Koleksi Terindah Puisi Cinta Islami
SURAT CINTA UNTUK USTAZAH
Alang Kelana
Pada saat hujan dinihari
aku berdoa di sepertiga malam
memohon kebaikan untukmu
serta diubati rinduku.
Puas sudah ku meneliti
bicara sekeping hati
meminati ketenangan wajahmu
jernih bersih dek air wudhu.
Aduhai
berilah peluang bagiku mendekatimu
izinkan kunikmati suaramu bertadarrus
sungguh jiwaku tenteram
mendengar bisikan wirid dan zikirmu.
Setelah Bermusim Terpisah
Alang Kelana
Hujan semalam
membawa kesyahduan
kisah kasih kita
setelah bermusim terpisah
ia belum berakhir jua
Rindu ini
biarlah kita bawa bersama
untuk esok lusa dan akhir masa
kerana kita masih bercita-cita
membina mahligai
di atas keredhaanNya.
ERTI SEBUAH CINTA
Alang Kelana
Rabiatul Adawiyah pernah berdoa:
Ya Allah
Kau berikanlah neraka
Kepada hamba-hambamu yang kafir,
Dan kau anugerahkanlah syurga
Untuk hamba-hambamu yang mukmin,
Tetapi
Untukku kau anugerahkanlah cintamu.
EPILOG CINTA
Alang Kelana
Kekasih
semalam kaupergi jua
dengan rinduku
kaubawa bersama
Hari ini aku mencari
sebuah kesempurnaan
dalam khusyu dan zouq
zikir dan wirid
Kembalilah sebelum esok
agar rinduku terubat
dan kita sama-sama
bersolat dan tadarrus
mencari keredhaanNya.
RINDU DATANG LAGI
Alang Kelana
Rindu datang lagi
bersama angin malam
meniupkan kehangatan
ke daerah derita ini.
Lautan perpisahan tetap kuharungi
biarpun ia dalam
dan tidak bertepi.
Aduhai
biarlah kubelai harapan
kasih abadi
walaupun daku harus menanti
beberapa musim lagi.
DALAM HATIKU DIKAU BERSEMI
Alang Kelana
Duhai kekasih
semusim berlalu
aku masih mencarimu
bersama desiran ombak
di sebalik pepasir
nan putih bertabur
sudah sebegitu lama
aku mencarimu
di sebalik awan
dalam gelap malam
kini kutemui dikau
di sini
dalam hati ini
ia bersemi.
CATATAN RINDU
Alang Kelana
Aduhai kekasihku
rindu kelmarin
kubawa berlari
merentasi desa kesunyian
dalam gelap malam
menjejaki kasihmu yang telah hilang.
Rindu semusim ini
biar kusimpan dalam hati
selama aku terus mencarimu, kekasihku
dalam sepi.
HUJAN SEMALAM
Alang Kelana
Semalam rinduku merintih
bersama titis-titis hujan
membuat aku
di sudut terpaku
Hujan semalam
membawa ketenangan
dalam keresahan
Rindu ini masih di sini
mencengkam diri
di puncak sepi.
DI BAWAH PAYUNG AISHAH
Alang Kelana
Wahai kekasih
aku tahu hasratmu
menumpang teduh
di bawah payung ini.
Dia juga rela
mengambilmu sebagai teman
ikhlas sepernaungan
bersama meredah hujan
dan panas mentari.
Semoga kita tabah
menempuh ribut nista
dan gelombang tempelak
demi mengharap keredhaanNya.
DI HATIKU MASIH ADA RINDU
Alang Kelana
Telah bermusim sudah
kaupergi meninggalkanku
keringkah sudah tasik hatimu
sedangkan di hatiku masih ada rindu?
Aduhai
di terang siang
ku mencarimu
di kelam malam
kau kukenang
Kembalilah sayang
usah diucapkan selamat tinggal
kerna di hatiku
masih ada rindu.
MIMPI
Panaharjuna
Semalam
kutawan cinta seorang dewi
saat sayapnya terlekat
pada perdu mimpiku.
Kelmarin
selembar suci selendang pari-pari
terjatuh ke wajahku
sedang ketawa manja
masih bertalun kukuh
dalam igauanku.
Semalam
seorang bidadari mengajakku mandi
dalam lautan cinta
dan aku terjaga
dalam gigil yang tak kumengerti.
Kutanyakan pada guru
erti mimpi-mimpiku itu
lalu guru pun menyuruhku
menitipkan wasiat
sebelum aku kemedan jihad.
TERIMALAH KEKANDA SEADANYA
Panaharjuna
Duhai adinda,
andai mampu kusulam
awan-awan jernih dan ombak silih berganti
akan kusulam hatiku
dan hatimu
menjadi satu
Duhai adinda
andai mampu kucairkan
salji damai di Puncak Fuji
akan kukepal bebola putih
buat menemami masa senggangmu
selama tahun rahmat
yang penuh bahagia
Namun
kekanda hanyalah musafir
yang tidur berlangitkan keredhaan
dan ranjangku bumi berselimutkan kesyukuran
hidup penuh ikrar dan janji
menghampirkan diri kepada Ilahi
Jika janji itu ada
amanahlah adinda kepadanya
jika takdir itu jelas
redholah adinda pada petunjuknya
dan jika jodoh itu pasti
terimalah kekanda seadanya.
KOTA MUSIM DERITA
Panaharjuna
Daku nakhoda tanpa bahtera
raja tanpa takhta
dalam kota musim derita
penghulu segala sepi
tika bayangmu menjauhi
kampung bahagiaku di sini
Daku
tanpa dewi
tanpa cahaya
tanpa kau jadi suri
kamar hatiku sepi
Beribu musim sujud
rentas masa berzikir
sedih luka kutanggung
siksa cinta kubendung
Kini daku lebih mengerti
rasa hati seorang pedusi
Jiwaku pasrah
di pintu mihrab kumelihat
jasad adinda sebagai bukti
Allah itu maha sakti.
GADISKU
Panaharjuna
Gadisku,
kau kupilih
daripada ribuan bunga yang mekar di taman
kerana harummu itu jelmaan
nafas bidadari.
Kulihat kau di jalanan tuhan
kini lebih aman
langkahmu srikandi
biar suaramu lembut manja
tetap waspada.
Bicaramu penuh erti
teguranmu berani
jiwa lelakiku sedar
daku masih jauh
dari kebenaran langit.
Kau menyuluhi daku
dengan cintamu
yang semahal pualam
di mulut naga geni.
Tuhan
kumohon redhamu
berkatilah pelayaran ini
bahtera kehidupanku
masih baru
berkongsi kemudi.
BIBIR INDAH
Panaharjuna
Aku cinta bibir itu
lembut tersenyum
ranum
hanya tutur yang harum
lewat ke Jiwaku
Terkuntum indah
dari hati yang pasrah
dari bibir yang basah
dengan kalimah-kalimahNya
mendidikku jadi asyiq
pada yang satu.
