Komen Pilihan
Kejatuhan tahap dan kelemahan pencapaian universiti-universiti kerajaan dan juga para pelajar Melayu tidak ada kena mengena dengan pengunaan bahasa Melayu.
Tahap pendidikan dan juga penguasaan bahasa Inggeris merudum kerana dasar dan strategi pendidikan yang tidak bijaksana.
Kebanyakan para pegawai pendidik lebih senang 'mengampu' dasar-dasar yang kurang bijak serta tidak rajin berfikir dan membuat kajian tentang teknik dan pendekatan pendidikan yang terbaik buat anak-anak kita.
Apakah para pelabur antarabangsa akan tertarik datang ke Malaysia jika rakyatnya mampu bertutur seperti Shakespear? Benarkah Malaysia hilang daya kompetitifnya jika tidak menguasai bahasa Inggeris dengan baik? Apakah penguasaan bahasa Inggeris adalah segala-galanya? TIDAK BENAR sama sekali.
Syarikat pembuat sarung tangan getah terbesar di dunia Supermax Gloves Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat tempatan. Syarikat ini menggunakan beribu pekerja asing Indonesia. Orang Indonesia kebanyakan tidak fasih berbahasa Inggeris, tetapi masih dapat menghasilkan produk terbaik di dunia.
Tanyakan kepada CEOnya adakah pekerja Supermax perlu bertutur bahasa Inggeris klasik ketika membuat supergloves?
Amat malang bagi Malaysia kerana Cyberjaya banyak menumpang tuah pekerja-pekerja dari negara India sedangkan para pekerja tempatan di anak tirikan. Betapa susahnya graduan IT tempatan mahu mendapat kerja kerana lambakan pekerja-pekerja negara India ini. Siapakah yang mencipta polisi yang sangat bijak ini? Siapa?
Apakah ciptaan bertaraf dunia yang dihasilkan daripada Cyberjaya selain kerugian cukai berbilion ringgit kerana syarikat luar negara yang bertapak di sini dikecualikan cukai dan boleh mengambil pekerja asing tanpa membayar levi?
Apakah bahasa Inggeris dapat merubah keadaan ini? TIDAK. RM 5 bilion sepatutnya digunakan melatih para pendidik tentang teknik, pendekatan, strategi serta pelbagai teknologi dan ilmu terkini di dalam bidang pendidikan. Bukan digunakan membayar konsultan bahasa Inggeris serta membeli buku-buku import!
Apa yang Malaysia perlukan ialah para pemimpin yang lebih bijak, kreatif, ikhlas, pejuang, berkualiti dan bermutu. Malaysia tidak perlu 'pengampu', perompak, penyamun, alibaba dan tukang sapu sebagai pemimpin mahupun penasihat.
Abideen
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment