Thursday, July 14, 2011

Komik-M Masuk Kedai-Kedai Runcit

Tuan Ahmad Ridza Jailani, pengurus anak syarikat PTS Edar Sdn. Bhd memberitahu, PTS Edar kini bekerjasama dengan syarikat Komik Tian Shia Sdn Bhd, sebuah pengedar komik terbesar di Malaysia.

PTS Edar membekalkan Komik-M kepada Komik Tian Shia. Kerjasama ini akan membolehkan Komik-M menembusi pasaran 'newstand' di seluruh negara.

Syarikat Komik Tian Shia Sdn Bhd mempunyai senarai lebih 800 kedai dalam rangkaian mereka. Mulai awal Julai 2011, Komik-M sudah berada di pasaran kedai-kedai yang menyediakan newstand.

Dalam fasa awal ini, Komik-M dibekalkan kepada kedai-kedai newstand di kawasan Lembah Kelang.

Menurut Tn. Ahmad Ridza, buat fasa permulaan ini disebabkan ruang yang sangat terhad dalam rak newstand, maka hanya 4 tajuk Komik-M yang dapat diedarkan.

Beliau memberitahu jika jualan Komik-M bagus, pihak syarikat Komik Tian Shia berjanji akan menambah lagi tajuk.

Nota: Gambar menunjukkan contoh salah satu kedai runcit yang mempunyai newstand di Seksyen 2, Shah Alam. Newstand yang kita tengok di kedai-kedai runcit itu dimiliki oleh syarikat pengedar majalah, bukan milik si kedai runcit. Jadi hanya si pengedar itu sahaja yang boleh meletakkan majalah apa di dalam newstand itu. Komik-M kini sudah ada di dalam newstand milik Komik Tian Shia Sdn Bhd yang diletakkan di kedai-kedai runcit.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penerbit: Pembahagian Tugas Packers Previous entry: Strategi Menjadi Penulis Bayang-Bayang Star Antarabangsa
ahmadyani  on  07/15  at  01:15 PM

Kerjasama yang luar biasa bagus! Boleh dijadikan contoh pada pihak lain.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.