(kr) PABILA GELORA DAMAI SEMULA
Panaharjuna
Ketika ombak marah
Memecah benteng sabar
Kau pun segera hanyut
Terarus
Dibawa pergi
Musim semi yang bertahun
Kini tiada erti
Bila badai tanpa izin
Rempuh datang, bawa pergi
Benih setia kasih suci
Cinta tewas jadi benci
Kumohon pada Ilahi
Apabila geloramu jadi damai
Pagar-pagar ragu
Terlerai jadi sedar
Bahawa dikau dan aku
Masih saling setuju
Pada hatimu yang percaya
Aku masih teruna
Pada janji pertama.
(kr) AKU CINTA BIBIRMU
Panaharjuna
Aku cinta bibir itu
lembut tersenyum
ranum
hanya tutur yang harum
lewat ke Jiwaku
Terkuntum indah
dari hati yang pasrah
dari bibir yang basah
dengan kalimah-kalimahNya
mendidikku jadi asyiq
pada yang satu.
KEMAAFAN YANG TERLEWAT
Panaharjuna
Aku bukan lelaki asing
yang mencuri hati pengasihmu
Aku bukan lelaki jauh
datang meruntuh tugu percayamu.
Bicara yang iri kautanam di hatimu
telah subur menjadi benci
Segala bukti tak lagi bererti
kaupinta perpisahan ditebus janji.
Setelah kuleraikan sumpah keramat
setelah jauh terusirnya diri
Barulah datang segala mengerti
bahawa aku lelaki yang benar.
Percuma hatimu merintih lirih
sedar dan insafmu bererti yang nihil
Undangan Ilahi di pintu menanti
Izrail hadir menjemputku pergi.
ADA MARAH DI MATAMU
Panaharjuna
Ada marah di matamu
terbendung dalam sabar
Ada rindu di hatimu
kaupendam tanpa sedar.
Aku lelaki dari kota jahil
ajarkan daku bahasa rajukmu
agar mampu ku mentafsir rasa
membaca lakumu yang sunyi bicara.
Biar daku karam di lautan geram
tenggelam dalam badai rindu
Namun akhirnya kita berdamai
Kau dan aku di pantai setuju.
MAAFKAN DAKU
Zamri Mohamad
Maafkan daku
kini potret mesra kita
tidak henti-henti memarahiku
Maafkan daku
aku malu dengan istilah peluang
lalu kutinggalkan harapan
di hadapan pintu rumahmu
dengan kesal tanpa penghujung
Maafkan daku
setiap anggotaku longlai hilang kekuatan
oleh kesilapan yang kujadikan permainan
akulah juara yang kalah dalam perhubungan.
Maafkan daku
Maafkan daku
Maafkanlah daku
Aku tidak akan membuang dadu
di atas papan mainan ini lagi.
KURNIA
Zamri Mohamad
Kurnia semalam
hadiah istimewa al Khaliq
buat daku diami syurga dunia
sebelum jambatan abadi kulintasi.
Terima kasih atas cintamu
bakal jadi redha Ilahi yang menyatu
wangian firdausi sudah mula menyelubungi kita berdua
berkat doa berbalas rahmat.
AMIN BUAT KEINDAHAN
Zamri Mohamad
Makna nyata indah Tuhan
dicipta hidup berdua
hidup dengan kerelaan
tunduk dengan indah syurgawi
Ikatan dengan janji
abadikan kesempurnaan makhluk
biar lama dilihat makin cantik menawan
hukum Ilahi buat pemuja alunan kasih
Sudah dipanggil hukum fitrah
mata ditawan dengan cahaya bidadari
solek warna di bibirnya mengucap agung Tuhan
Setiap keagungan yang terpamer dengan syukur
Terima kasih Ilahi
Hari ini sempurna bertemu pecahan hati
Terjalin dan kembang kembali dengan harapan
alam cinta naunganmu.
BERIKAN AKU SYURGA DUNIA
Zamri Mohamad
Berikan aku syurga dunia
buat pemanis bibir yang dirindu
petiklah buah harapan dari pohon janji
hidangkan buat santapan hati.
Cinta itu janji
lafaz si ikhlas buat yang dicari
janji meronta minta termakbul cerita
wayang berdua kita lakonkan bersama
Cinta jambatan syurgawi dua dunia
istimewa untuk yang mencari redha
bauan bunga-bunga syurga meresap kalbu pecinta
terus kita titi jambatan syurga duniawi menuju cahaya Ilahi.
HIKMAT BICARA SUFIMU
Zalisa
Apabila bicara sufimu kaucurahi
hati-hati hitam, putih berkilauan
lalu
cahaya tawadhuk
terpancar di pandangan.
Apabila bicara sufimu kaualuni
silir bayu terhenti dan kelu
detik waktu diam membeku
asyik dan syahdu
bersama memuja Tuhan yang Satu.
Apabila bicara sufimu kauhembusi
daku terlupa letak diri
lantaran asyik mengagungkanNya
Tuan pemilik ini diri.
Aduhai jejaka idaman hamba.
PUISI BUAT KEKASIH
Zalisa
Aku ingin terbang bersamamu kekasih
Tapi sayapku hanya satu
Saat kau memeluk daku
Dan membisikkan kata syahdu
Air hangat menitis laju
Namun kupendam dalam kalbu
Agar kau tidak sayu
Tika melafaz cinta pada yang Satu
Tuhan
Tidak mengapa dia lupa kepadaku
Waktu ingatannya teguh kepadaMu
Biarlah aku tercampak di sudut hatinya
Saat dia menumpahkan rindu padaMu
Harapanku
Dia tidak lupa mendoakanku
Tidak lupa juga merayu untukku
Agar kekal bertaqwa kepadaMu
Tuhan
Cuma itu pintaku.
KAUKAH ITU
Zalisa
Sekilas kerlingmu
aku terpempan
dan kerlingan itu terus memburu
dalam tidur
dalam jaga
daku jadi tak keruan
Dikaukah itu
yang pernah menghulur salam
lalu hilang dalam kabus malam.
MANTERA KASIH
Zalisa
Bicaramu penawar lara
namun muslihat dapat kuterka
kerana mentera kasihmu
daku terlena
alpa
kepada Sang Cinta.
Janjimu dulu
cinta kita, cinta Dia
tetapi tidak kutemui
dalam pujuk
dalam rayu
yang iramanya palsu cuma.
Jangan dikau memujaku, kekasih
kerana bicara yang dikau sulam
warna benangnya masih
hitam.
KUKUTIP PUING CINTAMU
Zalisa
Lenaku berbantal maaf
namun aneh
lagu-lagu benci masih
beralun dalam mimpi.
