Khutbah Jumaat PTS: Persahabatan adalah Senjata
Kepada para penulis PTS, bersahabatlah sesama penulis. Persahabatan adalah senjata orang Islam.Nabi Muhammad itu berjuang dengan menggunakan persahabatan sebagai senjatanya, bukan pedang. Selepas musuh-musuhnya mengangkat pedang mereka bagi membunuhnya, barulah beliau mengangkat pedangnya, itu pun bagi mempertahankan dirinya sahaja.
Demikian pentingnya peranan persahabatan dalam perjuangan, sehinggakan Nabi Muhammad menyenaraikan tanggungjawab seseorang itu kepada sahabat-sahabatnya - selama sahabatnya masih hidup, sehingga selepas sahabatnya meninggal dunia.
Dan, beliau berpesan supaya, apabila ibu bapa kita sudah meninggal dunia, kita ziarahilah sahabat-sahabat mereka yang masih hidup.
Apabila saudara menulis bagi diterbitkan oleh PTS, saudara automatis masuk barisan penulis-penulis yang berjuang memandaikan bangsa.
Bersahabatlah sesama penulis. Sentiasa saling dorong-mendorong. Selalu saling bertukar-tukar kata-kata "Tahniah" bagi membakar semangat kerja sesama sendiri.
Mari kita raikan setiap kali sahabat kita berjaya menerbitkan buku terbarunya, ataupun bukunya diulangcetak, ataupun bukunya dilesen oleh Jakarta.
Taati pesan Nabi Muhammad, jangan bersaing, sebaliknya bekerjasama, dan naiklah bersama-sama.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Puan Sifu,
assalamu’alikum.
Sudah tiga Khutbah Jumaat tidak sempat hadir…
kebetulan berada di luar kariah.
Persahabatan (sejati, dari perspektif Islam) dalam apa jua bisnes melangkaui sempadan ‘networking’ kebiasaannya. Sewajarnya seperti aur dengan tebing.
Langkah uncleJ dan baiksss mengaturkan pertemuan beberapa mentee /blogger menziarah KassimSelamat Ahad lalu adalah satu contoh persahabatan bernilai tinggi.
Justeru, dicadangkan pertemuan mentee-mentee kelompok ‘trainer’ diaturkan Ramadhan ini?... untuk merangka sinergi 2008-2010, InsyaAllah.
Saling mengucap tahniah itu akhlak muslim (berpahala).
Assalamualaikum Puan Sifu,
Kami akan mengaplikasikan maksud khutbah hari ini, demi kesejahteraan agama Islam.
Cadangan Tuan Sabtu juga menarik bagi merapatkan saf penulis PTS.
Sifu,
Saya pun sudah aplikasikannya dengan salah seorang rakan di UNIKA PTS ini.
Insya ALLAH kalau menjadi adalah buku kami bersama tahun depan. (Selepas saya menyiapkan buku saya sekarang.)
Benar Sifu…
Persahabatan yang terjalin antara sesama manusia disertai dengan keikhlasan membawa kepada satu bentuk persaudaraan yang utuh.
Tajuk entri ada sedikit kesilapan ejaan. Persabahatan(salah) Persahabatan(betul).[Mohon Izin…Sifu]
.
Sudah dibetulkan. Terima kasih!
Siapa mahu bersahabat dengan saya sila angkat tangan?
Saya nak bersahabat dengan saudara tetapi mesti saudara tidak nampak saya angkat tangan kan!
Persaudaraan!
Post a comment