Khutbah Jumaat PTS: Mengubah Imej Tuhan Islam yang Punitif
Adakah Tuhan orang-orang Islam itu Tuhan yang punitif, manakala Tuhan orang-orang Kristian itu Tuhan yang penuh kasih-sayang?
Istilah "punitif" bermakna "suka menghukum dengan keras".
Memang ada betulnya bahawa Tuhan orang-orang Islam itu dipersepsi sebagai tuhan yang amat punitif, yakni bukan sebagai tuhan yang pengasih dan pengampun. Persepsi negatif ini tercipta oleh banyak faktor, dan tentu sekali faktor-faktor itu adalah berpunca daripada cara-cara yang digunakan oleh orang Islam sendiri apabila bercakap tentang agama, tuhan, dosa, siksa, neraka dan topik-topik seperti itu.
Dalam Quran, Allah tidak menggambarkan dirinya sebagai tuhan yang lebih punitif daripada tuhan yang pengasih. Demikian pula dalam hadis-hadis Nabi Muhammad, beliau lebih banyak menggambarkan bahawa Tuhan orang Islam adalah maha pengasih.
Sesungguhnya Tuhan orang Islam itu lebih pengasih, lebih pengampun, bukan lebih punitif. Sehinggakan, orang yang sudah membunuh 100 orang sekalipun, hanya disebabkan semasa dia mati dia sudah mahu berubah daripada hidup bergelumang dosa kepada hidup yang baik, maka Allah masukkan dia ke dalam syurga.
Sudah sampailah masanya penulis dan penerbit buku-buku agama menghasilkan buku-buku yang mencetuskan persepsi bahawa Tuhan orang Islam itu amat pengasih lagi amat pengampun.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamuailaikum,
Saya hadir bagi mendengar dan mengamalkan isi kandungan khutbah hari ini. Insyaa-Allah ianya akan disebarkan tentang kasihnya Allah kepada hambanya.
Salah satu perkara yang paling wajib dilakukan pada pagi setiap Jumaat adalah menghadiri sidang khutbah Jumaat PTS.
(Sedang bertafakur di kelas ilmu ini]
Post a comment