Tanpa iman
tidak mampu kukutip puing cintamu
biarpun kalbu berdarah diunggis rindu.
Duhai penyejuk jiwa
usah dikau cantas pohon-pohon kasih
yang mendinginkan panas prasangka
tatkala membahang
mencabar setia.
KEJUTKAN DAKU
Zalisa
Perwiraku
usah biar kuhanyut
dalam arus sungai rayu
yang empangnya kaubuka saban waktu.
Cambuklah daku
dengan hikmah bicara
agar bangkit dari lena
yang dibuai irama pura dunia
dan kalimah tauhid
kembali bergema di jiwa.
Lupakah kau pada sumpah
tiap kata adalah semangat
kerana perjuangan belum sudah
agar Islam kembali menyerlah.
AKU DAN BAYANGAN LALU
Abd. Razak Adam
Daku pernah lewat mencurahkan isi hati
lalu diriku tak dihargai
dan aku terlewat menuturkan kata
melafaz cinta
lalu aku tersiksa
Aku kesempitan mencari ruang waktu
memperkatakan hak
lalu aku keliru
Aku mengidamkan wajah ayumu
yang sering menjadi mainan mimpiku
dan pernah bertakhta di hatiku
Kudoakan dikau
bekas permaisuriku
yang pernah menderitakanku
berbahagia selalu.
HANYA KALBU
Mohamad Kholid Hamzah
Sesekali ia hadir dan begitu mengganggu
Pada angin yang berhembus
Embun yang menitis dan kabus yang menghijabkan
Seolah suatu kisah yang tidak terluah
Atau gelora yang hanya muncul
Menjelang tiba di gigi hari
Apabila melihat ke dalam diri
Barulah dapat mengetahui rasa hati
Sedang ia terpendam sedalam mungkin
Hanya kalbu yang mengesan – itukah cinta?
AMBILLAH MELATI INI
Raja Nur Qurshiyah Raja Hirdan
Ambillah sekuntum melati ini
sematkan dalam hatimu
biar di hatimu kekal ia di situ
Melati ini jangan diselitkan di telinga
jangan disematkan pada busana sutera
jangan dibiar menjadi perhiasan mata
Jangan dibiar dia menghirup harumnya
dia bukan mendekati bunga
tetapi menghirup harumanmu
Jika dalam hatinya berbunga cinta
bukan kerana si bunga
tetapi oleh hatimu nan kembang segar dan suci
biarpun kelubung hitam menutupi telinga dan dadamu
Ambillah sekuntum bunga Melati ini
untuk hiasan di meja.
PESONA
Banir
Wajahmu yang berseri
mengalun rinduku
pada sujud dinihari
pada takbir tahmid memuji Ilahi.
Dari sorotan matamu
pesona dirimu dipandang
bagai ada taman firdausi di dalamnya
yang terbentang hijau
beraliran sungai jernih dan dingin
menyegarkan.
Dalam mekar senyummu terukir di bibir
tidak lupa pada ucap zikir diam dan zahir.
Semanis senyum kaulempar
menyubur hati nan rawan
tenang kembali jiwa nan bergelora
menggamit kembali rasa rindu kasihNya.
Dalam gerak batin dan zahir
tersusun indah lenggok imanmu
wangian syurga jua yang kaurindui
mataku asyik menari-nari
pesona melihat kau masih berdiri
dalam ruang istiqomah puji dan puja
mengabdi diri kepadaNya.
SELENDANG SUTERAMU
Putih
Sehelai selendang sutera
wangi harumnya tidak hilang
walau ditelan zaman
Lembutmu sutera
menjadi temanmu wanita
yang tunduk pandangnya
yang tawaduk pekertinya
yang luhur budinya
yang molek tuturnya
Alun suara puji-pujian yang terdendang
bersama sehelai suteramu
masih wangi
malam dan siang
pujian pada Yang Maha Memberi
Wangimu sutera terus semerbak
walau dek panas mentari
dan hujan menimpa bumi
Kepadamu wanita
pemilik selendang sutera
selempangkan selendangmu
hingga nafas ditutup bumi.
SEPERTIGA MALAM
Engku Zainon
Kurenung dada langit
cahaya malam
bulan tanpa bintang
menyimbahi wajahku
aku termangu
rindu kepada kekasih
membisikkan rasa
mencurah rindu
mengatur bahasa
bahagia kita
dalam sujud sepertiga malam
membina cita.
KUINGIN BERKASIH
Hazira M
Kuingin berkasih
denganmu lelaki berwajah bersih
yang tidak mudah mengenal jerih
walau berkali jiwaku merintih
Kuingin berkasih
denganmu lelaki berhati putih
yang tidak mudah menggelegakkan didih
jika sesekali sabarmu beralih
kerana hasut yang tidak memilih
Kuingin berkasih
denganmu lelaki pengucap tasbih
kerana tidak kuingin segala lebih
jika sekadar menjadi buih
CINTA HAKIKI
Nzshima
Lukaku disirami kata madahmu
Tak terasa dek pelali silamku
Penawarnya dengan menyebut namaMu
Kerana kutahu kau cinta hakikiku.
Kuingin cinta hadir dengan redaMu
Tidak diselangi racun bertalu
Andainya dia baik untukku
Tunjuklah tanda, bukalah hatiku.
EMPANGAN RASA CINTA
Nzshima
Yang kuempang itu
bukan lahar marah
tidak juga nanah duka
jauh sekali lumpur benci.
Empangan rasaku
menakung
air cinta suci
riak kasih sejati
tembok kebal setia
deruan kolam bahagia.
Akan kualirkan semua
khusus untukmu
sebagai Raja hatiku
andai namamu tercatat
di Loh Mahfuz itu.
JENDELA YAKINKU TERBUKA
Nzshima
Jendela yakinku
Kini terbuka jua
Lamaranmu dititip lewat warkah.
Tabir cemasku
Mereda akhirnya
Sungguhnya dikau terbukti sudah.
Pintu kagumku
Terbuka perlahan
Kesetiaanku tidak dipersiakan.
Tangga bahagia
Tersusun indah
Dengan izinNya, bersama melangkah.
KAU TAK SUNGGUH-SUNGGUH
Siti Hajar
Lancar jemarimu menulis puisi
memilin janji
menyulam kasih
doa dan zikir kaujadikan hantaran
Merdu suaramu menuturkan sayang
menebar rindu
menggamit cinta
menyalut anganku dengan qasidah
Tetapi
kau tak sungguh-sungguh
Kau ada rasa
mungkin ada gerak
tapi tak berbuat.
...hantar lagi puisi tuan-tuan dan puan-puan!
.
.
Alang Kelana
Pada saat hujan dinihari
aku berdoa di sepertiga malam
memohon kebaikan untukmu
serta diubati rinduku.
Puas sudah ku meneliti
bicara sekeping hati
meminati ketenangan wajahmu
jernih bersih dek air wudhu.
Aduhai
berilah peluang bagiku mendekatimu
izinkan kunikmati suaramu bertadarrus
sungguh jiwaku tenteram
mendengar bisikan wirid dan zikirmu.
Setelah Bermusim Terpisah
Alang Kelana
Hujan semalam
membawa kesyahduan
kisah kasih kita
setelah bermusim terpisah
ia belum berakhir jua
Rindu ini
biarlah kita bawa bersama
untuk esok lusa dan akhir masa
kerana kita masih bercita-cita
membina mahligai
di atas keredhaanNya.
ERTI SEBUAH CINTA
Alang Kelana
Rabiatul Adawiyah pernah berdoa:
Ya Allah
Kau berikanlah neraka
Kepada hamba-hambamu yang kafir,
Dan kau anugerahkanlah syurga
Untuk hamba-hambamu yang mukmin,
Tetapi
Untukku kau anugerahkanlah cintamu.
EPILOG CINTA
Alang Kelana
Kekasih
semalam kaupergi jua
dengan rinduku
kaubawa bersama
Hari ini aku mencari
sebuah kesempurnaan
dalam khusyu dan zouq
zikir dan wirid
Kembalilah sebelum esok
agar rinduku terubat
dan kita sama-sama
bersolat dan tadarrus
mencari keredhaanNya.
RINDU DATANG LAGI
Alang Kelana
Rindu datang lagi
bersama angin malam
meniupkan kehangatan
ke daerah derita ini.
Lautan perpisahan tetap kuharungi
biarpun ia dalam
dan tidak bertepi.
Aduhai
biarlah kubelai harapan
kasih abadi
walaupun daku harus menanti
beberapa musim lagi.
DALAM HATIKU DIKAU BERSEMI
Alang Kelana
Duhai kekasih
semusim berlalu
aku masih mencarimu
bersama desiran ombak
di sebalik pepasir
nan putih bertabur
sudah sebegitu lama
aku mencarimu
di sebalik awan
dalam gelap malam
kini kutemui dikau
di sini
dalam hati ini
ia bersemi.
CATATAN RINDU
Alang Kelana
Aduhai kekasihku
rindu kelmarin
kubawa berlari
merentasi desa kesunyian
dalam gelap malam
menjejaki kasihmu yang telah hilang.
Rindu semusim ini
biar kusimpan dalam hati
selama aku terus mencarimu, kekasihku
dalam sepi.
HUJAN SEMALAM
Alang Kelana
Semalam rinduku merintih
bersama titis-titis hujan
membuat aku
di sudut terpaku
Hujan semalam
membawa ketenangan
dalam keresahan
Rindu ini masih di sini
mencengkam diri
di puncak sepi.
DI BAWAH PAYUNG AISHAH
Alang Kelana
Wahai kekasih
aku tahu hasratmu
menumpang teduh
di bawah payung ini.
Dia juga rela
mengambilmu sebagai teman
ikhlas sepernaungan
bersama meredah hujan
dan panas mentari.
Semoga kita tabah
menempuh ribut nista
dan gelombang tempelak
demi mengharap keredhaanNya.
DI HATIKU MASIH ADA RINDU
Alang Kelana
Telah bermusim sudah
kaupergi meninggalkanku
keringkah sudah tasik hatimu
sedangkan di hatiku masih ada rindu?
Aduhai
di terang siang
ku mencarimu
di kelam malam
kau kukenang
Kembalilah sayang
usah diucapkan selamat tinggal
kerna di hatiku
masih ada rindu.
MIMPI
Panaharjuna
Semalam
kutawan cinta seorang dewi
saat sayapnya terlekat
pada perdu mimpiku.
Kelmarin
selembar suci selendang pari-pari
terjatuh ke wajahku
sedang ketawa manja
masih bertalun kukuh
dalam igauanku.
Semalam
seorang bidadari mengajakku mandi
dalam lautan cinta
dan aku terjaga
dalam gigil yang tak kumengerti.
Kutanyakan pada guru
erti mimpi-mimpiku itu
lalu guru pun menyuruhku
menitipkan wasiat
sebelum aku kemedan jihad.
TERIMALAH KEKANDA SEADANYA
Panaharjuna
Duhai adinda,
andai mampu kusulam
awan-awan jernih dan ombak silih berganti
akan kusulam hatiku
dan hatimu
menjadi satu
Duhai adinda
andai mampu kucairkan
salji damai di Puncak Fuji
akan kukepal bebola putih
buat menemami masa senggangmu
selama tahun rahmat
yang penuh bahagia
Namun
kekanda hanyalah musafir
yang tidur berlangitkan keredhaan
dan ranjangku bumi berselimutkan kesyukuran
hidup penuh ikrar dan janji
menghampirkan diri kepada Ilahi
Jika janji itu ada
amanahlah adinda kepadanya
jika takdir itu jelas
redholah adinda pada petunjuknya
dan jika jodoh itu pasti
terimalah kekanda seadanya.
KOTA MUSIM DERITA
Panaharjuna
Daku nakhoda tanpa bahtera
raja tanpa takhta
dalam kota musim derita
penghulu segala sepi
tika bayangmu menjauhi
kampung bahagiaku di sini
Daku
tanpa dewi
tanpa cahaya
tanpa kau jadi suri
kamar hatiku sepi
Beribu musim sujud
rentas masa berzikir
sedih luka kutanggung
siksa cinta kubendung
Kini daku lebih mengerti
rasa hati seorang pedusi
Jiwaku pasrah
di pintu mihrab kumelihat
jasad adinda sebagai bukti
Allah itu maha sakti.
GADISKU
Panaharjuna
Gadisku,
kau kupilih
daripada ribuan bunga yang mekar di taman
kerana harummu itu jelmaan
nafas bidadari.
Kulihat kau di jalanan tuhan
kini lebih aman
langkahmu srikandi
biar suaramu lembut manja
tetap waspada.
Bicaramu penuh erti
teguranmu berani
jiwa lelakiku sedar
daku masih jauh
dari kebenaran langit.
Kau menyuluhi daku
dengan cintamu
yang semahal pualam
di mulut naga geni.
Tuhan
kumohon redhamu
berkatilah pelayaran ini
bahtera kehidupanku
masih baru
berkongsi kemudi.
BIBIR INDAH
Panaharjuna
Aku cinta bibir itu
lembut tersenyum
ranum
hanya tutur yang harum
lewat ke Jiwaku
Terkuntum indah
dari hati yang pasrah
dari bibir yang basah
dengan kalimah-kalimahNya
mendidikku jadi asyiq
pada yang satu.
