Sunday, August 26, 2007

Kisah Kanak-kanak Maryam dan Perkataan “kole”

Maryam kanak-kanak Melayu tinggal bersama ibu bapanya di Sri Hartamas Kuala Lumpur.

Sejak lahir dia dibesarkan menggunakan bahasa Inggeris. Dia belajar Bahasa Melayu daripada pembantu rumah Indonesianya, dan kemudian daripada gurunya di sekolah.

Datuk lelakinya seorang profesor. Neneknya memiliki PhD dalam bidang psikologi kanak-kanak. Ayahnya seorang VP (Vice Presiden) sebuah bank. Ibunya pengurus rantau Asia Tenggara sebuah korporat Belanda.

Kecuali membaca buku teks, Maryam tidak pernah membaca buku Melayu. Paling baik prestasi subjek Bahasa Melayunya adalah 'C' itupun dengan bantuan guru tuisyen peribadi yang datang ke rumahnya.

Tiga (3) bulan lalu Maryam buat pertama kali membaca buku-buku cerita dalam Bahasa Melayu apabila sahabat neneknya menghadiahkan 12 buah buku-buku PTS One.

Sekarang Maryam sudah menambah koleksi buku-buku PTS One-nya sendiri. Apabila ibu bapanya belum sempat membawa dia ke MPH bagi membeli buku-buku baru, dia mengulang-baca koleksinya yang ada.

Yang paling digemarinya adalah siri "Sahabat Kole Kacang". Dia tidak tahu makna "kole". Ibunya menyuruh dia membaca kamus Melayu sebab ibunya pun tidak tahu. Sampai sekarang dia tidak tahu bagaimana rupa kuih kole kacang sebab di Sri Hartamas kuih itu tidak dijual.

Semenjak Maryam membaca buku-buku PTS ONE, prestasinya subjek Bahasa Melayunya mula naik, daripada C, ke C+, ke B-, ke B, dan terbaru B+.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Kanak-kanak
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengapa Buku Terbitan DBP Tiada di Kedai Previous entry: Dunia Penerbitan Buku Tidak 'Seksi'
xara  on  08/26  at  11:35 AM

Tahniah PTS kerana dapat membantu Maryam dan kanak-kanak lain mempelajari Bahasa Melayu. smile
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/12  at  02:16 AM

Boleh tak emailkan sy perkataan kanak-kanak umur 1 - 4 thn.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.