Khutbah Jumaat PTS: Menang Bertarung, Kalah Berperang
Sebelum berlakunya Perang Parit, Nabi Muhammad mengadakan majlis berfikir terlebih dahulu. Beberapa cadangan dikemukakan oleh sahabat-sabahat beliau tentang cara bagaimana mereka sebaiknya bertarung dengan musuh. Akhirnya Nabi Muhammad menerima strategi yang dikemukakan oleh seorang 'junior' di kalangan sabahat-sahabatnya yang bernama Salam dari-Parsi.
Perang Parit, atau dikenali dengan nama Arabnya 'Perang Khandak' adalah satu-satunya peperangan di mana Nabi Muhammad menang berperang tanpa berlakunya pertarungan, dan tidak ada seorang pun ahli pasukannya terkorban. Itulah juga kali terakhir penduduk Mekah berani memerangi beliau.
Muslihat, atau strategi, adalah unsur terpenting dalam peperangan. Ini lebih benar apabila kita berada pada pihak yang lebih kecil dan lebih lemah berbanding pihak-pihak yang hedak ditawan.
Tugas-tugas men-design strategi, baik strategi perang ketenteraan, perang politik, mahupun perang bisnes, memerlukan kepintaran dan kebijaksanaan yang luar biasa.
Individu yang memegang jawatan tertinggi dalam angkatan tentera, ataupun dalam organisasi politik, ataupun dalam syarikat, belum tentu memiliki kepintaran dan kemahiran men-design strategi.
Dalam pertubuhan yang dipimpin oleh sekumpulan jawatankuasa yang dipilih dengan menggunakan sistem undi populariti, belum tentu mereka yang mendapat banyak undi terdiri daripada individu-individu yang memiliki kepintaran men-design strategi.
Adalah sangat berbahaya bagi kepentingan-kepentingan besar apabila tugas-tugas memimpin dikelirukan dengan tugas men-design strategi. Fenonema ini berlaku apabila anggota jawatankuasa bersikap mereka adalah orang-orang yang paling pintar men-design strategi perang.
Kerap kali dapat kita lihat bagaimana anggota yang paling petah bercakap serta gemar berdebat akhirnya berjaya mendominasi keputusan mesyuarat jawatankuasa supaya idea-ideanya sahaja yang diterima. Sedangkan jarang sekali orang yang pintar lidahnya juga pintar otaknya dalam kerja-kerja berfikir men-design strategi perang.
Pepatah Melayu ada mengatakan: "Pelanduk ditembak, gajah yang mati." Maksudnya, masalah kecil yang diperangi tetapi kepentingan besar yang terpukul teruk. Dalam istilah lain, "Menang bertarung, kalang berperang."
Nota: Kepada pembaca Islam, setiap kali terbaca perkataan 'Nabi Muhammad' bacakan salam dan selawat.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

terima kasih atas khutbah ini.
Saya fikir masyarakat telah terlebih rating akan orang yang petah bercakap. Bukan semua Nabi-nabi petah. Nabi Musa tidak fasih hingga minta agar Harun dipilih menjadi Nabi kerana beliau seorang yang fasih. Firaun pula mengejek Nabi Musa mengatakan yang Musa seorang yang tak dimengerti percakapannya.
Walaubagaimanapun ketika Nabi Musa pergi ke Tursina meninggalkan kaumnya dipimpin manusia yang lebih petah (Harun) kaumnya telah berbuat perkara paling tak masuk akal, iaitu menyembah patung lembu dalam masa tak sampai 40 hari sahaja ditinggalkan, sedangkan bersama mereka ada seorang Nabi. Nabi Musa telah menjadi rasul kepada Bani Israel lebih 30 tahun.
Post a comment