Friday, October 05, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Pahala dan Rezeki Luas Bagi Usahawan Buku-buku Laut Biru

Apabila saudara mahu terjun ke dalam industri penerbitan, saudara mempunyai dua pilihan:

(a) Masuk sektor yang sudah terbukti berkembang pesat seperti sektor novel cinta, novel remaja, buku agama tradisional, buku motivasi, buku masakan dan seumpama itu.

(b) Masuk sektor yang berpotensi berkembang, tetapi buat masa ini belum ada pemainnya.

Dalam Islam, Allah menyediakan pahala yang besar bagi para peniaga. Malah Allah menyediakan pahala 2 kali lipat yang lebih besar bagi para peniaga yang menjual produk-produk yang belum dijual oleh peniaga-peniaga lain di sesuatu lokasi itu.

Dalam pasaran buku Melayu, terdapat banyak kategori buku yang belum ada dalam pasaran. Ini adalah daerah Laut Biru bagi para penerbit.

Maka tidaklah hairan apabila mana-mana penerbit yang memasuki daerah Laut Biru dalam industri buku Melayu menikmati kadar perkembangan syarikat yang mengatasi kadar perkembangan ekonomi negara.

Itulah janji Allah kepada peniaga yang menawarkan produk-produk baru. Dan yakinlah bahawa Allah itu menepati janji-janjiya.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Khutbah Jumaat
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Selepas 2 bulan... Streamyx Sifu Akhirnya Pulih Previous entry: Mencari Bakat-bakat Pelukis
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/05  at  11:18 AM

Assalamualaikum Puan Sifu,

Saya teramat tertarik dengan ayat di bawah ini dan berharap Puan dapat menunjukkan sumber asal yang menyatakan ‘2 kali lipat’. Saya belum pernah mendengarnya sebelum ini. Terima kasih

Malah Allah menyediakan pahala 2 kali lipat yang lebih besar bagi para peniaga yang menjual produk-produk yang belum dijual oleh peniaga-peniaga lain di sesuatu lokasi itu.

Sifu  on  10/05  at  06:39 PM

Tuan Sham,

Saya amat ingat saya membaca maklumat itu lama dahulu… Apa yang saya baca itu melekat dalam memori saya sebab saya memikir-mikirkan apa yang saya baca itu.

Sayangnya waktu itu saya tidak peduli mahu mencatatkan dalam buku apa saya baca!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: