Friday, July 13, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Nabi Muhammad Melakukan Promosi Senyap-senyap Selama 3 Tahun

Nabi Muhammad SAW adalah Quran yang berjalan. Disebabkan 9 daripada 10 pintu rezeki itu ada dalam dunia bisnes, maka pastilah semua prinsip-prinsip dan strategi bisnes yang bersifat universal itu ada ditunjukkan oleh beliau supaya dapat kita pelajari dan praktikkan. Apatah lagi beliau seorang bisnesman, seorang trader, sejak berusia 12 tahun sehingga 38 tahun.

(Inilah untungnya menjadi bisnesman Islam, banyak kerja yang susah sudah dilakukan oleh Nabi Muhammad, kita tinggal ikut sahaja.)

Islam adalah produk yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad. Kini ia adalah jenama yang dikenal seantero dunia.

Pada fasa awal Nabi Muhammad memperkenalkan produknya, ada 3 budak besar dalam pasaran, yang namanya adalah Christianity, Judaisme, dan Idolisme.

Nabi Muhammad memperkenalkan produknya yang namanya adalah Islam dengan menggunakan promosi senyap-senyap selama 3 tahun. Selepas 3 tahun barulah beliau menggunakan kempen promosi terbuka - kempen siar-raya - beliau naik ke stesen pemancar, yang namanya Bukit Safa, lalu bercakap kepada orang ramai, memperkenalkan produknya.

Mengapakah barangkali, Nabi Muhammad menunjukkan kepada kita supaya menunggu minimum tempoh 3 tiga tahun sebelum melancarkan kempen promosi?

Beberapa tahun lalu, ada sebuah syarikat kecil melancarkan kempen promosi bagi produknya, iaitu selipar jepun yang dikatakan desainnya serupa dengan selipar Nabi Muhammad.

Dalam ruang iklan akhbar yang dibelinya, ia bukan hanya mempromosi selipar itu, syarikat itu juga memberitahu ia memerlukan pengedar-pengedar di seluruh negara.

Ke manakah perginya selipar nabi itu sekarang?

Kata pepatah Melayu, belum duduk sudah berlunjur. Kata versi modennya, bangunan belum naik, sudah membeli lifnya.

Nabi Muhammad melakukan promosi diam-diam selama 3 tahun. Apakah barangkali signifikannya angka 3 ini dalam strategi flanking?

(1) Dalam tempoh 3 tahun itu saudara mempunyai waktu bagi mengetahui produk saudara sudah di-test oleh pengguna, sudah betul formulanya, sudah diperbaiki cara pengeluarannya, cara pakejingnya, sudah dibuang bugs-bugs yang ada, sudah terbukti dimahukan oleh pasaran.

(2) Dalam tempoh 3 tahun itu, saudara sudah mempunyai sejumlah pelanggan yang puas hati, yang dapat menjadi duta bagi produk saudara, yang menjadi jurucakap kebagusan produk saudara.

(3) Dalam tempoh 3 tahun itu saudara sudah dapat dengan diam-diam memasukkan produk saudara ke dalam outlet yang besar-besar di seluruh negara. Jadi, apabila saudara menyiarkan iklan di TV, besok pagi orang dapat cari produk saudara di kedai.

(4) Dalam tempoh 3 tahun itu saudara sudah tahu siapa pengedar yang dapat dipercayai, siapa yang penipu.

(5) Dalam tempoh 3 tahun itu saudara sudah dapat mengenalpasti pembekal yang elok mutu bahan mentahnya, dan elok kualiti perkhidmatannya.

Sambung lagi dengan pendapat saudara sendiri.....

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Khutbah Jumaat
(18) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kemaraan POPULAR: Dapatkah David Melawan Goliath Previous entry: Mencipta Peluang Bersama POPULAR
Fifi  on  07/12  at  10:26 AM

Ooo…
Ini memang trik bagus ini!
Bikin suspen, semua tertunggu-tunggu…

Suspen…suspen…
——-

dingin  on  07/13  at  12:05 AM

Salam Sifu yang dikasihi,

Saya suka mendengarkan ceramah AA Gym,

‘Etika Bisnes Dalam Islam’

Ada juga menerangkan strategi bisnes Nabi junjungan kita.

Ini linknya,

http://www.youtube.com/watch?v=Z_X2asTo0Ow&mode=related&search=

Nota: Ia terbahagia kepada sembilan bahagian.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/13  at  07:59 AM

Saya bersetuju dengan pandangan Puan Sifu,

Bagi memastikan kaedah ini sebagai praktikal, mari kita amalkan sekarang supaya generasi kita akan datang menjadi sinonim dengan konsep ini.

Ini akan membesarkan empayar ekonomi orang Islam, menepati wawasan Nabi Muhammad.

