Kisah Benar Ramlee Awang Murshid: 10 Tahun Buku Tidak Laku
Saya petik teks di bawah ini dari blog Prof. Muhd. Kamil Ibrahim, di mana beliau menulis kata-kata yang diucapkan oleh Tn. Ramlee Awang Murshid (foto) kepada beliau:
“Darjah tiga, saya masih tidak boleh membaca. Ayah saya menangis apabila saya berjaya memperolehi ijazah.”
“Prof, 10 tahun buku-buku saya tidak laku. Saya melalui zaman merayu dan meminta simpati untuk hasil karya saya diterbitkan. Alaf 21 yang memberi peluang kepada saya. Saya merayu kepada Allah, kemudian saya membayar zakat dan saya percaya janji Allah itu sentiasa benar. Rumah saya di beli hasil royalti. Kereta juga begitu.”
Tn. Ramlee Awang Murshid adalah penulis novel popular lelaki paling berjaya (dan kaya) dalam pasaran saat ini.
Kisah benar beliau itu menjadi bukti bahawa penulis buku Melayu mempunyai peluang hidup selesa daripada pendapatan royalti mereka. Zaman penulis buku Melayu harus hidup 'miskin' sudah berlalu....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Bagi saya, Ramlee Awang Murshid bagaikan J.K Rowling Malaysia tapi lain genre buku. Memang dia paling hebat sepanjang zaman!
*Tidak pernah membaca novelnya, akan beli nanti dari penulis ini..
Saya kagum dengan tulisan beliau. Setiap novelnya pasti akan saya beli. Bukan sahaja banyak ilmu boleh diperolehi tetapi tulisannya dapat memberikan gambaran jelas tentang sesuatu situasi. Tak hairan jika beliau jadi kaya dengan menulis. Memang best tulisannya.
Post a comment