(kr) PABILA GELORA DAMAI SEMULA
Panaharjuna
Ketika ombak marah
Memecah benteng sabar
Kau pun segera hanyut
Terarus
Dibawa pergi
Musim semi yang bertahun
Kini tiada erti
Bila badai tanpa izin
Rempuh datang, bawa pergi
Benih setia kasih suci
Cinta tewas jadi benci
Kumohon pada Ilahi
Apabila geloramu jadi damai
Pagar-pagar ragu
Terlerai jadi sedar
Bahawa dikau dan aku
Masih saling setuju
Pada hatimu yang percaya
Aku masih teruna
Pada janji pertama.
(kr) AKU CINTA BIBIRMU
Panaharjuna
Aku cinta bibir itu
lembut tersenyum
ranum
hanya tutur yang harum
lewat ke Jiwaku
Terkuntum indah
dari hati yang pasrah
dari bibir yang basah
dengan kalimah-kalimahNya
mendidikku jadi asyiq
pada yang satu.
KEMAAFAN YANG TERLEWAT
Panaharjuna
Aku bukan lelaki asing
yang mencuri hati pengasihmu
Aku bukan lelaki jauh
datang meruntuh tugu percayamu.
Bicara yang iri kautanam di hatimu
telah subur menjadi benci
Segala bukti tak lagi bererti
kaupinta perpisahan ditebus janji.
Setelah kuleraikan sumpah keramat
setelah jauh terusirnya diri
Barulah datang segala mengerti
bahawa aku lelaki yang benar.
Percuma hatimu merintih lirih
sedar dan insafmu bererti yang nihil
Undangan Ilahi di pintu menanti
Izrail hadir menjemputku pergi.
ADA MARAH DI MATAMU
Panaharjuna
Ada marah di matamu
terbendung dalam sabar
Ada rindu di hatimu
kaupendam tanpa sedar.
Aku lelaki dari kota jahil
ajarkan daku bahasa rajukmu
agar mampu ku mentafsir rasa
membaca lakumu yang sunyi bicara.
Biar daku karam di lautan geram
tenggelam dalam badai rindu
Namun akhirnya kita berdamai
Kau dan aku di pantai setuju.
MAAFKAN DAKU
Zamri Mohamad
Maafkan daku
kini potret mesra kita
tidak henti-henti memarahiku
Maafkan daku
aku malu dengan istilah peluang
lalu kutinggalkan harapan
di hadapan pintu rumahmu
dengan kesal tanpa penghujung
Maafkan daku
setiap anggotaku longlai hilang kekuatan
oleh kesilapan yang kujadikan permainan
akulah juara yang kalah dalam perhubungan.
Maafkan daku
Maafkan daku
Maafkanlah daku
Aku tidak akan membuang dadu
di atas papan mainan ini lagi.
KURNIA
Zamri Mohamad
Kurnia semalam
hadiah istimewa al Khaliq
buat daku diami syurga dunia
sebelum jambatan abadi kulintasi.
Terima kasih atas cintamu
bakal jadi redha Ilahi yang menyatu
wangian firdausi sudah mula menyelubungi kita berdua
berkat doa berbalas rahmat.
AMIN BUAT KEINDAHAN
Zamri Mohamad
Makna nyata indah Tuhan
dicipta hidup berdua
hidup dengan kerelaan
tunduk dengan indah syurgawi
Ikatan dengan janji
abadikan kesempurnaan makhluk
biar lama dilihat makin cantik menawan
hukum Ilahi buat pemuja alunan kasih
Sudah dipanggil hukum fitrah
mata ditawan dengan cahaya bidadari
solek warna di bibirnya mengucap agung Tuhan
Setiap keagungan yang terpamer dengan syukur
Terima kasih Ilahi
Hari ini sempurna bertemu pecahan hati
Terjalin dan kembang kembali dengan harapan
alam cinta naunganmu.
BERIKAN AKU SYURGA DUNIA
Zamri Mohamad
Berikan aku syurga dunia
buat pemanis bibir yang dirindu
petiklah buah harapan dari pohon janji
hidangkan buat santapan hati.
Cinta itu janji
lafaz si ikhlas buat yang dicari
janji meronta minta termakbul cerita
wayang berdua kita lakonkan bersama
Cinta jambatan syurgawi dua dunia
istimewa untuk yang mencari redha
bauan bunga-bunga syurga meresap kalbu pecinta
terus kita titi jambatan syurga duniawi menuju cahaya Ilahi.
HIKMAT BICARA SUFIMU
Zalisa
Apabila bicara sufimu kaucurahi
hati-hati hitam, putih berkilauan
lalu
cahaya tawadhuk
terpancar di pandangan.
Apabila bicara sufimu kaualuni
silir bayu terhenti dan kelu
detik waktu diam membeku
asyik dan syahdu
bersama memuja Tuhan yang Satu.
Apabila bicara sufimu kauhembusi
daku terlupa letak diri
lantaran asyik mengagungkanNya
Tuan pemilik ini diri.
Aduhai jejaka idaman hamba.
PUISI BUAT KEKASIH
Zalisa
Aku ingin terbang bersamamu kekasih
Tapi sayapku hanya satu
Saat kau memeluk daku
Dan membisikkan kata syahdu
Air hangat menitis laju
Namun kupendam dalam kalbu
Agar kau tidak sayu
Tika melafaz cinta pada yang Satu
Tuhan
Tidak mengapa dia lupa kepadaku
Waktu ingatannya teguh kepadaMu
Biarlah aku tercampak di sudut hatinya
Saat dia menumpahkan rindu padaMu
Harapanku
Dia tidak lupa mendoakanku
Tidak lupa juga merayu untukku
Agar kekal bertaqwa kepadaMu
Tuhan
Cuma itu pintaku.
KAUKAH ITU
Zalisa
Sekilas kerlingmu
aku terpempan
dan kerlingan itu terus memburu
dalam tidur
dalam jaga
daku jadi tak keruan
Dikaukah itu
yang pernah menghulur salam
lalu hilang dalam kabus malam.
MANTERA KASIH
Zalisa
Bicaramu penawar lara
namun muslihat dapat kuterka
kerana mentera kasihmu
daku terlena
alpa
kepada Sang Cinta.
Janjimu dulu
cinta kita, cinta Dia
tetapi tidak kutemui
dalam pujuk
dalam rayu
yang iramanya palsu cuma.
Jangan dikau memujaku, kekasih
kerana bicara yang dikau sulam
warna benangnya masih
hitam.
KUKUTIP PUING CINTAMU
Zalisa
Lenaku berbantal maaf
namun aneh
lagu-lagu benci masih
beralun dalam mimpi.
Tanpa iman
tidak mampu kukutip puing cintamu
biarpun kalbu berdarah diunggis rindu.
Duhai penyejuk jiwa
usah dikau cantas pohon-pohon kasih
yang mendinginkan panas prasangka
tatkala membahang
mencabar setia.
