Thursday, December 18, 2008

Khalid bin Walid: Otak Timur Mengalahkan Otak Barat

Perang Muktah adalah satu-satunya peperangan antara Nabi Muhammad dengan tentera Rome. Inilah peperangan yang melahirkan Khalid bin Walid sebagai panglima perang yang paling pintar. Ada sejarawan orientalis yang menyamakan kepintaran Khalid dengan Nepoleon Bonarparte.

Inilah juga satu-satu peperangan di mana Nabi Muhammad tidak menggunakan strategi defensif, di mana beliau tidak menunggu musuh datang ke Madinah. Buat pertama kali beliau menggunakan strategi ofensif, dengan menghantar tenteranya keluar dari Madinah, pergi jauh ke Muktah dan berdepan dengan tentera Rome di sana. 

Tentera Islam berjumlah 3 ribu orang manakala tentera Rome berjumlah 100 ribu orang, dengan 100 ribu lagi tentera tambahan yang sedia dihantar bila-bila perlu.

Khalid bin Walid mengalahkan tentera Rome dengan menggunakan strategi, taktik dan tipu daya yang original, yang tidak dipelajari ataupun diketahui oleh mana-mana panglima perang Rome. 

Khalid bin Walid tidak pandai bahasa Latin, justeru tidak membaca buku-buku ilmu perang yang tertulis dalam bahasa Latin. Dengan hal yang demikian, Khalid berfikir dalam bahasa Arab, justeru pola-fikir beliau kekal pola-fikir Arab. 

Tentera Rom kalah disebabkan panglima-panglimanya tidak dapat membaca pola-fikir Khalid bin Walid. 

Nota: Bagi pembaca blog ini yang beragama Islam, bacalah salam setiap kali apabila terbaca nama 'Nabi Muhammad'. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Satu Lagi 'bukti' Kejayaan PPSMI Previous entry: PPSMI: Pengalaman Filipina dan Thailand
Shamsuddin Kadir  on  12/18  at  11:06 PM

Assalamualaikum wbt,

Sedang bertafakur di dalam masjid PTS.

A Razak  on  12/19  at  02:45 AM

Assalamualaikum wbt,

Pengajaran daripada peristiwa Khalid Al Walid ini ialah kita jangan anggap apa sahaja yang ada di barat dan dunia luar itu baik, lebih baik atau terbaik. Konsep serta peradaban yang dibina oleh Islam dan Melayu itu sendiri punya kelebihan yang tersendiri.

Pokok persoalannya ialah mahukah kita akui dan gunakan kelebihan ini. Kita harus yakin sebagaimana yakinnya Nabi Muhammad S.A.W terhadap Khalid Al Walid. Bukankah Nabi Muhammad S.A.W itu diutuskan oleh Allah S.W.T sebagai contoh ikutan kepada umat Islam?

Sampai satu tahap orang luar terpaksa mengkaji strategi dan pola fikir Islam dan Melayu ini untuk digunakan oleh mereka.

Mereka telah tubuhkan di universiti tersohor mereka untuk membuat kajian ini namun kajian ini tidak akan sampai ke mana jika umat Islam dan Melayu itu sendiri tidak yakin dengan jati diri serta peradaban mereka.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.