Friday, December 21, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Penerbit dan Pagar yang Memakan Padi

Abu Hurairah melaporkan bahawa beliau pernah mendengar Nabi Muhammad SAW berkata, "Suatu era akan datang apabila orang tidak peduli lagi sama ada dia mendapatkan kekayaannya dengan cara-cara yang betul ataupun salah di sisi agama." Kata-kata Nabi Muhammad itu ada dicatatkan dalam rekod koleksi hadis autoritatif yang dikumpulkan oleh Imam Bukhari.

Dunia penerbitan akhbar, majalah dan buku-buku Melayu berdaya melahirkan penerbit-penerbit yang jutawan dan hartawan.

Kita mengajak supaya masyarakat penerbit Melayu, dan para pegawai yang diambil bekerja dalam rumah-rumah penerbitan milik mereka, bekerja kuat memastikan bahawa dalam menghimpunkan harta kekayaan dan wang yang berjuta-juta buat majikan mereka, semuanya dilakukan dengan menjaga harta intelek para pengarang yang karyanya diperdagangkan dalam akhbar, majalah dan buku-buku yang diterbitkan.

Hubungan antara pengarang dengan penerbit adalah umpama mentimun dengan durian, menggolek luka, digolek pun luka.

Dalam menjalankan urusan perniagaan, janganlah sampai penerbit yang kuat memangsai para pengarang-pengarangnya sendiri - yang lemah, yang tidak mampu membayar yuran peguam bagi membela nasib diri dan harta intelek mereka yang dirompak oleh penerbit.

Industri penerbitan buku Melayu tidak dapat berkembang sihat apabila hubungan antara penerbit dan para pengarang tidak diuruskan dengan amalan-amalan bisnes yang sihat. 

Cerita-cerita bagaimana penerbit memangsai penulis-penulisnya sendiri menyebabkan golongan cerdik pandai dan berpendidikan tinggi tidak berminat menulis buku dalam Bahasa Melayu, kerana mereka itu "tidak mati" jika tidak menulis buku.

Apabila para penerbit buku Melayu, dan pegawai-pegawai yang makan gaji dengan mereka, tidak meningkatkan integriti dan etika bisnes mereka, nanti lama kelamaan, tinggallah golongan yang tidak berapa cerdik-pandai sahaja yang menulis dalam Bahasa Melayu, kerana golongan ini tidak berapa kisah apabila mereka diperlakukan dengan buruknya oleh penerbit.

Selagi masih ada penerbit Melayu yang mengamalkan dasar "pagar makan padi" selagi itulah, sesunggguhnya, mereka mengkhianati daya usaha kita memujuk para cerdik pandai supaya mahu menulis buku-buku ilmu dalam Bahasa Melayu, dan selagi itulah rak-rak buku Melayu terus dipenuhi dengan buku-buku yang tidak dapat memandaikan bangsa, malah merosakkan bangsa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Khutbah Jumaat
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Akan Terbit! Buku Buat Duit dengan Internet Previous entry: Dalam Tempoh Seminggu Terbit Habis Semua Dipesan Kedai Buku
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/21  at  08:48 AM

Sebagai penulis yang baru ingin bekerjasama dengan penerbit, pastikan kita melihat dan meneliti contoh perjanjian sebelum kita menjalinkan usaha sama.

Kata seorang alim “Anda tidak akan tahu rahsia yang terdapat dalam buku itu jika anda tidak membaca sehingga ke ayat terakhir”

Saya mengingatkan kepada diri saya dan saudara supaya mempraktikan dalam setiap perjanjian dengan membaca kepada sehingga ke klausa yang terakhir. Baru kita mendapat tahu rahsianya.

Kepada penerbit yang zalim ingat kepada ayat ketiga dalam surah Al-Fatihah “Yang menguasai hari pembalasan” Dan ingat ayat Al-Fatihah yang kelapan dan kesembilan “Dan bukan orang-orang yang kau murkai (benci) dan orang-orang yang sesat”.


Sedang bertafakur dalam Masjid PTS)

mki  on  12/21  at  08:50 AM

SifuPTS,
Memperjuangkan sesuatu kebenaran yang menjadi amalan minoriti cukup perit. Ia bukan setakat kemahuan dan kesungguhan tetapi melibatkan daya tahan/juang yang tinggi. Jika tidak cekal, ia akan mengalah secara beransur-ansur tanpa disedari.

Saya doakan PTS dapat mempertahankan prinsip yang menjadi amalan kewujudannya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: