiri sudah tidak mahu mempertahankan bahasa ibundanya, siapakah lagi harus kita pautkan harapan?
Terlobih dulu ese mintak maap..
tapikan… bondo dah ado dopan mato, camno gak eh nak ditukakan,
lunggah jolah… cakap oghang kocik sapo nak dongar… belasah yo… sekaghang ni pun malaysia tongah menjunam… kono tanam sayo.. baghu approved.
AMARAN! Sekali lagi saudara menulis dengan tidak menggunakan Bahasa Melayu Tinggi, saya akan delete tulisan saudara!
Post a comment