Thursday, February 22, 2007

Komen Ainon Mohd. tentang Apa Profesor UM Kata Berkenaan Isu Buku Sastera Inggeris

Tiga orang pensyarah Universiti Malaya mengatakan sastera Melayu terancam oleh buku-buku sastera Inggeris yang diimpot ke negara ini. Baca di sini.

Buku-buku Inggeris dibeli oleh kelompok pembaca elit di bandar-bandar utama, dengan Lembah Kelang sebagai pasaran terbesarnya.

Maklumat yang kita peroleh daripada network kita di kalangan rangkaian kedai-kedai buku elit menunjukkan:

(a) Jualan buku-buku fiksyen Inggeris, baik fiksyen sastera mahupun fiksyen picisan, sudah hampir 10 tahun menunjukkan trend menurun, sekarang mendatar, bukan bertambah, bagi menunjukkan khalayak sastera Inggeris sebenarnya mengecil.

(b) Jualan fiksyen yang naik dengan pesatnya sekarang adalah fiksyen Cina yang diimpot dari Hong Kong, Taiwan, dan Republik Rakyat China. Sektor buku Cina impot sedang mengalami era 'boom' saat ini. Ia berkembang lebih pesat daripada sektor Inggeris dan Melayu. Judul-judul Cina impot termasuklah dalam kategori bacaan berat-berat, seperti sastera, bahasa, falsafah, budaya dan sejarah.

(c) Jualan judul-judul Melayu sedang berkembang bagi semua kategori, termasuk sastera berat, dengan bertambahnya buku-buku Melayu yang dipamerkan dalam kedai-kedai buku elitis. Sektor sastera yang sedang melonjak jualannya adalah sastera remaja. Isunya sekarang adalah kekurangan judul bagi semua sektor buku Melayu.

Pada pandangan kita, ketiga-tiga pensyarah UM itu telah mengemukakan pandangan mereka dengan tidak melakukan kajian trend jualan buku.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Trend Mutakhir Pasaran Buku Inggeris Previous entry: Kerenah Menerbitkan Ayat Quran
rastom  on  02/22  at  12:41 AM

Prof. Madya Dr. Hashim Ismail berkata, dalam jangka masa panjang sastera Melayu akan terkubur jika karya-karya asing terus di bawa masuk tanpa had.

Saya langsung tidak nampak logik prof. Karya asing sudah lama masuk tanpa kawalan. Sejak jaman ejaan Soekarno dan Djakarta digunakan lagi. Tetapi karya Melayu masih “idup lagi ngelaban”.

Semalam saya meninjau-ninjau kedai buku Popular di Alor Setar (Pacific Hypermarket). Rak buku Melayu bertambah. Buku PTS letaknya cukup strategik lagi menggamit. Buku pakar motivator berkot merah jambu pun ada bersebelahan buku motivasi PTS.

Kepekaan bisnes pengurusan Popular terhadap layanan buku Melayu bercanggah lagi disonan dengan suara akademis.

Saya mahu pegang visi realiti bisnes, bahawa buku Melayu meyakinkan, yang suram dan mendung itu hanya berlaku di IPT.
——-

sdr mp  on  02/22  at  09:32 PM

Puan Sifu,

Saya percaya dengan fakta yang Puan Sifu berikan, tetapi saya bersetuju dengan kebimbangan profesor berkenaan.

Pada hemat saya kita memerlukan lebih banyak suara-suara kebimbangan itu. Mungkin masih ramai ahli-ahli akademik yang berpendirian supaya Bahasa Melayu kembali pada tempatnya di IPT, tetapi suara mereka jauh dari masyarakat.

mp

Puan Ainon Mohd.  on  02/22  at  11:48 PM

Sdr MP,

Kita patut menyatakan kebimbangan, tetapi kita tidak boleh menggunakan hujah-hujah yang tidak betul dari sudut faktanya, apatah lagi apabila yang menyatakan kebimbangan itu adalah terdiri daripada pensyarah universiti.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/23  at  01:23 AM

Bimbang di tempat yang betul dan dengan fakta yang betul.

Yang saya bimbang permintaan untuk buku-buku Bahasa Melayu meningkat tetapi jumlahnya atau ‘range’ agak terhad. Lebih-lebih lagi untuk buku yang berkualiti dan punya pasaran. Kehendak pembaca tinggi tetapi kurang judul-judul yang memenuhi kehendak pembaca dan pembeli.

Realitinya, pasaran buku sastera Inggeris, sama ada berat atau picisan, tidak meningkat. Ia nampak gah cuma apabila ada fenomena seperti J.K. Rowling dan Dan Brown untuk genre baru, manakala JR Tolkien dan CS Lewis, iaitu penulis angkatan lama tetapi disegarkan semula.

Selain daripada itu permintaan buku Inggeris biasa-biasa sahaja, malah sekarang agak menurun disebabkan harga buku import ini agak tinggi. Kalau tahun 1999 dahulu harga untuk fiksyen ‘mass market’ mungkin lingkungan RM24-RM27, sekarang harga adalah RM33-RM40.

Kebanyakan pembaca sastera Inggeris ‘setia kepada penulisnya’ contohnya nama seperti John Grisham, Julia Robert, Julie Garwood, Tom Clancy, dan sebagainya.

Dalam senario lain, sebenarnya pengimpot buku sastera Inggeris ini lebih bimbang dengan kemasukan buku-buku second-hand dan stok-stok dari ‘remainders’ yang banyak berpusat di Australia. Daripada segi harganya, buku-buku itu memang sangat murah. Lebih murah daripada harga pound sterling ataupun US dollar yang tercatat pada kulit buku-buku itu.

Kemasukan buku-buku second-hand dan remainders ini boleh perlahan-lahan mengancam pasaran buku impot itu sendiri, dan pasaran buku tempatan juga. Juga akan mengubah sikap dan persepsi pembeli buku

Mereka membeli buku apabila harga buku sangat murah. Maknanya, kalau ada jualan gudang setahun sekali, maka hanya sekali setahun mereka membeli buku, alasannya harga murah. Secara tidak langsung ini mendidik pembeli jangan membeli buku yang bagus dengan harga asalnya. Pembeli buku hanya akan membeli buku apabila ada “SALE”.

Impak impot buku-buku second-hand ke atas buku tempatan ialah daripada segi kepercayaan pembeli kepada harga buku tempatan yang ditetapkan oleh penerbit. Jika buku import boleh dijual dengan harga RM1-RM5 senaskah, mengapakah buku tempatan dan Bahasa Melayu harga RM20?

Pembeli akan berfikir harga buku tempatan sepatutnya lebih murah daripada buku impot, itu logik pembeli. Lainlah mereka yang terlibat secara langsung dengan dunia penerbitan dan penjualan buku. Mereka lebih faham tolak, campur, darab dan bahaginya.

Yang sangat penting sekarang ialah kita perlukan lebih banyak buku dan judul untuk pelbagai kategori pembacanya. Contohnya buku untuk awal remaja dan remaja agak terhad.

Sebenarnya apa yang dibincangkan oleh ahli akademik itu sepatutnya mereka memberi saranan. Dengan kemasukan banyak buku sastera Inggeris ke sini, jadikan itu satu cabaran untuk semua menghasilkan lebih banyak karya yang bagus dalam Bahasa Melayu. Pasarannya 26 juta rakyat Malaysia. Kita ambil 10% sahajalah dari jumlah rakyat Malaysia untuk permulaan.

Itu sekadar pendapat saya.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.