Khutbah Jumaat PTS: Memberi Pisau kepada Si Gila
Penerbit buku-buku Melayu mesti memainkan peranan sebagai pembawa rahmat kepada bangsa Melayu.
Buku-buku yang mereka terbitkan semestinya meninggalkan pengaruh yang baik ke atas minda dan akhlak bangsa Melayu.
Bagi memainkan peranan sebagai pembawa rahmat, seluruh tenaga kerja yang bertugas dalam rumah-rumah penerbitan buku Melayu mestilah mengenalpasti jenis-jenis buku yang baik bagi bacaan orang Melayu.
Ini bermakna kita perlu membuat kajian keperluan orang Melayu, dan menyusun program penerbitan bagi memenuhi keperluan-keperluan itu.
Justeru para editor perlu membezakan antara buku yang diperlukan oleh orang Melayu dengan buku yang dimahukan oleh orang Melayu. Dua jenis buku ini amat berbeza.
Adalah salah apabila penerbit buku Melayu menerbitkan buku-buku yang membahayakan minda dan akhlak orang Melayu atas alasan itulah buku yang pasaran mahu.
Memang betul banyak pembaca Melayu yang mahukan buku-buku yang membahayakan minda dan akhlak mereka, tetapi adalah salah apabila penerbit membekalkan buku-buku begitu.
Perbuatan itu adalah salah. Ia ibarat memberikan pisau kepada si gila yang meminta pisau.
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puanku (lawannya Tuanku),
Untuk lebih cool, bergaya, hebat, anggun lagi mempesonakan, Semangat Zaman sekarang ialah berikan apa mereka mahu!. Media massa yang (cetak) juga sudah terikut ikut dengan rentak pop media elektronik. Pasaran “remaja” mesti dieksploit semaksima mungkin. Posisi PTS di dalam medan ini berdepan dengan para gergasi tua politik, koporat dan budaya!
Tuanku RASTOM,
Saya seronok dengan ciptaan baru “puanku”! Mengapa saya tidak pernah terfikir begitu!
——-
Puan Sifu,
Sebagai penulis, kita perlu membersihkan minda kita daripada ilmu yang tidak berguna yang menghancurkan generasi masa depan. Ini kerana melalui minda yang kotor kita akan menghasilkan yang kotor. Ibarat seperti produksi kilang. Jika bahan mentah adalah sampah, hasil yang kita akan dapat juga sampah.
Nasihat ini ditujukan kepada diri saya sendiri dan juga rakan penulis yang lain.
Kepada penulis yang ingin terlibat dalam buku kewangan, pastikan diri kita bebas dari unsur rasuah, riba dan intipati sistem kewangan konvensional.
“Buku PTS adalah syariah compliant,” kata Puan Sifu.
“Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakan kepada kami ilmu yang berguna yang dapat memberi manafaat kepada kami dan orang lain’ Amin.
Post a comment