Tuan Sham,
3 tahun ini, promosi perkhidmatan tuan cara senyap-senyap, maksudnya eye-to-eye, dari satu pelanggan ke satu pelanggan, dari mulut-ke-mulut, melalui personal recommendation pelanggan yang puas hati. Jangan masuk media dahulu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/13  at  09:30 AM

Hmm… saya belajar sesuatu daripada teori ini. Bukan sahaja teori bisnes. Terima kasih puan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/13  at  09:43 AM

Puan terima kasih di atas nasihat itu, saya akan mempraktikkan mulai saat ini.

Fifi  on  07/13  at  11:06 AM

Assalamu’alaikum warrahmatullah,

Anakanda rasa terpanggil untuk post kan artikel bonda ini di blog anakanda. Boleh ya?

Terima kasih bonda yang dikasihi!

xara  on  07/13  at  11:10 AM

Apabila saya membaca artikel puan kali ini, ingatan saya serta-merta teringat jenama Sendayu Tinggi..hehehe..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/13  at  11:18 AM

Xara,
Kenapa dengan Sendayu Tinggi?Jelaskan sedikit..

Emio  on  07/13  at  12:27 PM

Salam.

3 tahun tanpa bintang. Selepas 3 tahun, baru kempen.

Wah! Sesungguhnya ini ilmu berharga yang terang-terangan tidak tercapai dek akal saya sebelum ini.

Terima kasih Puan Sifu.

xara  on  07/13  at  12:35 PM

Mr April, entah kenapa saya teringat jenama Sendayu Tinggi. Permulaannya saya mengenali jenama ini melalui brosur yang dibawa pulang oleh teman-teman serumah. Ketika itu, produknya masih sekitar sabun kecantikan dan set menguruskan badan. Buku panduan produk pun mereka jual..hehe

Saya tidak tahu berapa tahun mereka ambil. Kemudian iklan di majalah disertakan testimoni pengguna.

Kini, produk-produk semakin banyak. Perniagaan semakin berkembang. Barulah saya melihat, mereka beriklan di televisyen (model awalan adalah pengasasnya)dan menaja rancangan khas.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/13  at  12:48 PM

Memang betul Xara.

Bermula kecil-kecilan dan sekarang Sendayu Tinggi juga mempunyai rancangan TVnya sendiri di TV3.

Pengasasnya Puan Rozita Ibrahim.

Riduan Khairi  on  07/13  at  12:59 PM

Saya baru mengurus bisnes kurang dari setahun. Terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari. 3 tahun itu pun jika tidak benar-benar dimanfaatkan, saya kira belum cukup. Soal kualiti produk, staf, pembekal, stok dan banyak lagi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/13  at  02:26 PM

Ceritalah sikit business apa En Riduan..

Tengku Asmadi  on  07/13  at  05:49 PM

Hmmm… 3 tahun juga saya mengambil masa menggerakkan program Motivasi Alihan Pelajar saya di Ipoh sebelum saya bawakannya ke Kuala Lumpur dan mempromosikannya di media.  Hmm… adakah ini juga suatu kebetulan?

rastom  on  07/13  at  06:45 PM

Puanku SifuPTS,

Ada persamaan dengan konsep prototyping di dalam proses membikin sofwer.

Fenomena belum duduk sudah berlunjur juga ada dijelaskan oleh Hukum Brook. Gerakan Open Source dalam dunia sofwer berjaya dalam diam.

Ini satu bab yang kemudian nanti mungkin akan menjurus kepada beberapa percambahan fikrah yang bakal Puan syarahkan. Contohnya konsep Commons yang tidak disukai oleh “budak-budak besar” yang sudah established lagi kaya raya.

Ringkasnya kawalan atau kuasa yang melampau terhadap sumber sumber oleh budak besar (dengan dokongan kerajaan) itu satu ancaman.

Bayangkan jika Nabi Muhammad disekat tradingnya di peringkat awal oleh para pedagang established zaman itu.

Riduan Khairi  on  07/13  at  08:54 PM

Oh. Mr April mungkin tidak sempat hadir Bengkel Jubinsyi di Impiana Hotel tempoh hari.

Saya mengurus kiosk Strawberry Chocolate di Tesco Seri Alam. Ini kiosk yang keempat. Mula operasi Disember 2006. Sangat baru dan masih sangat hijau.

wanis  on  07/14  at  05:47 AM

Salam,

Terima kasih puan atas nasihat yang amat-amat berharga ini.

Kebetulan saya sedang merancang stategi promosi untuk bisnes saya yang baru sahaja genap setahun. 

Dari pemerhatian saya, ada beberapa rakan niaga yang seusia dengan bisnes saya telah giat membuat promosi di akhbar, TV dan menyertai International islamic fair.

Pada ketika itu saya rasa telah jauh kebelakang dan timbul persoalan adakah saya perlu ikut cara mereka? Sedangkan antara strategi saya sebelum ini ialah ‘start small finish big’.

Alhamdullillah, artikel yang ditulis oleh puan telah menyuntik semangat saya. Saya pasti akan ikut strategi promosi Nabi Muhammad SAW.

embun  on  07/16  at  08:53 AM

En. Riduan,
Kiosk Strawberry Chocolate di TESCO, Ampang itu juga milik tuan?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: