Kisah PNM Terlepas Pandang Sewaktu Tersilap Memilih Buku Lama
Patutkah sebuah organisasi seperti Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) 'terlepas pandang' sewaktu memilih judul buku yang akan dibekalkan ke semua perpustakaan desa seluruh negara?
Namun, dalam majlis taklimat kepada penerbit dan kontraktor baru lalu, apabila seorang kontraktor bangun dan membangkitkan isu ada judul lama (2005) dalam senarai buku-buku yang dipilih untuk kontrak perbekalan buku 2008, itulah penjelasan yang diberikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (TKP) PNM kepada yang hadir.
Jawapan TKP itu tidak meyakinkan hati majoriti penerbit dan kontraktor yang hadir.
Kata seorang kontraktor, "Mustahil PNM boleh terlepas pandang, kecualilah jika kerja memilih judul itu dibuat oleh SATU orang individu sahaja, dan senarai itu kemudiannya tidak disemak oleh pegawai yang lebih tinggi. Jika judul dipilih oleh sebuah jawatankuasa, tentu akan ada yang perasaan ada buku lama dipilih."
Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya di mana taklimat sentiasa disampaikan oleh Ketua Pengarah PNM, taklimat tahun ini disampaikan oleh TKPnya sahaja. Kelainan itu menyebabkan banyak kontraktor berbisik-bisik sesama mereka, apa perlunya tarikh yang dipilih itu kebetulan tarikh yang KP PNM tidak dapat hadir.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sifu,
Beberapa tahun lalu saya singgah di pejabat sebuah penerbit yang barangkali boleh dikategorikan sebagai penerbit buku-buku cap ayam.
Nama syarikatnya pun hanya saya ketahui pada hari itu dan kini sudah pun saya lupai. Pejabatnya umpama setor dengan sepahan dan longgokan beberapa judul buku.
Saya mengambil buku yang berkaitan dengan kesihatan. Saya tertarik dengan buku itu kerana beberapa bulan sebelumnya saya terlihat buku yang sama di pejabat sebuah kontraktor buku. Saya dapati buku itu sudah berusia 2 tahun ketika itu.
Peliknya, seperti entri Sifu ini, buku yang sudah berusia itu disenaraikan dalam satu projek kerajaan dalam kuantiti yang banyak pada tahun hadapannya. Bermakna buku itu berusia tiga tahun ketika terpilih.
Pandai betul mereka menghabiskan stok.
Salam semua;
Saya berpendapat tidak ada salahnya memilih buku lama.
Pemilihan buku tidak sepatutnya berdasarkan tarikhnya. Ia sepatutnya berdasarkan keperluannya.
Misalnya tiga tahun lepas diterbitkan buku mengenai orang Malaysia pergi ke angkasa. Ia tidak terpilih sebab mungkin tidak ada orangpun yang akan membacanya. Lagi pula banyak judul lain yang lebih sesuai sedangkan peruntukan adalah terhad. Apabila angkasawan Malaysia telah pulang daripada angkasa (telah meninggal di angkasa dan telah dikembumikan kata Samy), maka tiba-tiba sahaja buku berusia tiga tahun tersebut telah menjadi relevan. Maka tidak salah ia dipilih oleh PNM.
Begitu jugalah halnya dengan mengenai ‘jimat minyak’. Empat tahun yang lalu, ia tidak relevan. Justeru itu ia tidak terpilih. Tiba-tiba pada tahun ini, ia telah menjadi sebuah buku yang amat mustahak.
Adakah PNM berdosa dengan memilih buku sedemikian? Rasuahkah jika begitu? Adakah termaktub dalam prosedur pemilihan buku PNM musti memilih buku baru?
Saya tidak fikir semua buku terbitan lama adalah cap ayam!
Buku saya terbitan PTS One, cetakan pertama tahun 2005, tetapi dipilih PNM tahun lalu.
Tak ada rasuah. Erm, juga bukan Cap Ayam.
Puan Oren,
Karya sastera seperti novel puan tidak pernah out-of-date isinya, jadi tidak timbul isu “buku lama”. Seperti juga karya sastera, buku-buku agama tidak pernah menjadi out-of-date sebab maklumat agama kekal tidak berubah.
Yang dipertikaikan oleh kontraktor projek PNM adalah buku-buku yang maklumat di dalamnya sudah out-of-date. Yang jadi isu adalah buku-buku yang sudahlah maklumatnya cepat out-of-date, harganya pula amat tinggi, sehingga kontraknya boleh bernilai ratusan ribu ringgit. Itu yang menjadi isu, sampai ada kontraktor yang bertumbuk sesama dia!
Post a comment