Sunday, February 24, 2008

Kisah Mualaf Nepal dan Buku Muqadam

Ustaz Khair Abd. Salam (penulis buku ini) sudah mengIslamkan banyak orang.

Salah seorang yang diIslamkannya adalah seorang pekerja kontrak bangsa Nepal di sebuah kilang di Johor. Mualaf Nepal itu tinggal di sebuah rumah kedai yang dikongsi dengan 20 orang rakan senegaranya. Hanya dia seorang yang sudah masuk Islam, dan dia merahsiakan keIslamannya. 

Sekarang dia sedang belajar membaca alif-ba-ta dari Ustaz Khair, menggunakan buku muqadam yang banyak dijual di kedai-kedai kitab tradisional.

Mualaf Nepal itu tidak berani meng-ekspos buku muqadam itu, lalu apabila malam, dia pun memasukkan buku itu dalam baju-T yang dipakainya, dan begitulah dia tidur setiap malam.

Dia takut, sebab jika kawan-kawannya nampak dia memegang dan membaca buku itu mereka tentu tahu itu buku agama Islam.

Dia memberitahu Ustaz Khair bahawa salah seorang rakan serumahnya sangat membenci Islam dan kuat mencaci Islam.

Nota: PTS ISLAMIKA akan menerbitkan buku muqadam yang tidak perlu disorok-sorokkan lagi oleh sesiapa sahaja yang perlu membacanya. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Penulis Ngetop PTS Diiringi 5000 Penyokong Previous entry: Blog Pilihan Sifu
NeenaUmi  on  02/24  at  03:02 PM

Assalamualaikum warahmatullah,

Puan Ainon yang dimuliakan…semoga dirahmati dan diberkati Allah selalu…Amin.

Gandingan dua generasi (ayahanda-anakanda) ini memang mantap.

Anakanda penulis ini juga Ustaz. Ustaz Zulkifli Khair adalah sahabat seperjuangan dalam Jamaah Islah Malaysia (JIM) di negeri Johor.(Saya di JIM Perak).

Mohon izin Puan Ainon mewar-warkan blog pewaris penulis:

http://ideamenulis.wordpress.com

Wasalam..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.