Khutbah Jumaat PTS: Ustaz, Buku Agama, dan Perang Urat Saraf Islami
Nabi Muhammad adalah seorang ahli strategi perang urat saraf, selain beliau juga seorang panglima perang bersenjata. Banyak buku sudah ditulis berkenaan perang bersenjata beliau, namun hampir tidak ada buku ditulis berkenaan perang urat saraf beliau.
Teori, strategi, prinsip-prinsip dan taktik-taktik perang urat saraf Islami, sebagaimana yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad, (selawat dan salam kepada beliau, anggota keluarga beliau dan sahabat-sahabat beliau), adalah suatu ilmu dan subjek yang perlu lebih banyak dikaji dan diselidiki sebagai suatu sains. Dengan melakukan kajian saintifik ke atas sunnah Nabi Muhammad, maka dapatan-dapatannya dapat digunakan bagi menyebarkan mesej Islam dengan lebih berkesan.
Ambil kes ini: Pemerintah Singapura tidak membenarkan buku-buku agama dibeli oleh pihak sekolah dan diletakkan dalam perpustakaan sekolah. Peraturan ini dikenakan ke atas semua agama, bukan hanya buku-buku Islam.
Bagaimanakah caranya supaya buku-buku yang mengandungi mesej-mesej Islam dapat terus disampaikan kepada pelajar-pelajar Melayu di Singapura? Persoalan ini memerlukan kita sebagai penerbit buku-buku Islam, bekerja dengan cara-cara yang tidak konvensional.
Pada masa dahulu, mereka yang memusuhi Islam menggunakan pedang bagi memerangi Islam. Pada hari ini, mereka menggunakan pedang, espionase, perang psikologi, perang budaya, perang urat saraf dan juga undang-undang bagi tujuan itu.
Kita mengajak rakan-rakan penulis, khususnya penulis ustaz-ustaz, dan penerbit buku-buku agama, marilah bersama-sama bekerja dengan mengambil kira apa yang sedang berlaku "di luar dunia buku" di mana banyak rancangan diatur dengan kemas dan teliti bagi menyekat buku-buku Islam daripada sampai ke tangan generasi muda Islam.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum,
Di seru kepada kepada semua rakan penulis, walaupun yang bukan menulis buku agama secara total untuk mengambil bahagian.
Pastikan setiap buku yang kita tulis itu sekurang-kurangnya membawa kita kepada peringatan tentang Allah yang maha kasih sayang.
Jika buku kita berkenaan dengan peluang menambah pendapatan, masukkan kata-kata seperti “Ini sebahagian daripada nikmat yang Allah anugerahkan kepada orang yang berilmu”
Mengikut seorang ulama besar, beliau hanya baca buku yang mengingatkan dirinya kepada Allah. Ia tidak salah membaca buku tentang sains dan sebagainya, asalkan buku itu membawa pembaca juga mengenali ataupun mengagungkan Tuhan yang mencipta dan memelihara sekelian alam.
Walaupun usaha kita itu nampak kecil tetapi lihat kepada kata-kata burung pipit yang diperlekehkan apabila cuba memadam api yang membakar nabi Ibrahim dengan air yang dibawa dengan paruhnya. Dia berkata “Walaupun ianya sedikit, tetapi ini adalah usaha yang aku mampu”. Allah tidak melihat hasil yang dapat, tetapi memberi ganjaran berdasarkan usaha kita yang baik walaupun gagal. Seperti para syahid yang kononnya gagal di medan peperangan apabila mati, tetapi pada Allah mereka mencapai kemenangan dengan menjadi Syahid.
(Sedang bertafakur di masjid PTS)
Assalamu’alaikum Puan Sifu,
Buku tentang Islam boleh ditulis sebagai buku yag termasuk dalam genre ‘psokologi’ atau ‘falsafah’ atau ‘motivasi.’
Mungkinkah cara ini boleh ‘mengatasi’ peraturan Singapura itu?
Singapore is doing fine without arab terror propaganda. Keep your brainwashing to yourselves.
Saudara ZAM,
Menyampaikan mesej Islam adalah diwajibkan ke atas semua orang Islam.
Pesan Nabi Muhammad, “Sampaikanlah daripadaku walaupun sepotong ayat.”
Yang dikatakan orang Melayu Singapura itu adalah saudara seagama, seperti semua orang Islam di atas muka bumi ini. Perspektif ini mesti kita brainswash-kan ke dalam benak orang-orang Islam, supaya prioriti kita betul.
Apabila kita tidak menaruh kasih kepada sesama saudara seagama, Nabi Muhammad tidak menerima kita sebagai pengikutnya.
Hebat bagaimana sebuah publisher yang takut, cuak atau merasakan bahasa Melayunya akan menjadi rendah dengan meletakkan SAW atau malah memanggil Baginda dengan gelaran RASULULLAH, berkokok untuk menghasilkan buku-buku agama… mempertahankan agama… ??!!
Salam hormat,
Er, Cik Suraya terlupa letak SAW selepas RASULULLAH. Jangan marah, ye.
Salam persilatan,
Post a comment