KEJUTKAN DAKU
Zalisa
Perwiraku
usah biar kuhanyut
dalam arus sungai rayu
yang empangnya kaubuka saban waktu.
Cambuklah daku
dengan hikmah bicara
agar bangkit dari lena
yang dibuai irama pura dunia
dan kalimah tauhid
kembali bergema di jiwa.
Lupakah kau pada sumpah
tiap kata adalah semangat
kerana perjuangan belum sudah
agar Islam kembali menyerlah.
AKU DAN BAYANGAN LALU
Abd. Razak Adam
Daku pernah lewat mencurahkan isi hati
lalu diriku tak dihargai
dan aku terlewat menuturkan kata
melafaz cinta
lalu aku tersiksa
Aku kesempitan mencari ruang waktu
memperkatakan hak
lalu aku keliru
Aku mengidamkan wajah ayumu
yang sering menjadi mainan mimpiku
dan pernah bertakhta di hatiku
Kudoakan dikau
bekas permaisuriku
yang pernah menderitakanku
berbahagia selalu.
HANYA KALBU
Mohamad Kholid Hamzah
Sesekali ia hadir dan begitu mengganggu
Pada angin yang berhembus
Embun yang menitis dan kabus yang menghijabkan
Seolah suatu kisah yang tidak terluah
Atau gelora yang hanya muncul
Menjelang tiba di gigi hari
Apabila melihat ke dalam diri
Barulah dapat mengetahui rasa hati
Sedang ia terpendam sedalam mungkin
Hanya kalbu yang mengesan – itukah cinta?
AMBILLAH MELATI INI
Raja Nur Qurshiyah Raja Hirdan
Ambillah sekuntum melati ini
sematkan dalam hatimu
biar di hatimu kekal ia di situ
Melati ini jangan diselitkan di telinga
jangan disematkan pada busana sutera
jangan dibiar menjadi perhiasan mata
Jangan dibiar dia menghirup harumnya
dia bukan mendekati bunga
tetapi menghirup harumanmu
Jika dalam hatinya berbunga cinta
bukan kerana si bunga
tetapi oleh hatimu nan kembang segar dan suci
biarpun kelubung hitam menutupi telinga dan dadamu
Ambillah sekuntum bunga Melati ini
untuk hiasan di meja.
PESONA
Banir
Wajahmu yang berseri
mengalun rinduku
pada sujud dinihari
pada takbir tahmid memuji Ilahi.
Dari sorotan matamu
pesona dirimu dipandang
bagai ada taman firdausi di dalamnya
yang terbentang hijau
beraliran sungai jernih dan dingin
menyegarkan.
Dalam mekar senyummu terukir di bibir
tidak lupa pada ucap zikir diam dan zahir.
Semanis senyum kaulempar
menyubur hati nan rawan
tenang kembali jiwa nan bergelora
menggamit kembali rasa rindu kasihNya.
Dalam gerak batin dan zahir
tersusun indah lenggok imanmu
wangian syurga jua yang kaurindui
mataku asyik menari-nari
pesona melihat kau masih berdiri
dalam ruang istiqomah puji dan puja
mengabdi diri kepadaNya.
SELENDANG SUTERAMU
Putih
Sehelai selendang sutera
wangi harumnya tidak hilang
walau ditelan zaman
Lembutmu sutera
menjadi temanmu wanita
yang tunduk pandangnya
yang tawaduk pekertinya
yang luhur budinya
yang molek tuturnya
Alun suara puji-pujian yang terdendang
bersama sehelai suteramu
masih wangi
malam dan siang
pujian pada Yang Maha Memberi
Wangimu sutera terus semerbak
walau dek panas mentari
dan hujan menimpa bumi
Kepadamu wanita
pemilik selendang sutera
selempangkan selendangmu
hingga nafas ditutup bumi.
SEPERTIGA MALAM
Engku Zainon
Kurenung dada langit
cahaya malam
bulan tanpa bintang
menyimbahi wajahku
aku termangu
rindu kepada kekasih
membisikkan rasa
mencurah rindu
mengatur bahasa
bahagia kita
dalam sujud sepertiga malam
membina cita.
KUINGIN BERKASIH
Hazira M
Kuingin berkasih
denganmu lelaki berwajah bersih
yang tidak mudah mengenal jerih
walau berkali jiwaku merintih
Kuingin berkasih
denganmu lelaki berhati putih
yang tidak mudah menggelegakkan didih
jika sesekali sabarmu beralih
kerana hasut yang tidak memilih
Kuingin berkasih
denganmu lelaki pengucap tasbih
kerana tidak kuingin segala lebih
jika sekadar menjadi buih
CINTA HAKIKI
Nzshima
Lukaku disirami kata madahmu
Tak terasa dek pelali silamku
Penawarnya dengan menyebut namaMu
Kerana kutahu kau cinta hakikiku.
Kuingin cinta hadir dengan redaMu
Tidak diselangi racun bertalu
Andainya dia baik untukku
Tunjuklah tanda, bukalah hatiku.
EMPANGAN RASA CINTA
Nzshima
Yang kuempang itu
bukan lahar marah
tidak juga nanah duka
jauh sekali lumpur benci.
Empangan rasaku
menakung
air cinta suci
riak kasih sejati
tembok kebal setia
deruan kolam bahagia.
Akan kualirkan semua
khusus untukmu
sebagai Raja hatiku
andai namamu tercatat
di Loh Mahfuz itu.
JENDELA YAKINKU TERBUKA
Nzshima
Jendela yakinku
Kini terbuka jua
Lamaranmu dititip lewat warkah.
Tabir cemasku
Mereda akhirnya
Sungguhnya dikau terbukti sudah.
Pintu kagumku
Terbuka perlahan
Kesetiaanku tidak dipersiakan.
Tangga bahagia
Tersusun indah
Dengan izinNya, bersama melangkah.
KAU TAK SUNGGUH-SUNGGUH
Siti Hajar
Lancar jemarimu menulis puisi
memilin janji
menyulam kasih
doa dan zikir kaujadikan hantaran
Merdu suaramu menuturkan sayang
menebar rindu
menggamit cinta
menyalut anganku dengan qasidah
Tetapi
kau tak sungguh-sungguh
Kau ada rasa
mungkin ada gerak
tapi tak berbuat.
...hantar lagi puisi tuan-tuan dan puan-puan!
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

cinta itu indah bila dicintai…
——-
Cinta bagai pepohon di laman, perlu dirawat dan dibajai. Supaya sentiasa segar indah. Bunganya kembang mengharum..
Hanya Kalbu
Sesekali ia hadir dan begitu mengganggu
Pada angin yang berhembus
Embun yang menitis dan kabus yang menghijabkan
Seolah satu kisah yang tidak terluah
Atau gelora yang hanya muncul
Menjelang tiba di gigi hari
Apabila melihat ke dalam diri
Barulah dapat mengetahui rasa hati
Sedang ia terpendam sedalam mungkin
Hanya kalbu yang mengesan – itukah cinta?
