Kitab Klasik yang Ditulis Semula oleh Pengarang Tidak Tahu Bahasa Arab

Inilah contoh kitab klasik agama karya imam dulu-dulu yang ditulis semula dengan menggunakan Bahasa Melayu moden.
Buku ini adalah sedutan daripada kitab Riadhus Salihin karya Imam Nawawi.
Para penulis yang menuliskan semula kitab-kitab ini tidak tahu bahasa Arab. Mereka membaca 2 edisi terjemahan kitab ini yang dilakukan oleh penterjemah Indonesia, kemudian dituliskan semula maknanya dengan mematuhi undang-undang harta intelek.
Semua hasil tulisan mereka disemak oleh konsultan rasmi projek PTS ISLAMIKA, Ustaz Arief Salleh Rosman dari UTM, berdasarkan teks Arabnya bagi memastikan maknanya betul.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Setelah membaca seraya membelek belek buku buku Melayu yang ditulis oleh mereka yang arif bahasa Arab kesimpulan yang saya buat ialah, terjemahan yang terikat dengan laras bahasa asal itu bukanlah bahasa Melayu. Firman yang menyuruh kita sampaikan mesej dalam bahasa vernakular, bahasa tempatan itu bukan setakat mengubah makna. Bahasa itu mengandungi budaya dan dalam budaya bahasa Melayu, larasnya itu juga satu komponen penting.
Maka dengan usaha PTS ini, saya lihat menepati suruhan itu. Usaha memelayukan sesuatu fikrah itu bukan sekadar alih bahasa. Fasa kedua yang (kerap dilupakan) selepas dialih bahasa ialah menepati laras bahasa, barulah ia benar benar boleh dikatakan bahasa Melayu. Ini satu kemajuan yang sungguh bermakna!
——-
Post a comment