Sunday, June 01, 2008

Komik ‘Anak-anak Sidek’ Diekspot ke Brazil

Pada 31 Mei 2008, Siri KOMIK MALAYSIA PTS selamat dilancarkan oleh Y. Bhg. Tuan Kamil Ahmad Dato' Mohd. Othman, Timbalan Presiden Jabatan Multimedia Kreatif (MDEC), sempena BookFest 2008 di Pusat Konvensyen KLCC.

Kru PTS berpeluang makan tengah hari dengan beliau, dan kami sempat berbual panjang berkenaan industri kreatif Malaysia masa kini.

Menurut Tn. Kamil, kita di Malaysia mempunyai mentaliti di mana kalau kita mahu mengekspot karya seni Malaysia, kita asyik memikirkan ekspot ke Amerika, UK dan Eropah. Kata beliau lagi, kita sepatutnya memikirkan ekspot ke benua-benua lain seperti Afrika, Timur Tengah dan lain-lain.

Beliau memberitahu bahawa komik berbahasa Melayu siri Anak-anak Sidek telah berjaya diterjemahkan ke dalam bahasa Portugis dan diekspot ke Brazil. (Brazil adalah bekas tanah jajahan Portugis.)

Nota Sifu: Kejayaan komik Anak-anak Sidek diekspot ke Brazil membuktikan bahawa produk-produk berbahasa Melayu dapat dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Yang penting adalah kualiti.

Apabila produk-produk dalam Bahasa Melayu itu mempunyai unsur-unsur yang sesuai untuk pasaran ekspot (istilahnya export-ready) isu mencarikan penterjemahnya adalah perkara semudah 'makan kacang putih'!

Hidup Komik Melayu! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Penulis Tidak Puas Hati dengan Layanan PTS Previous entry: Satu Lagi Bestseller Indonesia
Baha Zain  on  06/02  at  12:54 AM

Sdr Ainon ASM,
Setinggi Tahniah kerana menerobos ke luar sempadan.
Saya menonton TV 1 tadi pagi, dan saya percaya sdr sudah convert kedua-dua pembicara RTM itu untuk mendakwahkan penyebaran persuratan kita .

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: