Komik-M untuk Musim Raya Sudah Mula Dicetak


Sebagaimana dengan buku-buku agama yang diterbitkan khusus untuk jualan menjelangnya bulan Ramadan, maka komik-komik yang ditargetkan untuk jualan menjelang musim hari raya juga kini sudah masuk proses percetakan.
Tim penulis cerita dan pelukis Komik-M sudah mula bekerja semenjak bulan Januari 2010, bagi memastikan komik-komik itu dapat dihantar ke kilang cetak pada bulan Mei.
Bulan puasa tahun ini jatuh pada bulan Ogos. Pada bulan Jun buku-buku semestinya sudah masuk gudang PTS dan mula dihantar ke kedai-kedai di seluruh negara supaya buku-buku sudah mula dipamerkan sebelum bulan Julai.
Pembeli buku agama mula membeli buku sebulan sebelum menjelang bulan puasa.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment