Monday, April 23, 2007

Kita Mahu Lebih Banyak Buku Begini

Misi PTS adalah memandaikan bangsa.

Kita mencari lebih banyak buku-buku cerita untuk bacaan remaja awal yang diselitkan dengan informasi sains dan teknikal.

Yang dilabelkan sebagai remaja awal adalah kanak-kanak antara 9 - 12 tahun.

Sektor buku cerita jenis ini masih amat kekurangan, sedangkan permintaannya baik sekali. Maklumat yang kita terima daripada pengurusan kedai-kedai buku menunjukkan buku jenis ini memang dicari-cari oleh ibu bapa dan guru-guru.

Kirimkan sinopsis cerita saudara kepada Puan Norhazizam di .(JavaScript must be enabled to view this email address). Tunggu respons daripada beliau. Puan Nor adalah Pengurus PTS ONE.

Jangan tulis buku sampai siap baru dihantar kepada PTS. Mulakan proses menulis apabila Puan Nor sudah setuju dengan konsep buku yang saudara cadangkan itu.

Dengan cara ini saudara tidak lagi khuatir manuskrip saudara mungkin ditolak sebab buku saudara itu sudah diluluskan bagi penerbitan sebelum ditulis! Hmm... umpama kad kredit platinum....

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Remaja
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Hari Ini Sifu Kelam Kabut! Previous entry: Motivasi Penulis: Ikut Semangat Kerja Penulis Ini
ICe  on  04/24  at  12:29 AM

Assalamulaikum Pn Ainon dan Pn Nor,

Berapakah muka surat minimum dan maksimum untuk manuskrip karya awal remaja? Ada yang mengatakan hanya 120ms, tempoh hari ada yang kata 180ms.

Untuk makluman diri sendiri dan rakan-rakan penulisan lain sekali.

Wassalam.
——-

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.