Sunday, December 28, 2008

Komen Pilihan: Mengapa Otak Saintis Jepun Lebih Baik daripada Otak Saintis Benua India

As-Salamua’laykum Puan Ainon,

Saya berbincang bersama professor saya, Prof. Dr. Hatta Shaharom lewat tengah hari tadi perihal bahasa ini. Saya bertanya mengapa ramai saintis dan doktor Jepun menerima Hadiah Nobel sedangkan mereka tidak pandai Inggeris. Jika dibandingkan, artikel dan jurnal mereka dalam penerbitan Inggeris antarabangsa lebih banyak berbanding hasil daripada doktor Malaysia, Singapura, India dan Timur Tengah yang kebanyakan doktornya bertutur dan menulis dalam bahasa Ineggeris.

Rahsianya, saintis/doktor Jepun membuat kajian dan menulis sepenuhnya menggunakan bahasa Jepun. Kreativiti dan kajian mereka asli daripada usaha sendiri (lantaran mereka pun tidak dapat membaca Jurnal Inggeris). Kajian mereka tidak terbantut oleh idea dan kritikan Barat. Mereka bebas meneroka dan mencipta penemuan.

Selepas mereka menerbitkan artikel dalam jurnal daripada kajian, kesemuanya akan diterjemah oleh institut terjemahan yang berpangkalan di Tokyo. Maka hasil pemikiran mereka dapat diterbitkan pada peringkat antarabangsa.

Mereka diundang ke seminar antarabangsa dan menyampaikan melalui perantaraan penterjemah. Apabila diaju soalan, mereka tidak dapat menjawab kerana tidak faham bahasa Inggeris, terapi itulah bangsa di Asia yang paling banyak memenangi Hadiah Nobel!

Nota: 4 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 ialah rakyat Jepun. 10 daripada 12 penerima Hadiah Nobel 2008 bukan penutur bahasa Inggeris.

Ahmad Faidhi Mohd. Zaini (Fakulti Perubatan UKM) 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PPSMI Menentang Strategi Linguistik Nabi Muhammad Previous entry: Selepas 400 Tahun Sebagai Bahasa Penghantar, Hanya 3% Rakyat India Menguasai Bahasa Inggeris

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.