Thursday, September 13, 2007

Khutbah Jumaat: Rezeki yang Tidak Disangka-sangka

Tuhan menggalakkan kita meminta sebanyak-banyak permintaan. Salah satu permintaan yang Tuhan mahu kita minta adalah supaya diberikannya "rezeki daripada sumber yang tidak disangka-sangka".

Bagi kaum penulis, pasaran konten mobile adalah salah satu sumber rezeki yang tidak disangka-sangka.

HP kini menjanjikan peluang-peluang ekonomi baru kepada para pencipta harta intelek, khususnya penulis, sebagaimana yang tidak pernah terbayangkan sebelumnya.

Bayangkan bahawa antara produk spiritual konten mobile METADOME yang paling laku sekarang adalah bacaan Surah Yasin! Ya, banyak orang sudah membeli bacaan Quran menggunakan HPnya.

Sebelum ini, ekonomi bacaan ayat-ayat Quran dimonopoli oleh pengeluar CD, VCD dan kaset, serta oleh qari-qari terkenal.

Kini, individu yang bersuara lunak dan sekadar pandai membaca Quran pun sudah dapat menikmati royalti besar daripada rakaman bacaannya yang dijual sebagai konten mobile. Dia tidak perlu faham apa yang dibacanya. Dia boleh masuk ke studio rakaman dengan memakai T-shirt sahaja.

Gaya dan lagu membaca ayat-ayat Quran untuk didengar menggunakan HP tidak boleh serupa dengan gaya dan lagu membaca ayat-ayat Quran dalam pertandingan musabaqah, ataupun membaca Quran dalam masjid ataupun dalam dewan.

Demikian pula gaya dan lagu membaca Quran untuk kegunaan orang yang sedang belajar membaca Quran tidak boleh serupa dengan gaya dan lagu membaca Quran untuk orang yang sudah fasih membaca Quran.

Membaca tulisan pada skrin tidak serupa dengan membaca tulisan atas kertas. Justeru, menulis novel untuk konten mobile tidak serupa 100% dengan teknik menulis novel konvensional.

Marilah kita dekati teknologi HP demi memandaikan bangsa dengan menyalurkan bahan-bahan bermutu melalui teknologi ini.

Media dan tabiat membaca golongan remaja sudah berubah. Apabila berdepan dengan teknologi terbaru, realitinya adalah: Teknik-teknik menulis konvensional kini di ambang ketinggalan zaman.

Angin musim baru sudah bertiup, marilah kita kembangkan layar!

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Khutbah Jumaat
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hamper Islami Previous entry: Makluman: PTS dan METADOME akan Memulakan Rundingan Pelesenan

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.