Kita Tolak PPSMI
* PPSMI adalah idea mantan Presiden UMNO dan mantan perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang.* Rakyat jelata tidak pernah meminta PPSMI.
* PPSMI hanya menguntungkan anak-anak yang ibubapanya bertutur bahasa Inggeris di rumah.
* PPSMI menguntungkan anak orang kaya-kaya di bandar.
* Ibubapa yang tidak bertutur bahasa Inggeris tidak dapat menolong pelajaran anak-anak mereka di rumah.
* Anak-anak keluarga miskin dalam bandar dan di luar bandar menjadi mangsa PPSMI.
* PPSMI akan menyusahkan anak orang miskin dan orang kampung menjadi saintis, doktor, jurutera dll.
* PPSMI dibuat oleh kerajaan BN tanpa berunding dengan rakyat.
* Kerajaan BN tidak pernah mendapatkan pandangan guru-guru sebelum membuat dasar PPSMI.
* PPSMI dilaksanakan dengan cara paksaan walaupun ditentang oleh majoriti rakyat.
* Guru-guru tidak pernah bersetuju dengan PPSMI.
* Cendekiawan dan cerdik pandai Melayu tidak pernah dirundingi oleh kerajaan BN sebelum melaksanakan PPSMI.
* Kerajaan BN membakul-sampahkan puluhan memorandum yang menentang PPSMI.
* PPSMI terus dilaksanakan walaupun hasil kajian oleh bijak pandai di universiti mendapati dasar itu gagal.
* Setiap tahun markah lulus peperiksaan diturunkan demi mengaburi mata rakyat.
* PPSMI menguntungkan kontraktor kroni yang membekalkan bahan-bahan bahasa Inggeris.
* Kaum Cina pun menentang PPSMI.
* Yang menyokong PPSMI adalah segelintir golongan elitis yang mendewa-dewakan bahasa Inggeris.
* PPSMI tidak sah di sisi perlembagaan negara.
* PPSMI menghina bahasa Melayu.
* PPSMI membunuh masa depan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
* Bahasa Inggeris gagal mengkayakan Filipina, India, Pakistan, Bangladesh, Sri Lanka, negara-negara di benua Afrika yang meminjamnya.
* Semua 40 buah negara maju di dunia menggunakan bahasa masing-masing.
* Semua negara yang meminjam bahasa penjajah semuanya gagal menjadi negara maju dan kayaraya.
* Di mana-mana negara pun bahasa penjajah gagal memandaikan rakyatnya yang miskin.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Singapura menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa utama. Kami mencapai kemajuan, Alhamdulillah. Tun Mahathir sebenarnya hanya meng-copy Singapura dan cuba gunakan formula yang sama. Sebenarnya, keadaan kami berbeza.
Antara tanda tanda tamadun sesuatu bangsa itu akan menurun apabila pemimpinnya ego, bongkak dan sombong.
Selama ini sudah berapa banyak anak Malaysia yang belajar dalam Bahasa Melayu berjaya.
Setakat ini aku mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Peduli apa aku dengan orang atas, yang penting anak murid aku faham.
Demi ego sebilangan kecil manusia, dikorbankan sejumlah besar manusia lain.
Apa punya pemimpin macam ini?
Cikgu Andi
Ada keputusan matematik dan sains “menarik” di http://nces.ed.gov/timss/
Assalamualaikum Puan Sifu,
Mencelah berdasarkan motto memandaikan bangsa, ingin ditanyakan bagaimanakah akidah dan keperluan perkaitannya dengan pembudayaan ilmu dalam konteks menggantikan konsep hadhari yang tidak wajar mewawasankan gagasan pembentukan ummah?
Bagaimanakah konsep untuk menjadi Kekasih Allah SAW upaya menukar persepsi untuk berbudi kepada alam dan penghuninya dalam tafsiran ibadah bukan sekadar untuk berteori tetapi perlu beramali?
Berdasar kepada hadis Rasul (salam selawat ke atas nabi keluarga dan sahabat),“menuntutlah ilmu sehingga ke negeri Cina” adakah bermaksud penggantian Timur (Asia) sebagai kuasa baru yang lebih adil dan berupaya menimbang kebenaran tanpa ingin kembali menjiwai bahawa agama itu candu minda?