Mohamad Kholid Hamzah
Sungai Palas
20 hb Februari 2006
SEDIA MENERIMA (BUAT INTAN)
Sejak kau keluar dari operating theatre
Antara kesakitan hirisan scalpel
Dan hatimu yang memang telah terhiris
Semua itu telah melanda hidupmu
Ujian demi ujian
timpa bertimpa….
Lepas satu…satu…
Ya Allah Ya Rabbi Ya Rahman Ya Rahim
Pada Qada dan Qadar Ilahi mesti kita akur jua
Walau pun nafsu amarah kita
Mungkin memberontak kerna
Belum bersedia menerima
Walau badai dan taufan melanda jiwa
Walau menggunung ombak di lautan lara
Walau gempita guruh memekakkan telinga
Walau kebanjiran bumi hujan lebat di timpa
Semua itu sementara saja
Bila sampai waktunya reda lah taufan di jiwa
Dan lautan lara akan tenang semula
Berhenti guruh tenang lah telinga
Berhenti hujan surutlah banjir di bumi hiba
Pasang surut air di laut
Gembira sedih duka hidup kita
Ketetapan Yang Maha Kuasa Maha Bijaksana
Kita inikan hambaNya
Bukan kah hamba itu,
Akan menerima apa saja
Pemberian tuannya?
Sabarlah duhai sabarlah
Tabah kan hatimu
Teruskan perjuanganmu
Yang terhenti buat seketika
Harungi kehidupan ini
Perbaharui tekad mengejar cita-cita…
Alang Kelana
23/1/2007
DI LAUTAN RINDU (BUAT INTAN)
Tak berapa lama dahulu
setelah aku sedar aku kehilanganmu
aduh lemasnya di lautan rindu
setiap hari mengenangkanmu
suatu ketika dulu
kasih kita berpadu
kerana kesilapanku
bunga cinta terkulai layu
dengarlah wahai kekasihku
tahukah wahai sayangku
aku masih sayang padamu
kembalilah kau kepadaku
kini telah ku sedari
semuanya silapku sendiri
namun apalah daya ku kini
kita tiada bersama lagi
biarlah aku sendiri
menghadapi semua ini
kerana aku patut mensyukuri
dan redha Qada dan Qadar Ilahi.
SEDIA MENERIMA (BUAT INTAN) - tulis semula
Sejak kau keluar dari operating theatre
Antara kesakitan hirisan scalpel
Dan hatimu yang memang telah terhiris
Semua itu telah melanda hidupmu
Ujian demi ujian
timpa bertimpa….
Lepas satu…satu…
Ya Allah Ya Rabbi Ya Rahman Ya Rahim
Pada Qada dan Qadar Ilahi mesti kita akur jua
Walau pun nafsu amarah kita
Mungkin memberontak kerna
Belum bersedia menerima
Pasang surut air di laut
Gembira sedih duka hidup kita
Ketetapan Yang Maha Kuasa Maha Bijaksana
Kita inikan hambaNya
Bukan kah hamba itu,
Akan menerima apa saja
Pemberian tuannya?
Sabarlah duhai sabarlah
Tabah kan hatimu
Teruskan perjuanganmu
Yang terhenti buat seketika
Harungi kehidupan ini
Perbaharui tekad mengejar cita-cita…
Alang Kelana
23/1/2007
EPILOG CINTA DARI K.L.I.A. (BUAT INTAN)
Kekasih
Semalam kau pergi jua
Dengan rinduku
Kau bawa bersama
Kekasih
Hari ini aku mencari
Sebuah kesempurnaan
Di dalam khusyu dan zouq
Zikir dan wirid
Kekasih
Kembalilah sebelum esuk
Agar rinduku terubat
Dan kita sama-sama
Bersolat dan tadarrus
Mencari keredhaanNya.
Alang Kelana
23/1/2007
HUJAN SEMALAM (BUAT SARAH)
Hujan semalam
Membasahi pipi
Melarutkan kemasinan
Garam airmatamu
Hujan semalam
Membasuh luka
Hatiku juga
Mendinginkan
Kepanasan
Amarah jua
Hujan semalam
Waktu mustajab
Doa
Dan munajat kita
Memohon
KeredhaanNya.
Alang Kelana
23/1/2007.
KURNIA
Kurnia semalam
hadiah istimewa al Khaliq
Buat daku diami syurga dunia
Sebelum jambatan abadi kulintasi.
Terima kasih atas cintamu
Bakal jadi redha Ilahi yang menyatu
wangian firdausi sudah mula menyelubungi kita berdua
Berkat doa berbalas rahmat.
ZAMRI MOHAMAD
22 Januari 2007
1.44 pagi
Sayonara Benci
Untuk apa dikau tangisi pemergian kekasih
Andai langkah jauh itu denai bahagia.
Air mata jadi baja
Biar kelopak sayang segar kembali
warnanya alunan hati yang pasrah takdir
Ujian janji Ilahi.
Mentari hitam menyinar cahaya kelam,
Jangan dibiar lesu harapan,
Bukakan jendela di hadapan,
Alirkan semangat insan tegar
Tuhan itu kasih,
Tuhan itu sayang,
Tuhan itu cinta,
Buat pecinta yang bangkit rasa harapan.
ZAMRI MOHAMAD
22 Januari 2007
2.15 pagi
RINDU SUNYI
Sunyi bergetaran
di pelosok hati nan dalam
jauh terkenang
cinta semalam
dalam debar
dalam fikir
dalam tafsir
betapa sunyi yang dianugerahkan
memberi ruang akalku kembali
pada Yang Maha Satu
saat langkah semakin jauh
dirimu entah di mana
sendirian aku membaca takdir
sujud berserah mengadu rindu
pada Kau Yang Maha Satu.
Yang daif,
Mya Marja
23 JANUARI 2007.
PERTEMUAN
Satu pertemuan
tanpa rencana
adalah rencana-Nya jua
Satu perpisahan
tanpa rela
adalah redha-Nya jua
Satu tangisan
satu jeritan
satu ratapan
satu kepedihan
walau tanpa setuju
oleh akalmu
segalanya
dalam jangkauan-Nya jua
pada kalbu yang masih layu
perpisahan itu mengingatkan kita
pada pertemuan abadi!
Yang daif,
Mya Marja
23 JANUARI 2007.
Puan Sifu dan Sahabat: Daku menjadi gelisah menonton gadis kita menjadi alat pelaris kosmetik. Yang bertudung diajar menari dan bergelek di depan penonton. Kuajak sejenak para gadis, sama merenung. Puisiku bukan mahu menghina dikau, tetapi sedikit mengajak dikau berfikir: relakah kalian disunglap menjadi gerabak atau kerbau? Kukira tentu tidak. Gimana sih, mbak Sifu?
