Komen Ainon Mohd tentang Tulisan Helmy Samad
Salah satu faktor yang menyebabkan hubungan baik antara penulis dan DBP adalah isu para pegawai DBP tidak faham undang-undang jual-beli hakcipta.
Jikalau apa yang dituliskan dalam blognya oleh Sdr Helmy Samad itu benar, iaitu SN Dato' A Samad Said tidak pernah menjual hakcipta karya-karyanya kepada DBP, maka kata-kata pegawai DBP kepadanya, yang bermaksud "50 tahun selepas SN ASS wafat pun DBP masih memiliki hakcipta karya-karya SN itu" menunjukkan betapa naifnya pegawai DBP itu tentang isi kandungan dokumen Perjanjian Penerbitan.
Bahagian Hakcipta DBP hanya sekali sahaja pernah dijaga oleh seorang lulusan undang-undang, iaitu semasa En. Halim Abdullah menjadi pegawai hakcipta DBP. Sebelum dan selepas itu semua pegawai hakcipta DBP bukan lulusan undang-undang.
Ada perbezaan antara 'hakcipta' dan 'hak menerbitkan'. Nampaknya, 2 perkara asas ini pun pegawai DBP yang bercakap dengan Sdr. Helmy Samad itu tidak faham.
Sudah sampai masanya DBP melantik lulusan undang-undang sebagai ketua bahagian hakciptanya. Serahkan sesuatu urusan itu kepada yang pakar, kata Nabi Muhammad saw, jikalau tidak, tunggulah kebinasaan....
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Kak Non,
Seingat saya pernah juga beberapa kali bahagian ini dikendalikan oleh pegawai lulusan undang-undang, tetapi mereka tidak kekal lama. Tidak tahulah pula apa sebabnya.
Tentang hal yang disebutkan di atas, apalah yang hendak dihairankan sangat tentang tahap kefahaman dua hal yang bezanya seperti langit dan bumi itu, kerana selalunya yang dilantik sekarang ini ialah dari kalangan editor sendiri.
Sebagai mantan DBP, komen saya ialah DBP tidak pernah menganggap jawatan ini sebagai suatu jawatan yang memerlukan kepakaran yang amat tinggi, baginya sesiapa saja boleh buat kerja di situ, pertukaran pegawai di bahagian itu sama saja seperti pertukaran kerani dari satu bahagian ke bahagia lain setiap tiga tahun.
——-
Post a comment