Di dalam stuasi memproses pengubudiahan bagaimanakah dikenalpasti bahawa tertib dan adab pendisplinan kualiti hanya akan mengakibatkan dua natijah yakni syurga dan neraka yang tidak memerlukan sama sekali stuasi ‘win-win’ melainkan pada sudut pengukuhan institusi kekeluargaan khilaf dan salah kelemahan dan kekuatan unit individu antara ibu bapa anak ia upaya menjelas dan menzahirkan akibat penyelewengan mana-mana sudut iman yang semakin menurun atau meningkat, terlihat ‘win-win’ adalah sikap defensif yang membenarkan kita beralasan tanpa mempedulikan pengabaian-pengabaian yang telah dilakukan.
“DNA modified virus” persamaan risiko dengan pemilikan penjajaran wilayah nuklear di lingkaran ‘tengah benua’ adakah ancaman yang mudah diabaikan?
Bagaimanakah boleh dikaitkan bahawa bencana-bencana di akhir zaman sebahagian besar darinya adalah atas usaha dan kehendak kita sendiri selain ketetapan yang azali lantaran itu tidak ada dalih dan alasan untuk dibina ummah dengan kekuatan iman dan penyatuan akidah mampu membina teras kekuatan ummat.
Bagaimanakah pengkaryaan buku-buku Wasiat Iman upaya
menggerakkan indera rasa dari seluruh pancaindera saat mulai membaca(buku-buku melayu semakin mengidentitikan sikap pemikiran yang diolah oleh rasa beragama dan telah juga membina identiti imej perlambangan rupa diri perkaitannya dengan ciri-ciri umum misal, mukmin muslim kafir munafik fasik Yahudi Majusi Nasrani bagaimana ianya terbina)
Apakah wasiat iman di kalangan mereka untuk penganut menjadi lebih bertanggungjawab sesuai dengan pengenalan etika di dalam kehidupan yang meningkatkan nilai mutu insan.
Melayari pemperihalan pemboikotan barangan Israel-Amerika dan sekutunya melontarkan persoalan bagaimanakah peranan muslim untuk mendakwahkan yahudi agar bersama menjadi penyelamat ummah bukan dengan jalan bermusuhan dan saling mencurigai oleh dendam dan dengki?
Jika mereka berdakwah dengan ekonomi,muslim berdakwah dengan apa?
Di ketika syiah dimusuhi namun merekalah yang menjadi barisan yang paling berani di alaf ini di manakah kita kelompok sunni-khususnya di tanah air ini?
Generasi muda perlambangan Hassan dan Hussien tidak berebut kuasa kerana asuhan didikan ayahanda mereka Khalifah bukan jawatan untuk diwariskan buat mereka, tiada juga gaji sandaran upah diputuskan secara istimewa.
Ini yang saya lihat keperluan Matematik dan Sains tidak diajar didalam bahasa Inggeris.
SOKONG!!!!!!
Mohon izin sifu untuk salin dan sebarkan di ‘bloggroup’ saya!
Terima kasih
Tuan Halim,
Saya setuju dengan pendapat tuan bahawa dalam isu PPSMI, kes Singapura berbeza, oleh itu tidak boleh dijadikan model bagi negara seperti Malaysia.
Singapura adalah sebuah negara-kota. Dari sudut politik sahaja Singapura itu sebuah ‘negara’, selain itu ia adalah sebuah kota.
Memang benar, mana-mana bandar besar boleh hidup dengan apa sahaja bahasa bekas penjajahnya - Inggeris, Sepanyol, Jerman, Peranchis, Portugis.
Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Pulau Pinang, boleh hidup dengan bahasa bekas penjajah.
Tetapi Kuala Lumpur bukan Malaysia. Penduduk Malaysia bukan hanya tinggal di Kuala Lumpur. 60% penduduk Malaysia tinggal di luar bandar.
Namun, di dalam bandar sekalipun, hanya anak-anak keluarga berada sahaja yang mendapat manfaat daripada PPSMI.
Penduduk bandar yang berpendapatan rendah, yang tinggal di rumah-rumah pangsa kos rendah, dan rumah-rumah setinggan, yang ibu bapa mereka tidak bertutur bahasa Inggeris di rumah, tetap mengalami kerugian akibat PPSMI.
Post a comment