Thursday, May 31, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Penerbit dan Tingkah Laku ‘Monyet Tengok, Monyet Ikut’

Penerbit buku-buku Melayu mesti mempunyai misi yang dengan jelas mahu menguntungkan orang Melayu. Dengan menguntungkan orang Melayu, kita menguntungkan semua pihak dalam negara ini.

Bangsa-bangsa lain di negara ini tidak mungkin untung apabila orang Melayu mengalami pelbagai masalah ekonomi, sosial dan pendidikan, kerana apabila orang Melayu melihat bangsa-bangsa lain lebih untung maka orang Melayu berasa tidak puas hati. Perasaan tidak puas hati ras itu adalah bom jangka politik yang amat berbahaya.

Penerbit buku-buku Melayu tidak boleh mempunyai sikap monkey-see-monkey-do: Tengok apa penerbit asing buat, ikut apa penerbit asing buat, tanpa mengira kesan negatifnya ke atas ekonomi, sosial dan pendidikan Melayu.

Sebagai contoh, kalau penerbit asing mewajibkan unsur asmara panas dalam novel popular, maka penerbit novel Melayu pun memasukkan unsur asmara panas dalam novel-novel terbitannya.

Ataupun, kalau penerbit asing menerbitkan buku-buku pelancongan yang menguntungkan negara-negara Barat dan musuh Islam, maka penerbit buku Melayu pun ikut menerbitkan buku-buku pelancongan yang menguntungkan negara-negara Barat dan musuh Islam.

Ataupun, apabila penerbit asing menerbitkan komik-komik remaja yang diselitkan unsur-unsur cabul, maka penerbit Melayu pun ikut menerbitkan komik-komik Melayu yang menyelitkan unsur-unsur cabul.

Cukuplah dengan sikap monkey-see-monkey-do yang berleluasa diamalkan oleh stesen-stesen TV negara ini.

Penerbit buku-buku Melayu tidak patut bekerja dengan sikap anti-intelek sebagaimana yang ada pada kalangan peneraju media hiburan kita.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Khutbah Jumaat
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku Doa untuk Remaja Moden Previous entry: Info Menarik Tentang Hadiah Nobel
MBA  on  05/31  at  11:51 PM

Ada sebuah buku yang menceritakan mengenai monyet ini. Biasanya monyet hanya berkawan dengan monyet. Monyet hanya akan berebut pisang sesama monyet sahaja.

Idola mereka adalah gorila. Mereka akan memerhatikan sahaja apa yang gorila lakukan dan mereka akan mengikutnya setelah gozila berjaya melakukannya.

Dalam industri ICT misalnya, pemain-pemain besar dalam dunia ICT yang dipanggil gorila ini akan membuat R&D dan inovasi serta produk baru. Mereka menghabiskan banyak wang dalam kerja ini.

Apabila mereka berjaya, maka monyet-monyet akan ikut me"laku"kannya tanpa berbuat apa-apa. Ikut-ikut sahaja.

Itulah monyet-monyet ICT di negara kita dan bercakaran sesama sendiri berebutkan kulit pisang yang dicampakkan oleh sang gorila.

p.s Buku itu saya sudah lupa namanya. Ia adalah buku pujaan Wan Mus (dia juga monyet katanya).
——-

MBA  on  05/31  at  11:52 PM

Gozila atau gorila?

Tetapi yang pasti bukan mozilla.

wink

Naga Buana a.k.a Web Sutera  on  06/01  at  07:10 AM

Saya amat bersetuju dengan entri ini dan menyokong usaha PTS.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.