Sunday, December 28, 2008

PPSMI Menentang Strategi Linguistik Nabi Muhammad

Nabi Isa lahir di Baitul Laham (Bethlehem) di Palestina. Pada waktu itu Palestina barada di bawah jajahan kuasa tentera dan kuasa politik bangsa Romawi, yang masih belum masuk Kristian, sebaliknya masih pagan.

Nabi Muhammad pula lahir sekitar 600 tahun selepas Nabi Isa. Pada waktu beliau dilahirkan, bangsa Romawi sudah masuk Kristian. Hanya semenanjung al-Jazeerah, di mana terletaknya Mekah dan Madinah, yang masih belum dijajah oleh tentera Empayar Romawi.

Pada masa kelahiran Nabi Muhammad, kawasan yang sekarang dikenal sebagai Mesir, Iraq, Syria, Jordan, Lybia, Algeria, Morocco, Lubnan, Palestina, Bahrain, Kuwait, Turkey, dan seluruh Eropah Barat dan Eropah Timur sudah ditakluki oleh penjajah Rome.

Hanya bangsa Parsi (Iran) sahaja yang masih dapat mempertahankan tanah air mereka daripada ditakluki oleh tentera Rome. Semasa Nabi Muhammad hidup, dua kali Rome memerangi Parsi bagi menaklukinya. Kali pertama Parsi menang, kali kedua Rome menang.

Selepas Nabi Muhammad pindah ke Madinah, beliau berperang menentang percubaan tentera Romawi Kristian mahu memerangi orang-orang Islam di Madinah dan seterusnya menakluki Mekah dan seluruh semenanjung al-Jazeerah. Perang dahsyat itu (yang melahirkan Khalid bin Walid) berlaku di Muktah, kini sebuah bandar di Jordan di mana banyak pelajar Malaysia sedang menuntut di Universiti Muktah.

Nabi Muhammad hidup semasa Empayar Romawi adalah kuasa dunia. Bangsa Romawi adalah bangsa yang paling maju, paling kaya, paling berilmu. Bahasa Latin adalah bahasa dunia, bahasa yang paling besar kepustakaannya. Dalam buku-buku bahasa Latin terkandung segala ilmu-ilmu dunia yang menjadikan bangsa Romawi bangsa paling berkuasa di dunia.

Namun, dalam mendepani ancaman kuasa dunia bangsa Romawi, Nabi Muhammad tidak menggunakan strategi yang berdasarkan keyakinan: "Supaya kita dapat bersaing dengan bangsa Romawi, kita mesti menguasai sampai fasih bahasa Latin."

Nabi Muhammad tidak pernah belajar bahasa Latin, iaitu bahasa Empayar Romawi. Beliau membangunkan kuasa ketenteraan dan politik bangsa Arab dengan menggunakan bahasa Arab.

Terbukti, dalam tempoh tidak sampai 50 tahun, tentera dan kuasa politik bangsa Arab telah dapat mengalahkan bangsa Romawi dan bahasa Latin, yang jauh, teramat jauh, lebih besar daripada bangsa dan bahasa Arab.

Dalam tempoh tidak sampai 100 tahun kemudian, bahasa Arab menjadi bahasa ilmu paling terkedepan di dunia, sehingga bahasa Latin terpaksa menterjemah ilmu-ilmu termaju daripada buku-buku Arab. 

Nota: Bagi pembaca blog ini yang beragama Islam, bacalah doa setiap kali selepas terbaca nama 'Nabi Muhammad'. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PPSMI: Padamnya Mentol Kreativiti Jurutera India Previous entry: Komen Pilihan: Mengapa Otak Saintis Jepun Lebih Baik daripada Otak Saintis Benua India
Firdaus  on  11/21  at  12:47 AM

Salam

Hari ini saya ada menulis tentang Anime dan Bahasa di http://studioinspirasi.madani-media.com/2008/11/21/anime-bahasa/ - ada kaitannya tentang strategi linguistik.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/21  at  03:04 AM

Puan Ainon, terima kasih atas perkongsian. Perkara yang lama-lama pun boleh dipamerkan kembali terutama untuk yang baru datang ke sini macam saya.

Selepas Nabi Muhammad dan Orang Islam membuka negara-negara baru, ramai manusia yang tertarik dan menerima agama Islam. Sebahagian mereka yang tidak mahu masuk Islam mereka masuk Arab. Yang tidak mahu masuk Islam, mereka menggunakan nama-nama orang Islam. Sekalipun tidak mahu masuk Islam, mereka tidak berani menamakan anak; Abu Lahab (celaka kedua tangan Abu Lahab; Surah 111). Maka kalau bangsa Barat berkulit cerah, kalau orang afrika berkulit hitam, bangsa di Nusantara berkulit sawa matang, bangsa Arab punya kulit daripada paling putih kepada paling hitam.

Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  11/21  at  04:18 AM

Subhanallah, saya doakan agar Allah memanjangkan usia Puan Sifu.  Masih terlalu banyak mutiara minda yang perlu dititipkan kepada umum.  Amin.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/21  at  04:40 AM

Assalamualaikum Puan,

Semoga Allah terus memberikan puan kekuatan minda dan ketajaman fikiran bagi terus memandaikan bangsanya.

Saya benar-benar tersentak dengan ilmu yang baru saya terima ini. Kemudian timbul pula rasa kecewa kerana mengapa cerdik pandai kita dan pemimpin yang ada tidak mahu ambil sirah ini sebagai pengajaran.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.