Tuesday, September 27, 2011

Komik-M Memasuki Pasaran Kedai-Kedai Newstand di Kelantan

Pengurus PTS Edar Sdn Bhd.. Tn. Ahmad Ridza Jailani memberitahu, Komik-M akan mula diedarkan dengan meluas di negeri Kelantan bagi pasaran newstand di negeri itu. Dijangkakan stok Komik-M akan mula diedarkan pada minggu ini dan minggu hadapan.

Agen yang dilantik oleh PTS Edar adalah Syarikat Lee, Lot 724, Seksyen 9, Jalan Sultanah Zainab, 15000 Kota Bharu. Syarikat Lee adalah pengedar komik terbesar di zon Pantai Timur.

Bagi penghantaran Fasa 1, tajuk-tajuk yang yang dipilih adalah:

1. Komik-M: Misi 8A
2. Komik-M: Dear Yayah The Comics
3. Komik-M: Aku, Kau & Facebook 
4. Komik-M: Aku, Kau & Cinta (Cinta Pandang Pertama)
5. Komik-M: Dunia Kartun
6. Komik-M: Aku, Kau & Bola 1 (Separuh Masa Pertama)
7. Komik-M: Amin
8. Komik-M: Raya 3 (Misi Menyelamatkan Puan Ainon)
9. Komik-M: Langkamaya 2 (Aisyah, Puteri Langkamaya)
10. Komik-M: Orang Kuat (Gigi Palsu Saya) 

Apabila sambutan untuk Fasa 1 ini memberangsangkan, lebih banyak judul Komik-M akan diedarkan.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: PTS Melancarkan Kempen Cuti Sekolah 2011 Selama 3 Bulan Previous entry: Pasaran Komik Melayu

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.