ARTIS
di kaca tv gadis kita dideretkan seperti
gerabak yang penuh warna dan warni
mereka diajar oleh iklan, jenama dan kosmetik
agar berkelahi sesama sendiri
merebut pengagum dan jumlah sms
ARTIS (2)
Gadis-gadis kita dibujuk menjadi kerbau
agar memasuki kandang bernama akademi
membantu pemiliknya yang lahap
memperniagakan fantasi
gadis-gadis kita disolekkan dan diajar tidur
bersama mimpi menjadi bidadari
ARTIS (3)
perlahan-lahan gadis kita berubah menjadi kerbau
berguling dan bergelek di kaca tv
memikul beban bernama jenama
rupa dan bau kerbaunya
mereka topengkan dengan warna
dan seutas tali yang tidak kelihatan
kita bayar dengan rasa bangga
di antara iklan dan promosi
KS ILMAR,
Januari 23, 2007
assalamualaikum sifu
ini di antara sajak2 koleksi sajak saya yang jauh dari kesempurnaan.
harap dipertimbangkan,
terima kasih
http://dingin.blogspot.com/2006/12/ini-cinta-1.html
http://dingin.blogspot.com/2006/12/ini-cinta.html
andai aku
andai aku bermimpi,
goncang tubuhku,
sadarkan aku,
kerna aku mahu hidup di dunia nyata..
andai aku terjatuh,
bangunkan aku,
balut lukaku,
kerna aku udah letih untuk terluka…
andai aku jatuh cinta
genggam tanganku,
letak di hatimu,
kerna aku mahu tahu apa jawabmu..
SELAMAT TINGGAL
Aku sentiasa mengenangmu
dalam doa dan sujudku
walau kau hanya mengenangku
umpama debu-debu yang singgah
di sepatumu.
Mata hati jiwa,
Lihatlah dia yang pergi
Usah diingatkan lagi
Jejak-jejakmu yang membekas
di hati.
Pergilah kau kekasih
Biarku melangkah sendiri
penuh gagah dan berani
merawat luka di hati.
Kamal
23 Jan 2007
CINTA BUKAN KEBODOHAN
Cinta adalah kekuatan
Bukan kelemahan.
Kita tidak mampu memilih
Cinta yang paling didambakan
Kerana cinta bukan kebodohan.
Seputih hatimu,
Sejernih kasihmu
Terpancar dari jiwa yang luhur.
Cinta itu tautan dua hati
yang saling mengasihi.
Cinta bukan kebodohan
Usah diperbodohkan kerana cinta!
Kamal
23 Jan. 2007
SOLEHAH
Kuingin mengenalmu sebagai Solehah
kuingin menyayangimu sebagai Solehah
dan jika kausudi
kuingin nikahimu sebagai Solehah
kerana daku
sering kecundang
di jalan
ditipu bayangan
hitam
KS ILMAR
Januari 23, 2007
MIMPI SUNYI
Mya Marja, 23 JANUARI 2007.
Rindu yang kudendangkan
berterbangan di awangan
jatuh berserakan di rumput hijau
di laman sepiku
sedingin embun dinihari
kaupijak basah di kakimu
mengusir kenangan mendalam
aku pun berlari
menghindar sepi
entah ke mana
pada rindu kali ini
biar kupergi
membawa hati
dan mimpi sunyi
kupohon rindu redha kasih-Nya.
KEKASIH (V)
Mya Marja, 23 JANUARI 2007.
Kekasih
mengapakah menyepi
pada hening subuh hari
tanpa irama fikir dan lafaz zikir
yang pernah kaualunkan dahulu?
Kekasih
Mengapakah sendiri di lorong sunyi
menyeka air mata
tanpa bicara?
Bisiklah kata rindumu
hembuslah rajukmu pergi.
PERPISAHAN
Aku tak upaya menyayangimu
kerana kau bukan lagi milikku.
Segunung rindu yang tersergam di depanku
adalah racun, bukan lagi madu.
Berikan sayang itu pada dia, kekasihmu.
Usah kau kenangkan lagi aku.
Aku adalah masa lalumu
yang tercampak dari rasa bersalah itu.
Kekesalan melepaskanmu
bukan lagi palsu.
Andai Tuhan memberiku waktu
Ingin sekali aku terus bersamamu
Kekasih,
Namamu sering tersekat dihalkumku!
Kamal
23 Jan 2007
Assalammualaikum Puan Sifu,
Saya ingin mencadangkan kiranya antologi ini memaparkan lanskap bumi Malaysia (kawasan pelancongan yang indah, pantai, hutan beserta nama tempat tersebut, monumen hebat yang ada di Malaysia dsbnya) sebagai latar belakang puisi-puisi ini. Secara tidak langsung kita menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2007 ini.
Jika dilihat antologi yang ada dipasaran hanya menyediakan puisi itu saja dan tidak ‘indah’ penyampaian reka letaknya.
sekian
AAK
SOLIHIN
Mya Marja, 23 JANUARI 2007.
Daku ingin menjadi solihin
untuk kudakap kasihmu solehah
dalam harum mekarnya iman
dalam sunyi
dalam riang
Daku ingin kasihmu solehah
kerana daku adalah solihin
yang berdiri di pintu rindumu
yang kauseru dalam doamu
dalam harap dan ratap sayu
KUINGIN KASIH
Rindu yang kaubiarkan
tanpa sentuhan
tanpa sapa bicara
tanpa pandangan
aku makin kasmaran
sendiri terbang menerjah malam
Ini bukan mimpi silam
ini mimpi indah yang kusulam
dengan seruling kasih
mengalun irama riang
berdua kita di taman terbentang
bukan taman larangan
Kuingin kasih!
Barangkali saya harus berhenti di sini. Tatkala sedikit demi sedikit saya berasa kita kadang-kadang tidak ingin menjadi pengucap yang asli, tetapi bergayut atau belajar menjadi pencuri.
Dunia kepenyairan, betapa pun bebas dan luas, tidak bererti kita mudah menyunglap kata dan nada puisi orang lain konon menjadi milik sendiri.
Ingatlah, ritme yang kau jiplak, nada yang yang kau sunglap, di pendengaran pengenal bunyi dan muzik, tetap terkesan di mana sumber dan yang mana asli.
Sesiapa yang memakan lada, bersedialah dengan pedasnya.
Selamat tinggal.
Maafkan daku saudara kerana mengagumimu….
Daku jua ingin berhenti, ampun maaf…
Encik-encik dan Tuan-tuan,
Aaaa? Tuan KSI berhenti berpuisi, Tuan Mya pun berhenti? Bercutilah, jangan berhenti!
Waduuuh! (Garu-garu kepala mengenangkan bila projek ini mahu dapat 150 puisi cinta Islami terindah.)
Post a comment